25.9.12

Kita Juga Sebenarnya Merupakan Punca Kepada Fitnah Itu/Pesan Abu Bakar RA Kepada Umar RA.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Malu

Kadangkala diri yang hina ini merasa amat tidak layak untuk dirinya menulis di sini,memberi peringatan kepada orang lain.Dan ayat sebelum ini ditulis dalam keadaan yang penuh sedar dan insaf.

Astaghfirullahalazim.

Tapi,setelah difikir-fikir kembali,ternyata diri yang banyak berbuat dosa ini - perlu menulis.Kenapa?

Untuk mengingatkan orang lain.DAN,untuk mengingatkan DIRINYA SENDIRI.Dan itulah yang paling penting sebenarnya - mengingatkan diri sendiri sebelum orang lain.


*** *** ***

Kisah Semalam

Semalam,perkara pertama yang dicakapkan kepada saya oleh Rakan Russia saya selepas habis kelas adalah,

"Umar,kenapa Muslim - ramai yang macam ini,penuh kemarahan?"

Jangan terus marahkannya.Soalannya itu jujur pada pendapat saya.

Beliau bertanya soalan itu kerana membaca berita tentang Demonstrasi yang berlaku di Seluruh Dunia oleh Muslim.

Tapi,apa yang menjadi masalah adalah kerana - berita yang dibacanya penuh dengan putar-belit.

Di Barat,kebanyakan berita menggambarkan Demonstrasi itu dengan penuh keburukan.

Umat Islam yang menyertainya digambarkan 'menjerit-jerit dengan penuh kebencian/kemarahan'.

Ini menyebabkan orang seperti Rakan saya itu terpinga-pinga,lantas bertanyakan saya.

Saya baru hendak menjawab,tapi Rakan saya itu bertanya lagi,"Kenapa Muslim suka bertindak buruk seperti Rasuah etc?".

Ya.Soalan itu sangat mengguris hati saya.

And it still hurts.

Saya hendak menjawab panjang - tapi tiada guna juga kerana dalam waktu yang sama - sesetengah Pelajar Muslim di tempat kami belajar ini turut tidak menunjukkan Akhlak yang baik.

Ponteng Kelas dengan penuh Konsisten - itu merupakan Tabiat kebanyakan Pelajar Muslim kita di Luar Negara.

In fact,ada yang sedang ponteng ketika Soalan itu ditanya.

Jadi,apabila difikirkan kembali - memang logik untuk Rakan saya ini yang tidak mengenal Islam - bertindak salah dalam mengadili Islam.

Ini kerana - Beliau mengadili Islam melalui Peribadi Muslim yang ada di sekelilingnya.

"Allah",saya berbisik dalam hati saya - "Kita sendiri yang menjadi Punca Fitnah kepada Islam sebenarnya".

Saya kemudian menjawab ringkas kepada Rakan saya itu - "Perbuatan (Korupsi Peribadi etc) itu dilakukan oleh Muslim yang Jahil.Mereka tidak faham akan hakikat Islam".

Saya tidak mampu panjangkan jawapan kerana agak sedih dengan Realiti yang kita sendiri yang merosakkan Imej Islam di hadapan orang bukan Islam yang kadangkala seakan begitu berminat dengan Islam.

Tapi,tidak mengapa.Hidayah itu milik Allah SWT.

Saya doakan semoga Rakan saya ini diberi petunjuk oleh Allah SWT tentang hakikat kebenaran Islam yang sebenar.

*** *** ***

Mencari 'Abu Bakar' Dalam Kalangan Kita

Saya sebenarnya amat kurang Pengetahuan dalam Bidang Sirah Nabi SAW dan juga Sirah Para Sahabat RA.

Ini kerana saya kurang membaca tentangnya.Apatah lagi untuk hadir dalam Majlis Ilmu yang membincangkan tentang perkara ini - lagilah kurang.

Tapi Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT,sekarang ini saya sedang membaca satu Chapter tentang Sirah Kehidupan Abu Bakar As-Siddiq RA dalam buku Asas-Asas Islam (Modul Pembangunan Insan).

Sukacita saya meng-quote satu Perenggan yang saya rasakan dapat dimanfaat kita semua dalam Artikel ini.Agak panjang Quote ini,tapi bacalah.Insya-Allah berguna.

Pesanan Khalifah Abu Bakar RA Kepada Khalifah Umar RA

Ketika Khalifah Abu Bakar As-Siddiq hampir meninggal dunia,Beliau memanggil Umar Al-Khattob.Beliau berpesan kepada Umar : "Wahai Umar,bertakwalah kepada Allah.Ketahuilah bahawa di sisi Allah Azza Wa Jalla ada amalan pada waktu siang yang tidak diterima jika dilakukan pada waktu malam.Dia tidak menerima amalan sunat sehingga ditunaikan amalan fardhu.

Sesungguhnya neraca amal akan berat bagi mereka yang memberatkan neracanya pada hari kiamat dengan menuruti kebenaran ketika di dunia.Manakala neraca amalan menjadi ringan bagi mereka yang meringankan neracanya pada hari kiamat dengan mengikuti kebatilan ketika di dunia.Kelak neraca akan menjadi ringan disebabkan kebatilan yang diikuti.

Sesungguhnya tatkala Allah menyebut mengenai penghuni Syurga,Dia menyebut amalan terbaik mereka,dan mengenepikan keburukan mereka.Apabila saya teringatkan mengenai mereka,saya berkata : "Saya takut jika saya tidak menyertai mereka".

Tatkala Allah menyebut mengenai penghuni Neraka,Dia menyebut amalan terburuk mereka dan mengenepikan amalan baik mereka.Apabila saya teringatkan mengenai mereka,saya berkata : "Saya berharap saya bukan daripada kalangan mereka".

Saya menyatakan pesanan ini supaya seseorang menjadi hamba yang berharap dan takut,tidak berangan-angan terhadap Allah dan tidak berputus asa dengan rahmat-Nya Azza Wa Jalla.Oleh itu jika kamu menjaga pesanan saya,tiada perkara ghaib yang lebih kamu cintai berbanding mati.Dan dia akan datang kepada kamu.

Namun sebaliknya jika kamu mengabaikan pesanan saya,tiada perkara ghaib yang lebih kamu benci berbanding mati. [Al-Hilyah,Jilid 1,Mukasurat 36]

Sebelum saya meneruskan,elok diingatkan - tolong jangan buat kesimpulan sendiri dari ayat di atas jika anda kurang faham.Boleh jadi Terjemahan yang dilakukan Penerbit Buku itu kurang memuaskan.

Apa-apapun,selepas dibaca Quote di atas - apa yang anda simpulkan?

Masya-Allah - bagi saya itulah Peribadi Para Sahabat RA.

Bukan harta yang mereka tinggalkan untuk Sahabat mereka ketika hampir ajal,tapi mereka tinggalkan pesan agar Sahabat mereka sentiasa tetap dalam keimanan.

Bukan kemiskinan yang mereka takuti,tapi mereka takutkan kemurkaan Allah SWT di Hari Akhirat kelak.

Apa yang disampaikan Abu Bakar RA sekaligus menunjukkan apa yang sentiasa bermain di dalam fikirannya - yakni mencari redha-Nya,menjauhi murka-Nya.

Dan semua ini tidak boleh dilakukan jika tiada Iman yang mantap.

Dan ciri ini jugalah yang menjadikan Umat Islam Generasi Terdahulu sangat kuat,sangat digeruni Para Musuh.

Musuh tidak akan takutkan kita jika kita turun berdemo,tapi selepas penat berdemo - kita menghisap rokok di satu sudut kembali bergelak ketawa akan perkara sia-sia.

Musuh tidak akan takutkan kita jika Subuh Berjemaah di Masjid masih kita tinggalkan.

Tapi,Musuh akan takutkan kita - jika kita kembali mengamalkan Islam - seperti mana yang diamalkan Para Sahabat RA.


Kita kena ingat,bila orang 'attack' kita - jangan terus beremosi.

Musuh-musuh ini,selamanya akan benci kepada 'kebenaran'.

Jangan sambut 'bola api' mereka dengan 'Emosi' kosong semata.

Sebaliknya,sambut dengan hikmah/counter-attack.

Di UK,sejak 'Isu Demo' ini berleluasa,Komuniti Islam di sana bijak mengambil peluang apabila meningkatkan Pengedaran Al-Quran Percuma dan dalam masa sama meningkatkan juga Penerangan kepada Bukan Islam tentang Persoalan 'Apa Itu Islam/Siapa Muhammad SAW'.

Natijahnya,lebih 300 orang sudah memasuki Islam (dengan izin Allah SWT,Alhamdulillah) dalam beberapa tempoh ini.

Inilah yang sepatutnya kita di Malaysia turut lakukan!

Tapi,dalam masa yang sama - perkara paling penting kita kena lakukan adalah memperbaiki Akhlak kita dalam Urusan Seharian.

Selagi mana Rempit yang 'Bertakbir' masih berkeliaran di Jalanan menimbulkan Fitnah kepada Islam,apakah anda expect Non-Muslim boleh tertarik dengan Islam?

Salahkan diri sendiri,baiki kesilapan diri - sebelum menuding jari kepada orang lain.

Kita perlu mencari dan membina semula Individu seperti Abu Bakar As-Siddiq RA dalam kalangan kita.

Atau sekurang-kurangnya bina ciri-ciri 'Abu Bakar' ini,di dalam diri kita sendiri.

Bagi yang ada Anak,boleh didik anak-anak dengan Peribadi Rasulullah SAW,ajarkan anak kita dengan Kisah Para Sahabat RA.

Jangan kerana asyik terlalu ghairah menjadi Doktor Falsafah Politik Facebook setiap hari,anak kita tergadai dan terabai tiada didikan.

Then bila Anak Gadis dirosak Jantan Khianat,kita tertanya-tanya di mana silapnya.

Jangan begitu.Bertindaklah sekarang.

*** *** ***

Tingkatkan Amal

Kekuatan seorang Muslim itu tidak akan hadir - selagi mana Beliau tidak memperkuatkan hubungannya dengan Penciptanya.

Kekuatan tidak akan hadir - selagi mana kita 'jarang-jarang' mengingati-Nya.

Ini kerana - 'kekuatan' itu datang daripada-Nya.Dikurnia oleh-Nya.

Jadi,menyedari hakikat ini,saya berminat kongsikan Check-list Amalan yang boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian.

Checklist ini saya dapat dari satu Edaran Percuma semasa Bulan Ramadhan yang lepas,tapi fikir saya masih boleh diguna sepanjang Tahun.Cuma ada beberapa Point seperti Tarawih yang boleh diganti dengan perkara lain.

Moga ada manfaatnya.


Cadangan : Anda mungkin boleh download Jadual di atas di Link Ini,Print-kannya - dan tampalkannya pada dinding Bilik anda untuk Rujukan Peribadi.

Amalan yang tertulis dalam Check-List di atas sebenarnya amalan-amalan Sunat yang biasa kita dengar,tapi mungkin jarang kita lakukan.

Jadi,mungkin bila ada Jadual ini yang ditampal pada satu sudut yang boleh kita 'alert' selalu,kita insya-Allah sentiasa ingat untuk melakukannya.

Kalau sehari kita dapat lakukan lebih dari 10 Point dalam Jadual itu pun sudah cukup nice bagi permulaan.

Kan?

Ayuh,sama-sama kita tingkatkan amal kita.

*** *** ***

Sekian

Itu sahaja untuk kali ini.

Sebagai kesimpulan : Kalau orang lain Aktif hina Islam,kenapa tidak kita - sebagai Muslim yang beriman dengan Kebenaran ini - tingkatkan 'Usaha Memberi Penerangan' kepada Non-Muslim?

Ayuh sekali lagi,tingkatkan usaha kita - agar kita tidak menjadi orang yang hanya meng-kondem tanpa berusaha memberi tenaga.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Dana untuk Projek akan datang bagi Tujuan Giveaway Al-Quran/Buku Islamik Percuma boleh disumbang kepada Akaun CIMB Pena Maya Enterprise : 06080000393108.Sebarang kemusykilan,e-mailkan ke pospenamaya@gmail.com.

P/P/P/S : Hakikatnya,tidak sedikit Filem Melayu kita yang menghina Islam dengan lawak-lawak 'tidak berapa nak bijak'nya.Berhati-hati.



4 comments:

  1. Mamat marah orang puteh buat filem hina Nabi. Sedangkan Mamat pun banyak hina Nabi samada secara sedar atau tidak sedar. Ramai Mamat di mana-mana..

    ReplyDelete
  2. terkesan di hati T____T

    melihat diri kdg2, di mana nilai Islam sebenarnya di dalam hati ini..

    Mekasih ingatkan saya ;)

    ReplyDelete
  3. Sama-sama kita jaga diri dan komuniti kita agar tak jd fitnah kpd Islam.

    ReplyDelete