9.9.12

Malaya Tanah Tercinta IV : 62 Hari Berada Di Malaysia,Apa Kata Saya?

Prenote : Penulisan ini yang sebenarnya saya tujukan Khas untuk Golongan yang terlibat dalam Aktiviti Dakwah.Tapi,kalau ada Pihak lain yang minat membaca,apa salahnya.Mana tahu ada manfaat.'Kan?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Malaya

Sebenarnya,Siri Malaya Tanah Tercinta ini ditulis khas oleh saya sempena keberadaan saya di Malaysia sempena Cuti Musim Panas baru-baru ini.

Kebiasannya,setiap tahun semasa Cuti Musim Panas,saya akan mencoret pengalaman saya sepanjang berada di Tanah Air,atau dalam kata lain Pengajaran yang didapati saya sepanjang berada di Malaysia.

Tapi,untuk Tahun ini,tidak lebih Lima Penulisan 'proper' ditulis saya sepanjang berada di Malaysia.

Kenapa?

*** *** ***

Moscow

Untuk Pengetahuan anda,saya sudah pun pulang ke Kota Metropolitan tempat saya menuntut waktu ini.

Dalam Penulisan ini saya akan menulis tentang Penilaian saya terhadap Tanah Air kita sepanjang berada di sana dalam Tempoh lebih kurang Dua Bulan ini.

*** *** ***

Sebelum Balik

Sebelum Pulang ke Malaysia baru-baru ini,saya sebenarnya sudah menetapkan di dalam fikiran - kepulangan saya kali ini tidak akan disia-siakan dengan terlalu banyak 'Plan Kurang Bijak'.

Fikir saya ketika itu - saya ingin meninjau seberapa banyak kegiatan Dakwah di Tanah Air kita,di samping cuba untuk memahami 'Punca Kerosakan Pemikiran' Masyarakat kita yang saban hari saya saksikan di dalam Internet semata semasa berada di Moscow dan juga mengkaji 'Realiti Semasa' Tanah Air kita pada masa ini.

Semua ini saya rancang - atas tiket menyedari yang saya akan tamat Pengajian di sini dalam Tempoh Kurang Dua Tahun lagi.

Dan,ini juga dirancang saya atas kesedaran bahawa satu hari nanti - tanggungjawab meneraju akan jatuh pada tangan Generasi saya.

Ya.Hidup ini tidak lama.Jika ada Golongan 'Berumur' yang merasakan selamanya kekuasaan di tangan mereka,sebenarnya mereka silap.

Kadang-kadang simpati juga dengan mereka.Menyebabkan saya teringat dengan Nasihat seorang Ulama' kepada Pengasas Empayar Turki Uthmaniyyah.

"...Show pity to these three kinds of people : A learned person among the ignorant,a poor man among the rich,and once-respected man who has lost his standing.Do not forget that those who occupy high places are less secure than those lower down.

Do not fear to fight in just cause.Remember that people call the best horse a bay and a courageous youth an adventurer..."

Quote di atas saya ambil dari Link ini.

*** *** ***

Syukur

Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT - sepanjang Tempoh yang singkat ini - hampir seluruh Semenanjung saya jelajahi.

Banyak Program oleh NGO-NGO Tempatan - baik yang Islamik,atau tidak - saya sertai.

Ini saya lakukan,bukan untuk mengambil kesempatan.Bukan juga untuk mencari nama.

Tapi sebaliknya,saya mahu memahami apa punca kadangkala ada sesetengah NGO ini - mengeluarkan Statement yang pada fikir saya - 'agak pelik dan tidak mengendahkan realiti'.

Saya menyertai Aktiviti mereka semua ini kerana tidak mahu menghukum tanpa melihat 'Situasi'.

Dan oleh kerana umur saya semakin meningkat hari demi hari - saya kini lebih selesa berpegang dengan Prinsip 'Jangan Menghukum Andai Hanya Berpandu Penulisan Internet,Jangan Menghukum Seseorang Tanpa Mengenali/Memahami Situasi/Point Of View Mereka'.

Banyak NGO yang saya sertai Aktiviti mereka.Banyak juga HQ NGO yang saya kunjungi.Dan ada juga Yayasan Kebajikan yang saya lawati.

Antara Yayasan Kebajikan yang saya lawati ini - merupakan sebuah Yayasan yang berinspirasi untuk mengadakan Perkampungan Islam,di mana-mana Umat Islam yang ingin belajar tentang Islam boleh datang ke tempat mereka dan belajar secara Percuma.

Kagum saya melihat Usaha mereka-mereka yang terlibat dalam Yayasan ini.

Mereka tidak popular,jauh sekali berharta - tapi Perjuangan mereka,masya-Allah.

Walaupun ada beberapa metod Yayasan ini yang saya kurang 'gemar',tapi saya fikir ini terjadi kerana mereka 'Generasi Tua'.

Pandangan mereka terhadap Dunia masih kurang jelas akibat kekurangan maklumat.

Jadi,kadangkala kita kena lebih menasihati,dari terlalu cepat mengkondem usaha orang lain.

Belajar untuk mendidik,bukannya memaki.

*** *** ***

Buruknya Sikap Media Kita!

Antara benda paling annoying sepanjang saya berada di Malaysia adalah Media kita (i.e Media Cetak).

Ini bukan Penulisan berunsurkan Politik.Dan saya,tidaklah berpihak pada mana-mana Parti Politik.

Saya hanya seorang Pencari Kebenaran,yakni mencari Redha Allah untuk dibawa bekal menuju Akhirat.

Banyak sebenarnya Insiden yang saya boleh ceritakan tentang Kesan Keburukan Media ini.

Kalau mahu ditulis,30 Hari pun saya yakin tidak cukup.

Kalau mahu dengar juga,kena undang saya berucap.Tapi,itu macam sudah terlalu semangat pula 'kan?

Tidak mengapa.

Biar saya sebutkan beberapa Peristiwa yang saya yakin terjadi kerana Kesilapan Media kita.

Boleh dikatakan,Realiti Kehidupan Rakyat Marhaen Bawahan seperti saya ini - amatlah berbeza dengan apa yang dipaparkan Media.

Saya berasal dari Bandar Kecil.

Apa yang saya dapat perhatikan,barang-barang asas yang ada di bandar saya ini amatlah mahal.

Ini sering membuat saya terfikir,bagaimana agaknya nasib Makcik-Makcik yang duduk di Kampung Pedalaman sana.

Tapi,ada orang - mereka tidak peduli semua ini.

Bila kita kata perkara sebegini,mereka akan kata - "Ala,rileks la.Takyah kusut sangat.Diorang dapat bantuan".

Jawab saya - "Brother,lu duduk dalam Sangkar Emas sejak lahir,pakai iPhone,BB etc,bolehlah lu cakap camtu.Lu ada tengok ke orang susah nye hidup macam mana?Lu ingat bantuan tu dah cukup besar ke?Setakat Ratus Ringgit tu - untuk Anak Keluarga Lima - Dua hari pun boleh habis la".

Kadangkala saya terfikir,inilah Kesan Sistem Kapitalis.Lahirnya Masyarakat yang Selfish di Ibu Kota,yang hanya tahu melepaskan 'leher' sendiri,tapi lupa tanggungjawab mereka pada orang yang berada di bawah mereka.

Saya juga ada melihat tingkah-laku Gerombolan 'Mat Rempit'.Perkara ini saya teliti semasa saya pulang ke Kampung Halaman Bapa saya di Selatan Tanah Air.Banyak Anak Muda kita yang rosak di Negeri ini.Perkara ini berlaku atas beberapa Faktor.Tapi seperti yang saya cakap,jika ianya mahu ditulis - panjang.Saya story apa yang mampu sahaja.

Mari saya beri contoh X.X seorang Mat Rempit.

Orang mungkin melihat Beliau ini 'Mat Rempit'.Tapi,tahukah kita,di sebalik imej 'Mat Rempit' itu,siapakah sebenarnya Beliau?

Ya.Kebanyakan 'Mat Rempit' yang kita 'keji' ini - kebanyakan mereka berasal dari keluarga susah.

Kebanyakan mereka juga - selepas SPM,terus bekerja.

Adik Beradik pula - mungkin ramai.

Jadi,bekerjalah mereka untuk mencari sesuap nasi membantu Ibu Bapa.

Saya tidaklah menyokong Tindakan Kurang Hajar mereka sebagai Mat Rempit.Tapi saya ingin menarik perhatian anda akan salah satu Punca Utama terjadinya kerosakan Moral di Tanah Air kita.

Punca yang Utama - tentulah kerana meninggalkan Agama.Tapi bukan itu saya mahu sentuh.

Yang saya mahu sentuh adalah - Perkara ini berlaku kerana Media.

Ya,Media Massa yang konon-kononnya sejak Akhir-Akhir ini memperjuangkan Hudud,tapi Ironi terbesar berlaku kerana di dalam Akhbar 'Pejuang Hudud' yang sama ini juga - Gambar-Gambar Wanita Seksi dipapar setiap hari.

Tertanya-tanya saya,"Untuk siapa kita menulis?Siapakah Tuhan kita?Lupakah kita akan Hari Akhirat?Kita menulis dengan Ilmukah?Apakah kita tidak takut melaga-lagakan Masyarakat dengan Penulisan sebegini?".

Dan banyak lagi.

Jadi,Mat Rempit/Orang Susah yang kerja berat setiap hari ini - Sumber Rujukan Maklumat mereka hanyalah Media Massa/TV.

Apabila hanya Rancangan Sampah yang ditayang di Kaca TV,tanpa Nilai-Nilai Murni yang dapat dipupuk - anda fikir apa akan jadi pada mereka? (Maaf cakap,memang sampah yang ditayangkan di TV kita kebanyakannya - antaranya Lawak-Lawak menghina Agama dilakukan oleh orang Melayu kita sendiri - tapi hairan kenapa takde orang ambil tindakan?).

Kalau dah TV sendiri tayang cerita "GENG MOTOR MEMANG SEMPOI",anda fikir apakah mereka ini tidak akan terdedah untuk bertindak sedemikian juga?

Kadangkala saya tidak salahkan mereka,walaupun apa yang mereka lakukan itu sememangnya salah.

Bila orang Buang Anak dalam Tong Sampah,semua Pihak yang selama ini diam tidak berbuat apa-apa tiba-tiba menggelupur.

Tapi,hakikatnya,dalam TV yang sama juga dipaparkan setiap hari - cerita pergaulan bebas yang secara tidak langsung menggalakkan 'Zina' dan menentang 'Konsep Perkahwinan Awal'.

Ilmu Agama pula tidak ditayang di TV dalam Format yang menarik.

Ah,penat la tulis.Ringkasnya,Media kita - yang sepatutnya diguna untuk membentuk Marhaen,sebaliknya hanya lebih kepada memusnah mentaliti Marhaen.

Apa yang saya lihat,Generasi Tua di Kampung mengalami KRISIS BERFIKIR YANG MELAMPAU.

Ini perlu diperbetulkan oleh kita!

Ah,banyak lagi.Tapi tak boleh cerita kat sini banyak-banyak.Karang ada yang tak faham apa saya cuba sampaikan,then komen emosi.

*** *** ***

Kekeliruan (Islamophobia?)

Saya juga sempat menghadiri Program Iftar bersama New Reverts di Penang semasa Ramadhan baru-baru ini.

Masya-Allah,jujur cakap - inilah kali pertama saya melihat sendiri keindahan Islam di Malaysia - di mana Muslimin yang hadir hari itu semuanya bersatu atas Dasar Akidah.

Tiadanya Perkauman etc etc.

Tapi,apabila Tamat Majlis,melihat Realiti Masyarakat Islam kita di Malaysia di luar sana,terutamanya Masyarakat Melayu,saya sedih.

55 Tahun sudah Merdeka,tapi masih ramai Rakyat Malaysia tidak memahami Islam.

Saya ada share satu gambar di Instagram saya (penamaya) semasa Cuti baru-baru ini.


Caption : "mentakab,pahang.gambar ini diambil di masjid besar bandar ini yang terletak di atas bukit pusat bandar.di hadapannya,ada banyak kedai milik bukan Islam.setiap hari,para peniaga ini mendengar azan,tapi majoriti mereka masih tidak faham Islam.salah siapa?jujurnya saya merasakan ia salah kita.kita tidak pernah ambil masa terang kepada rakan bukan Islam kita tentang Kebenaran ini.di mana Dakwah kita?sesuatu untuk direnung.ayuh lakukan sesuatu! [sic]"

Saya berfikir semasa berada di atas bukit Masjid ini.

Sayang.Kenapa masih ramai yang tidak memahami Islam?

Di mana silapnya?

Mana Gerakan Dakwah kita?

Saya fikir - salah satu Faktor perkara ini terjadi kerana kita Muslim tidak mempamerkan apakah itu Islam dalam peribadi kehidupan seharian kita.

Dan inilah juga sebab kenapa ramai Reverts yang menangguhkan Pengislaman mereka sebelum ini.Perkara ini saya dapat tahu semasa berkunjung dalam satu Forum New Reverts.Mereka kata,"mereka dulu taknak Islam sebab takut tengok perangai sesetengah orang Melayu (sebab orang Melayu kan paling ramai Islam di Malaysia)".

Mungkin anda semua boleh tengok Video ini untuk memahami dengan lebih mendalam apa saya sebutkan ini.


Sedih?Ya.Tapi itulah Realitinya.Sesuatu perlu dilakukan!

*** *** **

Jika Yang Non-Muslim Tidak Faham,Bagaimana Dengan Muslim?

Apa yang saya perhatikan semasa Cuti baru ini semasa Kunjungan dan Ziarah di beberapa tempat,kebanyakan Muslim di Negara kita masih kurang faham akan apa itu Islam yang sebenarnya.

Kebanyakan Marhaen kita di Malaysia mengamalkan Islam lebih kepada 'Adat',dari melihat Islam itu dari Perspektif seperti yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Para Sahabat.

Bukti?

Tangkal masih lagi diamalkan dalam sesetengah Masyarakat kita!

Sabda Nabi Muhammad SAW : "Sesiapa yang menggantung (tangkal) maka dia melakukan kesyirikan". [Riwayat al-Imam Ahmad,dinilai sahih oleh al-Albani]

Astaghfirullahalazim!

Bayangkan,semasa bulan Ramadhan pun,ada yang pergi berubat berjumpa 'Bomoh'.

Ya Allah,inilah Realiti menyedihkan yang terus berlaku saban hari di Malaysia!

Punca?Salah satunya - Media.Ya!Media memang memainkan Peranan penting dalam pembentukan mentaliti Marhaen.

Kalau dah setiap hari asyik tayang Cerita Hantu,even time bulan Ramadhan pun tayang,sampai ada orang rela tengok Cerita Hantu dari Berqiam di Masjid - janganlah buat-buat terperanjat bila ramai orang mengamalkan Syirik dalam kalangan Masyarakat Islam di Malaysia!

Ya Allah.

Anda tidak percaya Berita yang saya kongsikan ini?Percayalah.

Kalau masih tidak percaya,saya nasihatkan anda untuk offline sekarang,dan belajarlah melihat dunia dari kaca mata 'seorang hamba yang bakal diadili'.

Banyakkan fikir,banyakkan kembara,banyakkan mencari Ilmu.

*** *** ***

Diri Bertanya Sendiri

Kadang-kadang saya tertanya-tanya bila melihat saban hari masalah yang menimpa Masyarakat Islam di Tanah Air kita,"Mana Pejuang-Pejuang Wannabe Bangsa kita yang cakap punya berapi semua tu tatkala ramai orang susah memerlukan Pertolongan?"

Sekali lagi diulang.Ini bukan Artikel Politik.Ingat best sangat ke Politik Malaysia untuk difikirkan 24 Jam.Banyak lagi Isu Penting lain perlu difikir kita.

Isu Syria sebagai contoh - adalah menghairankan bagaimana Media Tempatan masih guna Istilah Pemberontak bila lapor berita tentang Syria.

Bila rujuk di Akhir Berita itu,bila tengok Rujukan,"Oh rupanya berita diambil dari Sumber Barat".

What a shame.

*** *** ***

Aspirasi

Okay.Saya penat menulis.Kadangkala banyak sangat menulis pun tak guna kalau dalam Dunia Realiti,tiada tindakan diambil untuk menyelesai masalah.

Harapan saya buat masa ini,kalau boleh di masa hadapan yang terdekat ini,saya mahu menukar Media Tempatan di Negara kita ini kepada yang lebih menepati 'Ciri-Ciri Media yang ditulis oleh seorang hamba Allah'.

Insya-Allah.

Itu sahaja.

Nanti saya sambung tulis lagi.

Tapi bukan dalam Siri Malaya Tanah Tercinta.

Kerana Siri ini sudah Tamat.

Sekian.

Jumpa lagi Malaysia!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Mahu sumbang Dana untuk Projek Giveaway akan datang?Contact saya ikut e-mail pospenamaya@gmail.com

P/P/P/S : Pentingnya Tenaga/Suara Orang Muda.Tapi sayang,ramai Orang Muda lebih suka komen di Internet sahaja,berbanding beraksi di Dunia Sebenar.Nasihat saya kepada kita semua Anak Muda : Libatkanlah diri.

P/P/P/P/S : Kisah Bayi Dibuang Dalam Tong Jamban baru-baru ini memang buat saya sedih.Kepada Ibu Bapa,kalau anak nak kahwin,bagi sahaja.Kalau kita kata mereka tiada Ilmu,takut bercerai - kenapa kita tidak didik mereka sejak kecil?Ayuh ubah pemikiran sebegini.Kita kena faham,sekarang bukan macam dulu.Sekarang porn bersepah-sepah.Maksiat boleh dilakukan dengan pelbagai cara.Dari mereka tukar-tukar pasangan tak habis-habis,baik bagi mereka kahwin.Okay tak?Entah.



Antara Cadangan Logo Gantian Pena Maya Tempoh Hari

20 comments:

  1. Observation yang teliti, dan penulisan yang emosi. Hehe
    Tapi betul, memang ada masalah mentaliti yang besar yang menghantui orang-orang Melayu sekarang.
    Yang paling selalu saya encounter, ialah takut dengan perkataan DAKWAH (as if it's going to destroy you as a person if you decided to join an usrah)
    Sedih dengar, even dari kawan-kawan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emosi itu tidak dapat ditolong.
      by the way,apa yang didefinisikan kita dengan dakwah?
      apa yang didefinisikan kita dengan menjadi Muslim?
      apa pula yang didefinisikan kita dengan Sunnah?
      bagaimanakah pandangan kita terhadap Rasulullah SAW?
      jawapan di atas,sedikit sebanyak mampu mempengaruhi pandangan kita dalam kehidupan.

      Delete
    2. Salam. Dah lama tak baca penulisan panjang di sini.

      Setuju dengan mereka yang lain, saya pun sangat suka artikel ini.

      Benar belaka apa yang diluahkan. Dan sebelum nak terasa malu dengan "malaysia", "melayu", etc, saya terasa malu benar dengan diri sendiri bila baca artikel ni.

      Dan buat saudari Atikah, hehe, saya terasa malu bila baca ayat "takut dengan perkataan DAKWAH" ni... Saya adalah salah seorang dari mereka yang takut dengan perkataan 'dakwah' tu. Dan umumnya saya agak takut dengan orang-orang melayu yang berstyle ke-arab-an. Teringat dahulu, saya dok cuba nak jinak-jinakkan diri join kuliah maghrib di masjid. Bila ustaz yang bagi kuliah tu buat lawak, saya tergelak "Hahaha". Bagi saya cara saya gelak tu biasa je, tapi ada seorang rakan-se-mendengar-kuliah tu tidak senang dengan cara saya tu (agaknya), beliau sindir, "Gelaaaaaak" *tsk..tsk*.

      Dan makin lama saya terasa macam saya ni mungkin agak terlalu 'liar' untuk join golongan berstyle ke-arab-an ni. Saya tak pernah benci pon mereka, cuma takut je. Sebab golongan ni, at least IMO, biasanya condescending towards others. Huhu. Tapi bukan semua lah. Ramai juga dari kalangan mereka yang saya senang hati. Tapi again, berani tengok dari jauh je. YouTube, blog, etc. Huhu.

      Delete
    3. Wsalam saudara.ada benar apa yang saudara cakap.

      Saya sendiri dhulu pernah merasai pengalaman sebegini.

      Kadangkala saya akui,kita mungkin terlalu fokus pada 'external' i.e penggunaan ana enta,topic kawen etc yang hanya selesa diikuti sekelompok manusia,dri kita cuba dekati golongan yang 'jauh'.

      Bnyk faktor prkr ini trjdi.salah satunya sistem pendidikan kita dh dpecah dri kita kecil.budak2 agama bljr smka,budak2 lost xbljr agama lgsung kcuali sdikit di sekolah harian biasa.

      Banyak prkara prlu kita sama2 betulkan.iA.

      Apa2pon saudara jgn risau,masih rmai budak2 'agama' yang baik dan memahami.carilah mereka..kerana sahabat yg baik amat pnting bg mukmin

      Delete
    4. "Apa2pon saudara jgn risau,masih rmai budak2 'agama' yang baik dan memahami.carilah mereka..kerana sahabat yg baik amat pnting bg mukmin". 1 piece of advice yang cukup bermakna. Terima kasih yaa Zaakir! :)

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Umar

    Apa yang diluahkan di sini banyak benarnya. Kenapa jadi begini? Pada pendapat mak cik kita perlukan pemimpin yang kuat lagi amanah serta tidak perjuangkan bangsa sebsliknya memperjhangkan Islam. Jika baik pemimpin maka baiklah rakyatnya. Sedih juga dengan keadaan negara kita yang sebegini keadaannya. Jadi mak cik setuju sangat jika ramai pemuda sekarang berganding tenaga memperbaiki keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt makcik werdah.
      sebenarnya banyak perkara yang menyebabkan terjadinya perkara sebegini.ini zaman fitnah.fitnah yang amat besar sedang melanda.zaman akhir zaman.
      ada orang cakap "malaysia kita ini aman.kita perlu hargai keamanan ini!syukuri!"..

      persoalannya : betul ke kita aman?mungkin kita tiada gempa bumi etc,tapi apakah benar jiwa rakyat tenang?apakah benar negara kita selamat? dan yang paling penting,apakah rakyat kita bahagia? tidak.kebanyakan rakyat semakin hari semakin rosak moralnya.kes2 jenayah akibat pendatang asing pula semakin meningkat.kawasan rumah saya banyak kes pecah rumah.mungkin ada orang yang lupa - kerana mereka hidup dikelilingi pengawal peribadi.

      tapi,kepimpinan itu hanya satu punca dari seribu lagi punca.punca yang utama - kita meninggalkan Tuhan.inilah akibatnya.

      sama-sama kita usahakannya.insya-Allah Allah akan bantu.

      Delete
  3. assalamualaikum... walau hanya baca seimbas lalu. nampaknya pemikira kita sama. semua berpunca dari "kerajaan". banyak lagi isu yang terselindung dan diabaikan contohnya perlaburan dalam industri judi oleh badan kerajaan dan juga kerajaan sendiri... jadi ah duit yang kita dapat juga berunsur syubah(syubahat, maka bagaimana hati tidak keras da sukar menerima ajaran islam... saudara tekankan media cetak, tapi semua media termasuk elektronik dan internet juga banyak penipuan dan pembesaran sesuatu isu remeh untuk kepentingan kerajaan semata2... memang dah meluat untuk baca paper dan tgk berita tv.. hanay internet sumber berita 2 hala yang kita dapat bagi kepastian sesuatu isu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.dalam artikel di atas,banyak perkataan yang saya sebut adalah metafora,sebab saya taknak gunakan perkataan asal.

      sama-sama kita usahakan untuk betulkan kembali dunia ini (atau dalam konteks ini : kondisi umat di negara kita)..

      apa-apapun,ini zaman fitnah.sentiasalah mohon perlindungan dari Allah.mohon agar ditambahkan ilmu dan kefahaman.

      Delete
  4. artikel yg bagus...

    ReplyDelete
  5. percaya cakap aku, kalau kita tak ubah pemimpin kita dan cara kepimpinan ke arah islam, nescaya satu hari nanti tak mustahil malaysia akan jadi seperti russia (negara yang penuh dengan kelalaian, orang mabuk bertebaran tak berhaluan, generasi Y tidak menghormati golongan tua, pelajaran diabaikan, seks bebas dijalanan, rasuah dan korupsi bagaikan halal di mata masyarakat kini).

    artikel yang mantap beb. sedikit sebanyak membuka mata, lebih-lebih lagi orang yang sudah lama meninggalkan tanah air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman fitnah.hanya yang kembali kepada Allah dengan sebenar-benarnya terselamat.

      Delete
  6. Nice artikel~

    Tersentuh bila tgk video uncle cina yang tak pernah dengar pasal islam w/pun dah 70 tahun.

    Bagaimana pula dgn org Islam yang semakin liar dan tiada org yg mahu membantu utk membimbingnya?

    Pastinya usaha murni utk mendekatkan kembali rakyat Malaysia terutama org Islam dengan Allah memerlukan masa dan tenaga yang banyak.

    Ayuh kita bersama-sama menjadi ejen yg menggerakkan!

    ReplyDelete
  7. Jangan Putus Harap
    Teruskan Usha Dakwah
    Hidayah Itu Milik Allah.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.
    Satu pemerhatian yang amat baik. Setuju sangat-sangat. Alangkah baiknya jika ramai lagi dari golongan Generasi Y ini mampu melihat dan kemudian berusaha untuk membetulkan keadaan. Ummu di sekolah memang dapat melihat keruntuhan yang terus-terusan dan amat payah sekali untuk dibendung sebab sistem pendidikan itu sendiri tidak banyak membantu. Falsafah pendidikan hanya tinggal di kertas sahaja. Tiada lagi usaha untuk mewujudkan insan yang seimbang rohani dan jasmaninya.
    Secara umum, seluruh sistem sudah korupted, perlu anak-anak muda seperti Umar dan seangkatan bangun untuk pembaikan. Syabas kerana mampu melihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha mmg perlu banyak Ummu.
      Sistem pendidikan kita memang ternyata tiada nilai.kalau ada cadangan untuk ambik sistem barat n aplikasi ke malaysia,pon bkn idea bijk.

      Saya menuntut di barat dpt menyaksikan sendiri kerosakan nilai di sini.ya,mmg mereka pergi ke bulan,tp apa guna pergi ke bulan tp masih buta hati xdpt lihat kebesaran Ilahi.

      Pada saya,anak muda yang perlu ambik tggungjwb ni perlu melengkapkan diri dari segala aspek.bukan hanya ilmu fardhu ain,bimbang takut keluar statement yg menyebabkan org bukan islam mkin keliru dan islam mnjdi bahan jenaka.glongan ini juga xboleh trdiri dri mereka yg hanya bersemangat muda semata.semangat tanpa ilmu xkan berkekalan.

      Apa yg kita perlu adalah generasi yang jiwanya pada akhirat,tp jelas pandangan mereka pada realiti semasa..

      Wallahualam.

      Delete
  9. Alhamdulillah, penulisan yg bagus.

    Saya setuju ranc. TV banyak yg sampah entah apa2. Mungkin penerbit, pengarahnya kurang pendidikn Islam. Setakat basic solat dan puasa shj yg mampu mrk laksanakan. Utk menghasilkan karya Islamik mrk cetek ilmu dan pengalaman.

    Sepjg Ramadhan lalu Alhamdulillah saya dan jiran2 setaman perumahan kos rendah rajin memenuhi Tarawikh di mesjid berhampiran. Tapi tak tahulah taman2 mewah yg lain. Kami masih cinta Mesjid.

    Tentang remaja kawin muda.. lepasan SPM ka.. setuju aje asal terus dibimbing kedua ibubapa masing2. Daripada konon "sporting" membenarkan anakdara dan teruna memboceng ke sana ke sini tanpa ikatan sah. Sambil belajar di U pun masih boleh dinikahkan. Di barat remaja belasan mengamalkan sek bebas lagi haru biru... Jadi, setuju ajer perkahwinan remaja utk mengelakkan zina dan kes buang bayi. Cukup setakat ini saya noktahkan cerita. Maaf. Permisi

    Mama nOOr NOOra

    ReplyDelete