14.9.12

Realiti Semasa : Kita Sering Menyambutnya Dengan 'Emosi'.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)". [An-Naba' : 40]

*** *** ***

Arkib

Baru sahaja tadi,saya melihat kembali Arkib Penulisan Pena Maya dan saya mendapati sejak April 2012 - saya jarang menulis Penulisan-Penulisan berunsur motivasi/muhasabah diri seperti dahulu.

Sebaliknya,saya lebih banyak menulis tentang Catatan Kembara saya di sepanjang Perjalanan (i.e Siri Empayar dan juga Diari Jejak Nurani).

Itu pun,masih banyak sebenarnya yang tidak sempat saya coret dalam bentuk Penulisan.

Itulah kehidupan.Pengajaran-pengajaran yang kita kutip dalam perjalanan kembara 'dunia menuju Akhirat' ini sebenarnya - bukan untuk orang lain - sebaliknya Pengajaran-Pengajaran itu paling banyak meninggalkan kesan tidak lain tidak bukan kepada diri kita sendiri.

Jadi,apabila kita asyik memenuhi Diari Kembara dengan sesuatu yang tidak bermanfaat,kuranglah pengajaran yang kita dapati untuk diri ini.

Ayuh,isi Diari Kembara kita dengan sesuatu yang boleh kita jadikan pedoman dan bekal untuk dibawa ke sana kelak.

*** *** ***

Faham

Ramai orang yang 'tahu',tapi sebenarnya tidak ramai yang benar-benar 'faham'.

Hakikatnya,'kefahaman' dikurnia oleh Allah SWT.Bukan semua orang mempunyai 'kefahaman'.

Kadangkala,orang itu tidak belajar tinggi,tapi 'Beliau faham' akan definisi hidup.Sebaliknya,ada orang - 'belajar bapak tinggi' dan Angkasa Lepas sudah ditaklukinya,tapi sayang - mata masih buta.Pandangannya gelap gagal melihat kebesaran Ilahi.

Bersyukurlah kita kerana dikurniakan dengan kefahaman dan hidayah oleh Allah SWT.

*** *** ***

Sentimen

Sejak Akhir-Akhir ini,banyak Isu yang sedang bermain di Media tentang Umat Islam.

'Remembering 9/11',Isu Pembunuhan Warga Amerika Syarikat,Isu Filem Menghina Nabi Muhammad SAW etc - semua ini Fitnah dan Ujian kepada Islam.

Tapi sayang - kita umat Islam seringkali menyambut Isu Sebegini dengan 'Emosi semata'.

Saya terbaca suatu Artikel semalam,di mana ada satu Quote yang berbunyi lebih kurang begini,

"Jika setiap kali orang timbulkan Isu,kita melenting,kemudian tidak sampai sebulan,kita senyap balik - di manakah tahap kesedaran kita yang sebenarnya?Cara yang terbaik untuk mempertahankan Islam adalah dengan mengamalkan segala perintah Allah SWT dan juga mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.Itu yang paling mereka takuti!Itu yang bakal 'menyakitkan' mereka sebenarnya!Selagi kita tidak benar-benar kembali kepada Islam dengan kefahaman yang sebenar - tidak mustahil Episod 'Mainan Sentimen' ini akan terus berulang,dan Islam - akan terus ditertawa".

Lebih kurang begitulah Isi Artikel yang saya baca itu.Sebenarnya dalam Bahasa Inggeris,tapi saya sudah ubah-suai sedikit untuk keselesaan kita semua membaca.

Pengajarannya di sini : Mempertahankan Islam bukanlah dengan 'memaki hamun dan emosi berapi semata tapi dalam masa yang sama kita tetap melakukan maksiat' - sebaliknya cara sebenar mempertahankan Islam adalah dengan menegakkan Islam di dalam diri kita dan masyarakat sekeliling.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah Silap,Terkasar Bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Saya menulis Artikel dalam keadaan segera.Jadi,maafkan saya jika Penulisan kurang menarik.



1 comment:

  1. yupz totally agree , kadang2 kerana terlalu beremosi hingga lupa mana letaknya fikrah & kerelevenan sesuatu perkara . hingga lupa bagaimana nak menyelesai bila asyik menunding. Allah. moga kita semua tak tenggelam dek emosi yang terlalu berlebihan.

    jay zack kay kay. tok en3 sentap. , barakallahufik

    ReplyDelete