22.9.12

Penulisan Khas : "You Don't Know The World Your Children Are Living In".

Prenote I : Tajuk Penulisan merupakan Quote dari sebuah Filem.

Prenote II : Penulisan Khas yang padat dengan Metafora ini dicadang untuk dibaca kepada mereka yang terlibat dalam Aktiviti Dakwah.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Orang Muda Dan Situasi

Pesanan Sheikh Raed Salah (Pahlawan Al-Aqsa) : "Anda semuanya adalah syabab (Pemuda),tanggungjawab dan amanah pada Antum (Anda) sangat besar untuk memperbaiki masalah Ummah.Atas masa,tenaga dan kesihatan yang Allah berikan,gunakanlah sebaik yang mungkin,pasti Dia akan tanya ke arah mana kamu perhabiskan". [Sumber : Link]

Orang Muda,atau dalam kata lain - Pemuda - dikurniakan Allah SWT dengan satu kelebihan.

Kelebihan yang tidak dimiliki Generasi lain dalam satu-satu Zaman.

Kelebihan itu adalah - Darah Muda yang sentiasa bersemangat berkobar-kobar untuk berjuang.

Perkara ini disedari ramai Pihak.

Lantas ramai yang meng-eksploitasi-kan 'Darah Muda' ini.

Ada yang 'meng-eksploitasi' untuk kebaikan Ummah.Ada pula yang 'meng-eksploitasi' semangat Anak-Anak Muda ini untuk kepentingan Periuk Nasi sendiri.

Kepada Anak Muda - Golongan yang suka meng-eksploitasi ini - haruslah kita berhati-hati dengan mereka.

*** *** ***

Realiti

Walaupun ramai yang bersemangat Pejuang,tapi hakikatnya - Anak Muda - tidak semua yang tahu hala-tuju Perjuangan.

Tidak sedikit yang akibat terlalu ghairah mahu menjadi 'Pejuang' - akhirnya berubah menjadi 'Objek' yang ditentangnya pada awal dahulu.

Saya pernah menonton beberapa buah Filem.Lama dahulu.

Filem-Filem ini saya amat tidak galakkan untuk anda menontonnya oleh kerana penggunaan Bahasanya yang terlampau kesat,Adegan yang tidak sopan,Terlampau Ganas - dan lain-lain.

Filem-Filem yang saya tonton ini mempunyai Tema yang sama - Perjuangan Skinhead di Barat untuk menegakkan White Supremacy.

Dan kebanyakan Filem ini dihasilkan - bukan untuk menggalakkan Skinhead dalam kalangan Masyarakat - sebaliknya untuk memaparkan Realiti sebenar yang berlaku dalam Masyarakat Barat satu masa dahulu (dan mungkin sehingga kini?).

Semasa menonton melalui 'Pandangan Mata Remaja Yang Tiada Ilmu' dahulu - saya merasakan sangat 'cool' menonton Filem itu.

Tapi,setelah difikir dan dikaji kembali - ternyata - manusia ini jiwanya sentiasa mahukan sesuatu untuk diperjuang.

Setiap manusia - dahagakan kebenaran dan keadilan.

Tapi,jika Perjuangan itu tidak berlandaskan Islam - nescaya - ya NESCAYA Perjuangan yang kononnya mahu membawa keadilan itu - akan membawa kepada ke-tidak-adil-an dalam bentuk yang baru.

Manusia yang ingin membebaskan kaumnya dari Penindasan kaum lain - tapi perjuangannya hanya berlandaskan emosi dan sentimen tanpa Asas Islam - mereka ini,jika perjuangannya berjaya - pasti akan berakhir dengan menindas kaum lain juga.Atau sekurang-kurangnya membenci kaum yang pernah menindasnya dahulu.Akibatnya,hidup mereka sentiasa penuh dengan kebencian.

Sejarah telah membuktikan perkara ini benar.

Yang paling terdekat - Nation Of Islam.Anda boleh do some research tentang Pertubuhan ini di Internet.

Sama juga dengan Pergerakan Perkauman lain.Tanpa asas Islam dalam Perjuangan,akhirnya hanya membawa kita kepada sikap Kepuakan yang melampau.Memenangkan Puak kita - even ternyata jelas Puak kita salah.Apakah ini keadilan?

Berbeza dengan Islam.Indahnya Islam - kerana ia membawa keadilan untuk semua.

Apabila saya menyebut 'Islam' - saya tidak mengaitkan perkataan 'Islam' ini dengan mana-mana Pihak.Sebaliknya apa yang saya maksudkan dengannya adalah 'Islam' yang dibawa dan diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Para Sahabat RA.Islam dengan kefahaman yang sebenar.Berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara ini kerana yakin anda sudah dapat menangkap apa yang cuba saya sampaikan.

*** *** ***

Ilmu

Tanpa Ilmu,perjuangan menuntut perubahan akan menjadi Ganas.

Sekarang,seperti ada suatu trend di mana ramai Golongan Muda hendak menjadi 'Revolutionist'.

Banyak blog yang memapar cerita Revolusi.

Tapi,tanya diri kita - apa yang kita mahu dengan 'Revolusi' itu?

Dan selepas 'Revolusi' - apa?

Apakah benar kita benar-benar mahu 'Revolusi untuk Kebenaran' - atau sebenarnya kita 'just nak fun/adrenalin'?

Apakah memakai baju Che Guevara sahaja menjadikan kita Pejuang?

Ke mana hala tuju perjuangan kita?

Perjuangan itu hakikatnya bukanlah sesuatu yang seronok dan Popular semata.Ianya bukan tentang 'diri kita menjadi Pejuang'.

Ia sesuatu yang serius,mesti dilakukan dengan Ikhlas kerana Allah SWT - dan yang pasti - bukanlah suatu usaha untuk mewujudkan 'Cult' terhadap Pemimpin suatu Organisasi itu.

Tiada guna berjuang - andai dengan Mak Bapak sendiri pun kita kurang hajar.

*** *** ***

Tiga Warna

Kadang-kadang sedih.

Tempoh hari ketika di KL,saya terserempak dengan sebuah Kereta yang berpelekat suatu Pertubuhan Fascist.

Terketawa saya sendiri melihat Pelekat itu.

Konon Pejuang Bangsa/Agama.

Tapi - di mana kelibat mereka - ketika ramai Masyarakat Kampung tidak cukup makanan?Di mana mereka ketika Makcik-Makcik Tua tidak cukup wang untuk membiayai Perubatan mereka?Di mana mereka ketika Anak-Anak Gadis dirosakkan oleh Jantan Khianat setiap hari?Di mana mereka ketika Akidah Anak Muda semakin Rosak?Dan di mana mereka ketika Islam semakin hari semakin disalah-tafsirkan oleh Non-Muslim - akibat perbuatan mereka sendiri yang kononnya memperjuangkan Bangsa?

Apakah layak digelar Pejuang jika turun ke 'Padang' setahun sekali?

Itu pun turun sebab nak Bajet Taiko.

Apakah definisi hidup untuk mereka?

*** *** ***

Realiti Menyedihkan Dalam Kalangan 'Pejuang' Sebenar

Saya yakin,jika anda seorang Pelajar Universiti,pasti ada satu Golongan yang ikhlas aktif berjuang untuk meninggikan kembali kebenaran (i.e : Islam).

Tapi,sayang.

Kebanyakan mereka yang terlibat dalam Perjuangan ini - kadangkala seolah terperangkap dengan Dunia mereka sendiri.Malah,ada di antara mereka - yang tak tahu dan tak sedar pun realiti bahawa Masyarakat Muda kita pada hari ini amat teruk masalah sosialnya!

Akibatnya,Kelompok Sasar semakin jauh melarikan diri - sekaligus menyaksikan kelompok sasar ini semakin 'rosak'.

Di mana silapnya?

Mengikut pemerhatian saya - ini berlaku kerana adanya 'Gap' di antara Pihak 'Pejuang' dan 'Kelompok Sasar'.

'Pihak Pejuang' kadangkala dilihat terlalu book-oriented.

Mereka kelihatannya hanya selesa dengan 'kelompok sendiri'.

Akibatnya - mereka gagal memahami Realiti sebenar yang berlaku dalam kalangan Masyarakat Muda pada hari ini,dan gagal menyelami jiwa Muda Rakan-Rakan mereka yang sebenarnya dahagakan kebenaran - tapi akibat sikap 'tidak endah' sesetengah 'Pejuang' ini - 'Rakan-Rakan mereka yang Lost' menjadi segan untuk menghampiri.

Nasihat saya kepada Kelompok Pejuang ini :

"Wake up brothers and sisters.Jangan terlalu mementingkan 'Persoalan Kecil'.Jangan terlalu 'formal'.Think out of the box.Yang penting mesej sampai!

Semalam saya baca berita yang menyatakan lebih kurang 90000 Kandungan Digugurkan setiap tahun di Malaysia.Wahai Pejuang - sedarlah - Generasi kita semakin rosak hari demi hari!

Bangkitlah laksanakan kerja anda!Renungi semula Quote yang saya kongsikan di awal Penulisan ini.

Jika kita meneruskan sikap bermalas-endah-tak-endah ini,jangan berangan untuk miliki kemenangan!Hakikatnya usaha perlu dipertingkat.Jangan pernah merasa selesa.Tingkatkan ilmu dengan pengetahuan/realiti semasa".

*** *** ***

Quote

Saya teringat satu Quote oleh seorang Penulis Blog terkenal Tanah Air,

"Membaca buku/online sahaja - tidak akan sesekali membuatkan kita faham apa sebenarnya yang berlaku dalam dunia sekarang.Adalah perlu untuk kita keluar dari sangkar buaian emas untuk memahami realiti sebenar dan bergaul dengan masyarakat untuk menyelami jiwa mereka.Tapi jangan akibat terlalu ghairah bergaul - kita sendiri yang 'terkorban'.Know your limits.Tingkatkan usaha".

Kita sebenarnya amat perlu mendekati Golongan 'Street' kerana saya yakin - mereka-mereka ini andai sudah kenal dan faham Islam - dengan izin Allah SWT,insya-Allah - akan menjadi hebat.Ini kerana mereka benar-benar faham kenapa perlunya Islam dalam diri setiap manusia - disebabkan mereka sendiri pernah merasai suasana 'kejahilan'.

*** *** ***

Cadangan

Oleh kerana saya bukanlah manusia yang suka tulis tanpa beri cadangan Penyelesaian - di sini ingin saya mencadangkan kepada Para 'Pejuang' dan juga jika ada di antara anda-anda yang 'sedar' Realiti sebenar Dunia pada hari ini - untuk mengembara melihat 'masyarakat' dan menyertai seberapa banyak Gerakan Dakwah di Malaysia.

Anda dapatkan Ilmu dari mereka.Dan anda bawa Ilmu itu pulang ke tempat anda.Tapi pastikan Ilmu itu Ilmu yang 'sahih'.

Tidak tahu ke mana arah tuju?Jangan bimbang.Jika benar-benar kita ini ikhlas ingin membantu menegakkan Islam - insya-Allah,Allah akan menemukan anda dengan 'Sahabat' yang boleh membantu.

Percayalah.

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [Muhammad : 7]

*** *** ***

Terakhir - Siapakah Pejuang Yang Sebenar?

"Nabi SAW apabila ditanya : “Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?”

Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah".

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Selagi mana kita berjuang untuk meninggikan kalimah Allah,kitalah Pejuang.

Sama-sama kita usahakan agar Kebenaran ini (Islam) kembali tertegak di atas muka bumi ini.

Bilakah kemenangan itu akan tiba - bukan persoalan utama - sebaliknya apa yang perlu kita tanya kepada diri kita - apa yang sudah kita lakukan untuk Islam?

Bising di Internet sahaja - tidak sesekali akan menyelesaikan Isu.

Usaha amat banyak perlu dilakukan.

Jangan pernah merasa letih.

Kalau rasa letih,renung kembali Quote dikongsi di atas tadi.

Kita tidak layak digelar Pejuang jika hanya berjuang untuk kepentingan diri.

Kejarlah Redha-Nya.

Dan kepada Ibu Bapa,jangan terlalu manjakan anak-anak anda.

Ini kerana,"You don't know the world your children are living in".

Hanya Golongan Muda sahaja yang dapat mendekati Golongan Muda pada hari ini.Kerana hanya kita yang faham Naluri Anak Muda pada hari ini.

Jadi,ayuh Wahai Pemuda yang 'Sedar' sekalian - kita selamatkan Generasi kita!

Banyakkan mendengar dan mendekati,kurangkan mencaci dan memaki.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Penulisan ditulis lewat malam.Kurang pasti mutunya baik atau tidak.Jadi jika ada salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Jangan sesekali ambil mudah akan 'Fitnah' yang sedang berlaku dalam Realiti Dunia pada hari ini.Banyakkan usaha,tingkatkan doa.Dan kepada Pemimpin,belajarlah mendengar suara hati orang bawahan.



No comments:

Post a Comment