11.9.12

Permohonan Sumbangan Dana Untuk Kegunaan Projek-Projek Giveaway Pena Maya (Edaran Al-Quran/Buku-Buku Islamik/Sirah Etc).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.


*** *** ***

Projek Edaran Al-Quran/Buku Percuma Kembali Lagi

Untuk anda yang pertama kali tiba di Blog Pena Maya,anda boleh membaca Artikel di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Projek Edaran Percuma yang dimaksudkan ini.

*** *** ***

Laporan Kewangan Kasar

Sejak Akaun Bank Rasmi Pena Maya Enterprise dilancarkan (Ya,Pena Maya merupakan sebuah Syarikat berdaftar),saya telah menerima Dana dari Para Pembaca sebanyak RM 2580.53 (Dana ini diterima berperingkat-peringkat).

Dan Alhamdulillah,dengan izin Allah,sebanyak RM 2406.53 telah digunakan saya dalam beberapa Projek yang diadakan sepanjang Julai-Ogos 2012.

Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah SWT.

Semoga Allah SWT meredhai semua yang terlibat dan mengampunkan dosa-dosa kita semua.Amin.

Tanpa sumbangan anda semua,Projek-Projek ini sukar dilaksana.


*** *** ***

Ke Mana Duit Dibelanja?

Sepanjang Ramadhan,secara rasminya - 20 Naskhah Al-Quran telah diedar oleh Pena Maya.

Tapi,oleh kerana mempunyai lebihan Dana,sepanjang tempoh Julai-Ogos ini juga,saya banyak membuka Tawaran Terbuka untuk sesiapa yang mahukan Al-Quran Percuma.

Apakah maksud perkara ini?

Senang.Sesiapa yang mahu Al-Quran Percuma untuk diguna untuk Perubahan Diri etc - jika masih ada lebihan dana pada satu-satu tempoh itu - saya akan menyuruh mereka hubungi saya melalui E-Mail dan meminta Alamat etc,dan terus hantar Al-Quran kepada mereka.

Ini bermaksud,di samping Projek Al-Quran/Edaran Buku Percuma Rasmi - wang yang disumbang turut diguna untuk membeli Al-Quran yang diberi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Dalam kata lain,Edaran Al-Quran Percuma Pena Maya sentiasa berjalan - selagi ada Dana di dalam Akaun.

Jika ada Lebihan,Wang akan disalur ke Badan Wakaf Al-Quran lain yang anda boleh baca di sini.


*** *** ***

Dana Telah Berkurang,Jadi Permohonan Dana Baru Dijalankan

Sekarang,pada saat saya menulis ini - 11 September 2012 - Dana yang tinggal dalam Akaun Pena Maya - RM 174.53.

Jadi,oleh kerana Dana yang ada sekarang ini sudah sedikit,dan dalam bulan September ini sahaja - ada 3 Projek Giveaway akan dilaksanakan insya-Allah,jadi,saya dengan ini mengalu-alukan jika ada di antara anda yang ingin menyumbang Dana untuk kegunaan Projek-Projek yang akan datang.

Ini maklumat Akaun CIMB PENA MAYA.

Nama Akaun CIMB : Pena Maya Enterprise
Nombor Akaun CIMB : 06080000393108


*** *** ***

Update

Saya insya-Allah akan sentiasa Update tentang Perbelanjaan Wang di dalam Akaun Pena Maya ini.

Masih tidak faham Konsep Giveaway yang dilaksanakan?

Baca sini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan saya kekal ikhlas dan jujur kerana Allah SWT semata.

P/P/S : Insya-Allah,Giveaway Buku Islamik akan diadakan Hujung Minggu ini sebaik Dana mencukupi.

P/P/P/S : Saya juga ada menggunakan Dana yang disumbang untuk menyumbang kepada mana-mana Badan Kebajikan Palestin,Syria etc yang saya rasakan boleh dipercayai seperti Tabung Kebajikan Palestin Haluan,AMAN PALESTIN etc.



No comments:

Post a Comment