13.10.12

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Oktober 2012).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Bertemu lagi kita (Alhamdulillah) dalam Sesi Giveaway kali ini.

Mari teruskan Pembacaan untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." [Sahih Muslim]

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,disebabkan ada lebihan Dana yang disumbangkan,insya-Allah 3 Buah Buku Islamik akan diedar secara Percuma kepada 3 Orang Pembaca.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

3 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,Jawab soalan ini - "Kita semua tahu hidup ini ada tanggungjawab.Dan keluarga kita - tanggungjawab bagi kita.Jadi,apa yang boleh dilakukan anda untuk memberi kesedaran Islam kepada Keluarga/Sahabat Terdekat Anda,tanpa mengguris perasaan mereka?Sebagai contoh - apa patut dilakukan anda untuk menyuruh Sahabat anda untuk menutup aurat?Dan contoh-contoh lain.Berikan pendapat anda".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog etc.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 3 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Tiga Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Penawar Duka Pengubat Sengsara Oleh Dr. MAZA


Penerangan : Saya dengan izin Allah SWT telah memiliki buku ini dan dihadiahkan kepada Ibu saya.Sebuah buku yang amat bagus bagi Golongan Majoriti Masyarakat yang sedang 'berjinak-jinak' untuk kembali kepada-Nya.Amat bagus jika mahu hadiahkan kepada diri sendiri (yang benar-benar mahu berubah) - atau mungkin boleh hadiahkan kepada Orang Tersayang (yang halal untuk anda - seperti Ibu,Ayah,Keluarga - bukannya bagi kat Awek konon untuk nampak Islamik).

2) Ringkasan Riyadhus Solihin (Hadis Sahih yang Tesusun Indah) Oleh Imam Nawawi


Penerangan : Riyadhus Solihin merupakan sebuah Kitab Ilmu yang dikarang oleh Imam Nawawi.Namun,Buku di atas ini merupakan Ringkasan kepada Kitab Riyadhus Solihin yang sesuai dibaca untuk Majoriti Muslim seperti kita.Penerbitan oleh Telaga Biru ini mengandungi Hadis-Hadis Sahih yang dapat kita amalkan dalam kehidupan Seharian.Saya amat cadangkan anda hadiahkan buku ini kepada Ibu Bapa anda.

3) Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari - Dr Zaharuddin Abd Rahman


Penerangan : Salah satu cara untuk kita mendapat Pengalaman orang yang mengembara - yang sudah semestinya mereka-mereka ini luas Pengalamannya - adalah dengan membaca Penulisan mereka.Diari Musafir ditulis Ustaz Zaharuddin (UZAR) bersempena Pengembaraannya ke Negara-Negara di Seluruh Dunia.Saya masih belum membacanya,tapi masa cuti tempoh hari - sempat belek di Kedai Buku - dan mendapati ianya buku yang bagus untuk dibaca Orang Muda.

4) The Ideal Muslim


Penerangan : Saya tambahkan buku ini dalam senarai supaya berlaku adil pada orang yang gemar membaca dalam Bahasa Inggeris.Saya secara peribadi,amat syorkan anda pilih buku ini.Satu - sebab buku ini sangat 'rare'.Susah jumpa kat kedai.Saya akan beli (maybe) melalui MphOnline.Keduanya,kerana buku ini lengkap dengan Hadis Sahih amalan yang kita boleh lakukan seharian etc.Tapi kalau anda kurang fasih berbahasa Inggeris,saya tidak galakkan anda pilih buku ini.Bimbang salah kefahaman nanti.Tapi still,anda boleh bagi buku ni kat saudara-mara anda yang fasih bahasa Inggeris kan?

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 4 Pilihan - tapi hanya 3 yang bakal diedar.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Sedang Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sesiapa yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


12 comments:

  1. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 3 -Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari - Dr zaharuddin Abd Rahman. Buku ini akan dihadiahkan kepada roomate saya.Jawapan kepada Persoalan anda adalah saya pastikan diri saya sentiasa menutup aurat hatta hanya kmi berdua dalam bilik. tidak kira hendak mandi ataupun tidur. kerana kebanyakan orang terlepas pandang pada waktu2 begini. terlupa bahawa antara lelaki pun ada batas aurat yang perlu dijaga. Alhamdulillah roomate sya ada sedikit perubahan. dahulunya hanya berboxer ketika hendak tidur sekarang berseluar panjang. cara kedua pula, sya membanyakkan discussion secara tiba-tiba. ini banyak sya praktikkan kepada sahabat dan sahibah sekelas saya. topic asal perbualan bukanlah soal agama ( borak kosong) namun sya mengambil kesempatan dengan soalan yg umum. sya memberikan contoh2 yg tidak berkaitan dgn diri mereka untuk mengelakkan mereka rasa bosan. sya pada mula menekankan soal akidah setelah itu barulah sya sikit2 mengubah topic kepada aurat. alhamdulillah berkesan juga walaupun xlah banyak cuma 1-2 org sahibah dapat saya ubah corak pemikiran mereka. ini semua berdasarkan pengalaman saya. lain orang lain pendekatannya. yang sama hanya matlamat kita. menggapai redha Allah. :)
    Boleh hubungi saya di bujangsenang22@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.komen yang panjang dan amat bernas.

      InsyaAllah saya akan hbungi anda dlm ms tdekat .. klau msih xdpt bleh hbungi sy di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  2. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ayah saya yg minat dr.maza. Jawapan kepada Persoalan anda adalah kita sendiri hendaklah mnjadi contoh tauladan kpd famili kita.Boleh hubungi saya di nasir91_halimi@yahoo.com.my.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.maaf sy xdpt bls lg..

      InsyaAllah saya akan hbungi anda dlm ms tdekat .. klau msih xdpt bleh hbungi sy di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  3. assalamualaikum..

    saya berminat dengan buku yang ke 2 iaitu ringkasan riyadhus solihin dan buku ini adalah utk saya manfaatkan kepada keluarga saya

    jawapan saya ialah dengan menyedarkan mereka bahawa syariat islam ini bukan hanya untuk akhirat sahaja bahkan mempunyai kebaikan dan kepentingan di dunia juga sebagai contoh hubungan puasa dan solat dengan kesihatan manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.maaf sy xdpt bls lg..

      InsyaAllah saya akan hbungi anda dlm ms tdekat .. klau msih xdpt bleh hbungi sy di pospenamaya@gmail.com

      Delete
    2. cecapoi - maaf saya tidak tahu bagaimana hendak menghubungi anda.sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com secepat mungkin dan berikan saya di sana nanti maklumat penerima - NAMA PENERIMA,NOMBOR TELEFON PENERIMA,ALAMAT PENERIMA.

      Delete
  4. Assalamu'alaikum wbt.

    Saya kalau boleh mahu buku nombor 4 yang bertajuk The Ideal Muslim. Kalau saya dapat buku ini, akan saya khatami dan memanfaatkannya di jalan kebaikan. Sebenarnya, saya sudah lama mencari buku tersebut di sekitar KL, yang ada hanya ebook sahaja. Atau mungkin saya yang terlepas pandang. Maka, kalau boleh, saya ingin memiliki buku tersebut.

    "Sebagai contoh - apa patut dilakukan anda untuk menyuruh Sahabat anda untuk menutup aurat?Dan contoh-contoh lain.Berikan pendapat anda."

    Tidak semua yang berada di jalan tarbiyah sekarang ini adalah mereka yang berasal dari keluarga yang mengenal tarbiyah. Dan apabila seseorang itu sudah mendapat hidayah dari Allah untuk dirinya, maka sudah menjadi tanggungjawabnya pula untuk mengajak keluarga/sahabat/kawan-kawan dan orang di sekelilingnya.

    Bagi mengajak ahli keluarga untuk menutup aurat atau menunaikan solat contohnya, rapatilah mereka. Dekati mereka dan bergaullah dengan mereka dengan mesra. Tunjukkan tingkah laku yang manis dipandang, tutur kata yang baik, pendek kata, akhlak yang terpuji. Dan dalam masa yang sama, ajak mereka perlahan-lahan dalam kesabaran. Sesekali, 'hang out' la dengan mereka. Biar mereka merasa anda dekat di hati mereka, inshaAllah.

    Untuk sahabat dan kawan-kawan, jadilah seorang kawan yang tidak menghukum. Jangan memilih bulu sangat untuk berdakwah. Apatah lagi apabila mereka itu kawan anda suatu masa dulu. Apa yang kita boleh usahakan, mungkin boleh ajak melepak. Dan masa itulah biasanya kita akan berkongsi kehidupan itu dan ini. Maka, selitkanlah unsur2 nasihat. Jangan kedekut senyuman. Dan tunjukkanlah akhlak yang baik kepada mereka. Jangan biar mereka merasa asing dan kekok dengan diri anda.

    InshaAllah, usaha yang dibuat dengan hati yang ikhlas dan akhlak yang baik, akan meruntun hati-hati yang keras. Believe me.

    Itu sahaja. Sekian. Wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.

      InsyaAllah alhamdulillah anda dah dpt bku ni..sila hbungi sy di pospenamaya@gmail.com .sy xdpt contact sb sy xde email anda.

      Delete
  5. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada diri sendiri kerana saya ingin lebih mendekatkan diri denganNya untuk kebaikan diri dan orang lain.

    Jawapan kepada Persoalan anda adalah Islam ada 3 cara untuk mencegah kemungkaran iaitu dengan lisan, perbuatan dan hati. Saya lebih suka menegur sambil memuji dan bukan menyindir kesalahannya. Contohnya membantu dia dalam mengenali Islam dan Allah.Adalah lebih baik berdoa untuk perubahannya ke arah yang lebih baik iaitu dengan hati (selemah-lemah iman) .

    Boleh hubungi saya di fb : Nasitah Mada
    emel : cytah_lovemo@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.maaf sy xdpt bls lg..

      InsyaAllah saya akan hbungi anda dlm ms tdekat .. klau msih xdpt bleh hbungi sy di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  6. Kepada anda yang lain - penyertaan ditutup! Boleh cuba lagi next month.

    ReplyDelete