3.10.12

Helah.

dalam hari
dalam malam
dalam siang
ketika si kecil berlari
dan ketika si tua membongkok
kita bersketsa
berketawa
juga banyak bersangka
banyak yang kita sangkakan
sangka kita lama
sangka kita hidup ini selamanya
sangka kita ianya panjang
tetapi sebenarnya kita terpedaya
terpedaya dengan helah syaitan
saban hari tatkala mentari bangkit
akibat harta dan isi dunia
yang sifatnya sementara
kita bertengkar
berpecah belah
jiran menyakiti hati jirannya
saudara mengambil hak saudaranya
sehingga tanggungjawab sebenar
kita lupakan
begitulah saban hari
ianya berterusan
sehinggalah salah seorang dari kita pergi
dan tidak kembali lagi ke dunia ini
barulah kita tersedar
bahawa dunia ini
sementara sahaja
dan hakikatnya dunia ini
amatlah hina untuk direbutkan
bersabarlah
teruskan melangkah.


p/s : takziah untuk seorang teman yang kehilangan bapanya.sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk bapanya dan keluarga teman ini.


1 comment:

  1. "takziah untuk seorang teman yang kehilangan bapanya.sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk bapanya dan keluarga teman ini." innalillah. semoga penamaya bersabar akan pemergiannya.

    ReplyDelete