24.10.12

Dr. Siddiq Fadzil : "Orang Yang Berilmu Itu Adalah Mereka Yang Takutkan Allah".

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

"Hidup Bukan Untuk Majikan,Sebaliknya Untuk Tuhan"

"Sahnoon, ilmuan besar Mazhab Maliki di Qairawan, mengekalkan tatacara hidupnya makan roti bercicahkan air garam, bukan kerana sengaja zuhud, tetapi mahu hidupnya seringkas itu agar tiada halangan untuk berkata yang HAQ terhadap pihak berkuasa!" [Sumber : Link]

Quote di atas diambil dari Video Siri Wacana Sinar Harian : Peranan Ulama Menasihati Pemimpin yang anda boleh tonton di bawah ini.


Untuk sambungan Video Bahagian Seterusnya,boleh Klik Link Ini.

*** *** ***

3 Pagi

Saya baru sahaja menonton Siri itu.

Oleh kerana Kandungan Adrenalin yang mengalir di dalam Kepala saya amat tinggi selepas menonton Video itu - saya mengambil keputusan untuk menulis sedikit POV saya terhadap Isi Kandungannya - biarpun Waktu ketika ini menunjukkan Jam 0300.

*** *** ***

Dr. Siddiq Fadzil

Antara banyak-banyak Figura Panelis yang ada dalam Wacana ini - ada seorang di antara mereka amat menarik perhatian saya.

Dari segi percakapannya,ideanya - dan nilai kesarjanaan yang dilontarkannya dalam Program Ringkas itu.

Beliau ialah Dr. Siddiq Fadzil.Saya sebenarnya tidak pernah mendengar namanya sebelum ini.

Antara Point menarik pada dirinya yang memikat perhatian saya adalah cara percakapannya.

Begitu tinggi kosa kata Bahasa Melayunya.

Jarang saya berjumpa orang sebegini.

Dan saya,secara jujurnya - sejak dari dahulu - sehingga saat ini - kuat berpendapat bahawa Bangsa yang lemah Bahasanya - adalah Bangsa yang lemah jati dirinya.

Dalam masa umur yang singkat ini - saya mendapati hampir kesemua Negara yang saya telah pergi (dengan izin Allah,Alhamdulillah) seperti Turki,German dan Russia - semuanya menggunakan Bahasa Ibunda mereka dalam Perbualan seharian.

Berbeza dengan kita di Malaysia - yang sangat malu untuk menggunakan Bahasa Melayu.

Saya sehingga saat ini berpendapat - kegagalan kita menggunakan Bahasa Ibunda dengan baik - merupakan salah satu Punca lemahnya 'Tamadun Manusia' kita.

*** *** ***

Apakah Definisi Orang Berilmu (Ulama) Yang Sebenar?

Perkara ini turut dibincangkan dalam Wacana di atas.

"...Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu..." [Faatir : 28]

Amat tertarik saya dengan perkara ini.

Disebutkan oleh Dr. Siddiq Fadzil - Orang Berilmu yang sebenar - atau dalam kata lain Ulama yang sebenar - hanyalah mereka yang 'takutkan Allah SWT'.

Mereka yang tidak takutkan Allah SWT,sebaliknya hanya takutkan 'Majikannya' dalam menyatakan kebenaran - bukanlah orang yang berilmu!

Perkara ini walaupun ringkas - hakikatnya amat mendalam,lagi bermakna.

Dan perkara ini perlu saya ambil berat - kerana Generasi sayalah yang akan mewarisi Negara kita satu hari nanti.

Nasihat ini perlu diteladani oleh setiap yang membaca Penulisan ini juga.

Berkata benarlah dalam menyuarakan kebenaran.Jangan akibat takutkan kehilangan dunia,kita menyembunyikan kebenaran.

*** *** ***

Minat Terpadam Yang 'Hidup' Semula

Saya dari dahulu lagi merupakan Peminat Sains Sosial.

Menonton Wacana ini menghidupkan kembali minat saya yang lama 'dilupakan' ini.

Dalam Video ini - Figura yang sama juga,Dr. Siddiq Fadzil memetik beberapa Quote dari Sejarah Islam di Nusantara.

Menunjukkan betapa tingginya Peradaban Islam di Nusantara pada satu masa dahulu.

Perkara ini mengingatkan saya akan kata-kata seorang Pakcik ketika Lawatan saya ke sebuah Yayasan Kebajikan di Malaysia semasa Cuti Musim Panas baru-baru ini.

Kata Pakcik itu - "Tanah Melayu ini - satu masa dahulunya - merupakan Pusat Pengajian dan Penyebaran Islam di Nusantara!".

Pakcik yang sama juga turut menghadiahkan saya dengan sebuah buku - tanda Penghargaan Lawatan saya ke Yayasan Kebajikan itu.

Fakta ini bagi saya amat penting.

Kenapa?

Ini menunjukkan - bahawa seolah ada banyak lagi Sejarah Tanah Air kita - yang masih tidak diketahui Umum.

Sedangkan,Sejarah seperti ini - jika didedahkan kepada Masyarakat - akan membangkitkan kecintaan kepada Negara dalam kalangan Marhaen - selain membangkitkan Perasaan Patriotik mereka.

Saya tidak mahu bercerita panjang tentang Sejarah etc,kerana saya tiada Ilmu mendalam tentangnya - tapi apa yang saya boleh simpulkan dari Panelis Wacana Sinar yang seorang ini - betapa pentingnya bagi seorang Ulama untuk mempunyai perasaan cintakan Ilmu yang mendalam.

Ilmu itu - tidak boleh dipelajari - hanya sekadar untuk mendapat 'Gaji Besar'.

Dan realiti yang menyedihkan ialah - itulah masalah yang sedang melanda Masyarakat kita pada hari ini.

Most of us - belajar di IPT semata hanya untuk mendapat Sijil dan Gaji Besar - dan bukan kerana semangat cintakan Ilmu itu sendiri.

Sistem Pendidikan kita sebenarnya - perlu diakui - agak rosak dari akar lagi.

No wonder - jika anda seorang Pemerhati yang baik - akan mendapati betapa Lemahnya cara berfikir Golongan Muda kita pada hari ini.

Dalam 'Bab Beragama' pun sama.

Kebanyakan kita (terutamanya orang Melayu) -
seringkali hanya mahukan 'Jawapan Segera' - tanpa mahu berusaha 'mencari'.

Pengajaran lain yang saya dapat juga adalah betapa pentingnya seorang manusia itu - untuk banyak membaca.

Hidup saya yang singkat pada hari ini menunjukkan - apabila orang itu banyak membaca - banyaklah yang diketahuinya.

Dengan sikap malas membaca - ketahuilah - seseorang itu pasti tidak mampu menjadi orang yang berilmu.

Tapi - ada syaratnya.

Niat mencari Ilmu perlulah sentiasa Ikhlas hanya kerana-Nya.

"Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab RA Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan..." [Muslim]

Jika niat sudah salah,pastilah Ilmu yang didapati itu nanti - tidak membawa manfaat.

Jadi,berbalik kepada Ayat Al-Quran yang saya kongsikan di awal Penulisan tadi - Ilmuan (Ulama) yang sebenar - hanyalah mereka yang takutkan Tuhan - atau dalam kata lain - mereka yang beriman.

*** *** ***

Ringkasnya

Akhir kata - menonton Video ini membuka mata saya akan beberapa perkara.

Membuatkan saya sedar - tanggungjawab untuk orang yang berilmu - sangat besar.

Dan hakikatnya - perjalanan kita dalam usaha 'kebangkitan' ini - sangat berliku.

Orang yang Pemalas - dan hanya tahu 'berkata' sahaja - pasti kecundang.

Hanya yang tabah dan gigih berusaha mampu berjaya.

Saya tertarik untuk berkongsi satu Status Twitter untuk dijadikan Peringatan oleh kita semua :



Itu sahaja untuk hari ini.

Terpaksa menghentikan Penulisan.

Sangat mengantuk.Jam sudah 0335.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Membuat saya bersemangat untuk mengkaji semula (jika ada kesempatan,insya-Allah) dengan mendalam Peradaban Islam di Tanah Melayu suatu masa dahulu.

P/P/S : Salah silap - harap dibetul dan dimaafkan.Penulisan sekadar untuk berkongsi apa yang didapati dari Video di atas.Harap diperbanyak Wacana seperti ini dalam Negara kita.



3 comments:

  1. Assalamu'alaikum Umar

    Terima kasih berkongsi di sini.. sedang menonton

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam makcik.

    kepada semua pembaca - video di atas ini sebenarnya ada kena potong - dalam 30 minit juga.. kalau nak dapat video penuh - tengok link ini

    ---->>>

    http://www.youtube.com/watch?v=EGzi68Mboow&feature=relmfu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt. Ustaz Fadzil sosok hebat intelektual Melayu. Bicaranya tak lekang dengan loghat Jawa. Idealisme jika didalami mempunyai makna besar dalam mendepani isu-isu hari ini. Terima kasih saudara, atas perkongsian ini.

    ReplyDelete