15.10.12

Hakikatnya Itulah Kunci Ketenangan Jiwa (Mencari Erti Kebenaran).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

What If?

"Apa akan jadi,kalau wujud Tuhan yang Maha Esa di luar sana,dan Dia telah pun Memberi Panduan kepada manusia,tapi manusia mengabaikan Perintah itu?

Dan apa akan jadi kalau pada saat ini - Tuhan itu sedang memerhatikanku - dan sedang murka kerana aku melanggar perintah-Nya dan mempersekutukan-Nya?" [Quote]

Quote di atas sebenarnya berasal dari sebuah buku yang saya sempat 'selak dan baca beberapa muka surat' ketika Transit Flight di Dubai Tahun Lepas.

Kata-kata itu merupakan Monolog Dalaman Penulis Buku itu sebelum Beliau memeluk Islam.Beliau ketika itu adalah seorang Atheist yang Jahil akan hakikat hidup.

Beliau memikirkan tentang hidupnya - kenapa dirinya masih tidak gembira,walaupun telah mempunyai kekayaan dan harta.

Bermula dengan persoalan itulah Beliau memulakan 'Perjalanannya Mencari Tuhan Yang Maha Esa'.

Dan Alhamdulillah,Beliau mendapat Hidayah Allah SWT pada akhirnya - dan telah pun memeluk Islam dan kini menjadi Pendakwah melalui Penulisannya.

Fikir saya,buku itu ditulis Beliau untuk Golongan Sasar Pembaca 'Non-Muslim'.

Untuk menyuruh mereka berfikir tentang hakikat diri mereka.

Saya hampir-hampir membeli buku itu.

Tapi,hendak dijadikan cerita - buku itu bukan rezeki saya - dan akibatnya saya tidak membelinya.

Sekarang ini,saya cuba mencari kembali buku itu - tetapi saya tidak ingat apakah Tajuknya.

Kalau ada di antara anda Para Pembaca yang mengetahui buku yang saya maksudkan di atas (Bukunya ditulis dalam Bahasa Inggeris,Quote itu saya Terjemah dalam Bahasa Melayu) - tolong maklumkan kepada saya.

*** *** ***

Quote

Berbalik kepada Quote itu,tanyakan diri kita juga soalan yang sama.

Ya.Seorang manusia yang jujur dan ikhlas dalam Pencariannya pasti dengan izin Allah akan menjumpai kebenaran - yakni Islam.

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah bersama orang-orang yang berusaha membaiki amalannya". [Al-'Ankabuut : 69]

Jadi,persoalannya - selepas kita mengetahui hakikat bahawa adanya Tuhan,dan adanya Panduan Hidup kepada kita telah diberikan-Nya melalui Pesuruh-Nya (Rasulullah SAW) - kenapa kita masih ingkar?

Apakah kita lupa bahawa Dia Maha Mengetahui dan Maha Melihat setiap yang kita lakukan?

Ingin saya berkongsikan beberapa potong Ayat Terjemahan Al-Quran bersama anda semua untuk dijadikan peringatan oleh kita semua,

"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,

Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya". [An-Naazi'aat : 40-41]

Mati itu pasti.

Akhirat itu pasti.

Hari Pengadilan itu pasti.

Persoalannya - apa yang kita sudah lakukan untuk ke sana?

Beristighfarlah.

Memang ada moment - kita akan lost,tapi mohonlah kekuatan daripada-Nya.

Mohonlah daripada Tuhanmu,Yang Maha Mendengar,Yang Maha Penyayang.

Mohonlah.

Jangan pernah sesekali berputus asa dengan rahmat-Nya.

Kita masih diberi masa dan peluang untuk memperbetulkan kesilapan diri.


*** *** ***

Kongsi Link

Sebagai Bacaan Tambahan kepada Penulisan ini - saya ingin berkongsikan sebuah lagi Penulisan yang boleh dibaca oleh Anda-Anda yang sedang 'mencari erti kebenaran'.

Anda boleh baca Artikel Itu (Masihkah Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang?) di Link ini.

*** *** ***

Jangan Berputus Asa,Teruslah Melangkah

Itu sahaja untuk kali ini.

Sebenarnya saya tuliskan Artikel ini sebagai Peringatan untuk diri sendiri,dan juga sebagai respon kepada Permintaan seorang Pembaca yang meminta saya menulis Artikel Muhasabah Diri.

Akhir sekali,saya minta kita semua renung Ayat Al-Quran di bawah.

Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. [Ar-Ruum : 8-9]

Hakikatnya kita ini hanyalah seorang hamba.

Patuhlah kepada Maha Pencipta kita.Tinggalkan apa yang dilarang-Nya.

Itulah kunci kebahagiaan jiwa.

Saya bukannya Ulama,tapi saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu.

Kalau ada sebarang salah kefahaman,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Sekian sekali lagi.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kadang-kadang walaupun ada sesetengah orang menggunakan nama Anonymous untuk tanya soalan,tapi saya sebenarnya tahu siapa yang tanya.


2 comments:

  1. Semoga urusan sentiasa dipermudahkan PenaMaya =)

    ReplyDelete
  2. Above is a different anonymous.

    I am the one who asked for this.
    Thank you for this article, insha Allah you'll be rewarded.

    ReplyDelete