9.10.12

Betapa Kecilnya Nilai Hidup Dunia Ini (Seandainya Kita Tahu).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Lebih kurang 3 Minggu tidak (mampu) menulis dengan proper,malam ini Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT saya akan cuba luangkan masa menulis ringkas.

*** *** ***

Faktor

Banyak Punca yang menyebabkan saya tidak dapat menulis.

Salah satunya - krisis dalaman yang sedang melanda diri saya.

Sebenarnya,secara jujurnya - saya mengakui - saya tidak dapat menulis andai 'Kondisi' saya pada satu-satu masa agak 'teruk'.

Di sinilah pentingnya sikap Istiqamah.

*** *** ***

Istiqamah

Tentu anda semua yang sedang merubah diri pernah mengalami satu-satu tempoh di mana anda berasa 'lost'.

Jangan bimbang.Saya yakin kebanyakan dari kita menghadapinya.

Tapi,bagaimana kita 'deal' dengan Situasi itulah yang akan menentukan laluan kita pada 'esok' hari.

Bagi saya,se-'lost' manapun anda dalam satu-satu masa,jangan pernah sesekali kita berfikir untuk berhenti dari beramal ibadat.

Maksud saya di sini - Solat Jemaah jangan pernah ditinggal,Al-Quran jangan pernah ditinggal (kalau tidak mampu,paling kurang - bacalah Satu Potong Ayat sehari) dan jika ada Majlis Ilmu di Masjid,biar se-lalai manapun Anda pada ketika itu,cubalah untuk hadirinya.

Insya-Allah,jika anda benar-benar ikhlas dan insaf serta mahu bangkit kembali - insya-Allah anda akan dipertemukan dengan penyelesaian oleh-Nya.

Itulah pentingnya Ilmu dalam Perubahan diri.

Apabila anda faham akan Persoalan 'Kenapa Perlunya Aku Berubah' - anda insya-Allah mudah untuk bangkit kembali selepas terjatuh.

*** *** ***

'Mahkamah Tuhan'

Beberapa hari ini,semasa perjalanan ulang-alik di dalam Metro,saya dengan izin Allah SWT - berkesempatan membaca Penerangan Mendalam (Tafsir) Terjemahan Surah An-Naazi'aat.

Ada beberapa ayat yang menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama anda.

"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,

Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya". [An-Naazi'aat : 40-41]

Dalam Al-Quran banyak sekali diterangkan Ciri-Ciri Orang Bertakwa/Orang Yang Mendapat Balasan Syurga Di Akhirat Kelak.

Ayat di atas merupakan salah satunya.

Ringkasnya - orang yang mendapat balasan Syurga itu - mereka ketika hidup di dunia merupakan orang yang sentiasa memikirkan tentang Akhirat.

Mereka ini hidupnya sentiasa takut akan 'Hari Pembalasan' itu,takut memikirkan nasib diri yang akan dihisab di 'Mahkamah Allah'.

Dan,mereka ini - akibat sering teringatkan balasan Allah SWT,berusaha menahan diri dari melakukan perkara yang dimurkai-Nya.

Apakah kita tergolong dalam Golongan yang disebutkan di atas?

Sama-sama kita renung dan muhasabah diri.

Kemudian,dalam Surah yang sama,disebut Perihal Orang-Orang Yang Ketika Hidupnya Ingkar Dengan Perintah Allah SWT di Akhirat kelak.

"(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja". [An-Naazi'aat : 46]

Masya-Allah,betapa 'kecilnya' nilai hidup dunia ini sebenarnya - andai kita mengetahui.

*** *** ***

Later

Setakat ini sahaja untuk kali ini.

Hakikatnya,saya agak sedih kerana sukar untuk menulis buat masa ini.

Ditambah dengan Tanggungjawab di Luar Sana yang semakin bertambah.

Harapannya - Allah SWT meredhai usaha kecil ini.

Amin.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.


2 comments:

  1. Salam..
    Semakin bertammbah usia semakin banyak tanggungjawab kita di luar sana..
    Kadang-kadang terasa masa 24 jam tu tak cukup untuk melakukan perkara-perkara lain..mungkin juga kita tak pandai memanfaatkan masa yang diberi?
    Semoga istiqamah untuk terus menulis dan menyebarkan kebaikan..

    ReplyDelete