29.10.12

Antara Amali Dan Teori - Jadilah Orang Yang Melaksanakan Kata-Katanya,Bukan Sekadar 'Gemar' Berkata-Kata.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Jam 2341

Sudah lewat ketika saya berkeputusan untuk menulis.

Agak penat ketika ini.

Penat dari segala segi.

Tapi dipaksa juga diri untuk menulis.

Sebagai satu muhasabah diri.

Dan peringatan bagi yang sudi membaca.

*** *** ***

Orang Berjuang


Saya sebentar tadi terjumpa kembali Nasyid ini di Youtube.

Nasyid yang pertama kali didengar saya lebih kurang 3 Tahun Lepas.

Sebelum Tempoh itu - saya memang amat jarang sekali mendengar Nasyid.

Malah,sehingga sekarang,saya masih jarang mendengar Nasyid.Kecuali sedikit sahaja.

Tapi,saya tertarik untuk berkongsikan dengan anda semua tentang Nasyid ini dalam Penulisan kali ini.

Dahulu ketika pertama kali mendengar Nasyid ini,saya tidak begitu mengambil berat akan senikatanya.

Tapi hari ini,apabila mendengarnya kembali,saya amat memahami apa yang cuba disampaikan di dalam Nasyid ini.

Memahami 'hakikat' yang cuba dikongsi Penulis Senikata itu.

*** *** ***

Hakikat Berjuang

Pernah dengar kata-kata seperti : "Jalan Dakwah ini sukar.Hanya sedikit yang mahu melaluinya.Tapi ketahuilah,dalam kesukaran itu sebenarnya - menanti kemanisan".

Ya.

Dahulu saya sekadar mendengar ayat ini begitu sahaja.Sekali lalu.Tidak disertakan hati untuk memahaminya.

Tapi,kini - setelah masa berubah,saya akui - ayat di atas - memang benar.

Jalan Dakwah ini pada hakikatnya sangat sukar.

Kekuatan itu hakikatnya datang dari Allah SWT.

Dan hakikatnya juga - kekuatan itu perlu sentiasa dipinta daripada-Nya.

Sebagai Motivasi bagi anda yang berada di Jalan ini,dan kadangkala seolah berputus asa,saya ingin kongsikan dua Hadis untuk direnung kita bersama.

Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api" [Hadis Riwayat Tirmidzi]


Dan ini,

“Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Kelak pada akhir zaman akan sampai satu masa di mana orang yang sabar (dalam menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar) seperti menggenggam bara api,manakala orang yang masih terus berjuang dan bekerja (ke arah memperbaiki manusia),maka ganjarannya adalah seperti 50 orang lelaki yang beramal seperti amalan mereka.Baginda SAW ditanya : "Wahai Rasulullah,apa maksud kamu 50 lelaki di kalangan mereka?Jawab Baginda : "50 lelaki di kalangan kamu (Para Sahabat)." [Hadis Riwayat Abu Daud,Ibn Majah dan Al-Tirmizi]

Menurut Imam Ibn Abdil Bar : "Hadis ini menunjukkan kemampuan manusia pada akhir zaman selepas zaman sahabat untuk memperolehi kedudukan sebahagian daripada sahabat atau menjadi lebih afdal daripada sebahagiannya.”

Menurut Imam Izzudin Abdul Salam pula : "Perkara ini dibina atas dua kaedah : Pertama,setiap amalan soleh akan pasti melahirkan hasil yang baik untuk si pelaku.Keduanya,orang yang mampu melaksanakan Islam pada akhir zaman walaupun nampak pelik dan ganjil,maka pelik dan ganjilnya itu adalah seperti pada zaman awal Islam (justeru mereka berhak mendapat kebaikan yang sama dengan para sahabat pada zaman awal Islam)." [Rujuk Tuhfatul Ahwazi,karya Al-Mubarakfuri,jilid 8,ms 57]

Ketahuilah,di sebalik duri yang dilalui,ada kejayaan yang bakal dinikmati - insya-Allah.

*** *** ***

Tukang Cakap - Mereka Hanya Tahu Bercakap

Adakah anda pernah jumpa orang yang hidupnya sangat suka mengkritik?

Semua benda mahu dikritik.

Tapi apabila diberi Tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan - berjuta alasan diberikan.

"Aku tak boleh la,itu la,ini la".

Walhal,pada hakikatnya - dirinya lebih layak untuk memikul Tanggungjawab itu berbanding dengan orang yang sedang dikritiknya.

Tapi itulah - Orang Tua pernah berkata,"Cakap memang senang".

Pernahkah anda jumpa orang seperti ini - yang tidak pernah mencuba untuk memahami situasi orang lain?

Jika kita orang seperti ini - berubahlah.

Hakikatnya,berkata-kata itu memang senang untuk dilontar.

Kadangkala,kita tidak sedar - kata-kata kita itu telah mengguris hati banyak Pihak yang berada di sekeliling kita.

Ada beza yang besar antara 'Nasihat' dan 'Kondem'.

Beza yang sangat besar.

Jadi,jika mahu nasihat,nasihatlah dengan berhikmah.

Ini kerana,'Kondem' itu kadangkala berbaur seperti kita cuba mengatakan yang 'kita sahajalah yang pandai'.

Jangan.

Hakikatnya - 'Medan Amali' itu realitinya lebih sukar dari 'Medan Kata-Kata'.

Hargailah usaha orang lain.

Belajarlah membantu,bukan sekadar duduk di suatu sudut dunia dalam 'bangunan selesa' - mengkritik usaha orang lain yang sedang berlumuran darah,kehabisan tenaga.

Apakah anda faham apa yang cuba disampaikan saya?

Jika kurang faham,tidak mengapa.

Sekadar coretan untuk muhasabah diri semata.

*** *** ***

Jam 0005

Itu sahaja.

Saya mahu berehat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Esok insya-Allah akan diadakan Edaran Al-Quran.Boleh maklumkan kepada sesiapa yang berminat.

P/P/P/S : Ada orang menyangka dengan hanya duduk di hadapan Komputer - mereka boleh mengubah dunia.Tidak cukup sekadar itu.Hakikatnya,masyarakat perlu didekati.Orang yang banyak Ilmu - tapi jika tiada 'Sifat Menghormati Orang Lain' pada dirinya,tiada gunalah Ilmu itu.



2 comments:

  1. Assalam

    Hidup adalah perjuangan dan pengorbanan. Salam beramal.

    ReplyDelete
  2. yupz. melaksanakan apa yang diperkata itu menuntut mujahadah!
    sungguh tak mudah!

    Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
    [61:2-3]

    Gulp!

    moga aku bisa perlaku.apa yang aku perkata.
    mohon doa.

    ReplyDelete