23.9.12

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi September-Oktober 2012).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah - kembali lagi kita di dalam Projek ini.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. [21 : 1]

Terlalu banyak kebodohan dan kejahilan yang berleluasa dalam Masyarakat kita pada hari ini.Hanya ada satu Solusi bagi segala masalah ini - Islam.Anda hanya mampu terselamat dari segala fitnah ini jika berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah,dengan kefahaman seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Para Sahabat RA.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang ingin mencari kebenaran dan memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pena Maya kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi untuk Edisi Bulan ini,stok keluaran Yayasan Restu telah habis.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog.Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Lima Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Program ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.


20 comments:

  1. Saya ingin terjemahan Al-Quran ini kerana saya ingin mendalami setiap isi isi yang ada di dalam Al-Quran tersebut. Tiada sebarang terjemahan di rumah, ingin mendapatkannya kerana diri sendiri dan keluarga, insyaAllah kalau saya dapat terjemahan tersebut, saya akan manfaatkan sebaik mungkin. Twitter saya @syuhadafluffy . Assalamualaikum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.alhamdulillah 1 naskhah menjadi milik anda.

      Sila hubungi saya di email pospenamaya@gmail.com secepat mungkin.

      Delete
  2. Assalammualaikum. Saya nak Al-Quran ini sebab saya nak hadiahkan kepada seseorang yang telah membuka mata saya agar tidak meninggalkan solat :) saya rasa sangat terhutang budi terhadap dia. Dan saya nak hadiahkan kepadanya sempena harijadi dia tak lama lagi. Boleh hubungi saya di Twitter @NajihaYusuff :) Assalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.alhamdulillah 1 naskhah menjadi milik anda.

      Sila hubungi saya di email pospenamaya@gmail.com secepat mungkin.

      Delete
  3. Assalamualaikum w.b.t, saya Mohd Ridwan Bin Mohd Yunus, berhasrat untuk mendapatkan senaskhah Al-Quran itu kerana ingin sekali saya menghadiahkan kepada ibunda saya. Mudah untuk kita memahami terjemahan kerana ianya diterjemah dalam bahasa melayu. Selain itu ianya dapat digunakan untuk seisi keluarga bagi memartabatkan kesucian Al-Quran dalam membina keluarga bahagia yang berteraskan syariat islam. Saya berharap permohonan saya ini dapat dipertimbangkan.
    Jazakallah...
    No.Tel : 017-7743855
    Mohd Ridwan Bin Mohd Yunus
    17 Tahun,
    SM Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.boleh. tolong email saya di pospenamaya@gmail.com secepat mungkin.saya ingin meminta butir peribadi anda di sana.butir peribadi anda di atas ini tidak lengkap.harap maklum...

      Delete
  4. Assalamualaikum . Boleh saya dapatkan senaskah ? Saya ingin mendalami isi al Quran tidak sekadar mengaji tapi juga ingin memahami ayat yang dibaca . Jika saya berpeluang saya akan gunakannya dengan baik . Harap saya berpeluang mendapatkannya :) boleh emel saya di norhani98@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.boleh. tolong email saya di pospenamaya@gmail.com secepat mungkin.saya ingin meminta butir peribadi anda di sana.harap maklum...

      Delete
  5. Salam En Penamaya.
    Saya ingin naskah al-Quran terjemahan ini kerana saya mahu hadiahkan kepada seorang kawan, Cik Aisyaa yang memeluk Islam pada 3.4.2012 yang lalu. Beliau berbangsa pribumi Sarawak dan fasih brrbahasa Melayu. Semoga dengan naskah terjemahan ini akan mendekatkan lagi diri beliau kepada Islam. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.boleh. tolong email saya di pospenamaya@gmail.com secepat mungkin.saya ingin meminta butir peribadi anda di sana.harap maklum...

      Delete
  6. assalammualaikum,main point perlunya Al-Quran terjemahan nak memahami mksud ayt suci Al-quran..dan sbg pelajar ipta,rkan2 sgt suka berkongsi ilmu yg mreka dpt melalui Al-quran mngkin sya juga dpt berbuat demikian sterusnya dpt mningkat ilmu bukan hnya bidang akademik tetapi ilmu agama juga..ia juga sgt berguna bg sy dan rkan2 mmhami mksud Al-quran dgn lbih mndlm bukn skdr membca shja.. @nhfbth merci

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.boleh. tolong email saya di pospenamaya@gmail.com secepat mungkin.saya ingin meminta butir peribadi anda di sana.harap maklum...

      Delete
  7. assalamualaikum....saya ingin mdapatkan al-Quran ini utk kawan sy krn dia ingin mendptkan al-Quran terjemahan versi malaysia.dia mempunyai al-Quran versi indonesia yg mempunyai tajwid dan terjemahan yg salah.saya yakin yg dia akan memanfaatkan sepenuhnya pemberian ini..tq email saya mimie_2310@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.boleh. tolong email saya di pospenamaya@gmail.com secepat mungkin.saya ingin meminta butir peribadi anda di sana.harap maklum...

      Delete
  8. kepada anda yang lain - penyertaan ditutup.
    saya hanya akan beri kelonggaran kepada golongan ini --->>>> Non-Muslim/Orang yang benar-benar sedang merubah diri/Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum abang Billy,

    boleh saya dapatkan senaskah Al-quran?

    ReplyDelete
  10. kepada anda yang lain - penyertaan ditutup.

    ReplyDelete
  11. salam tuan...kami dari Maahad Tahfiz berhasrat untuk menggantikan naskah al-quran lama dengan naskah al-quran yg baru..namun begitu hasrat ini didiamkan saja kerana kewangan tidak mencukupi...jadinya, adakah pihak tuan ada berhasrat untuk mewakafkan al-quran kepada institusi seumpama kami ini?
    kami di : www.kemhuffaz.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt.. berkenaan sumbangan dari pihak pena maya - saya tak rasa saya dapat sumbang kepada pihak tuan dalam bentuk quran kerana dana yang kami terima pon tak banyak.. maaf..

      tapi,kalau pihak tuan sudi,pihak tuan boleh hubungi saya ikut email pospenamaya@gmail.com bagitau nombor akaun pihak tuan dan lain-lain,insya-Allah saya akan war-warkan nombor akaun tu dalam artikel saya akan datang..mana tahu ada pembaca yang mahu sumbang dana..insya-Allah..

      Delete