29.10.12

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi September-Oktober 2012).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah - kembali lagi kita di dalam Projek ini.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. [21 : 1]

Kadangkala - ada di antara kita menjalani hidup seolah merasakan dunia ini kekal selamanya.Hakikatnya tidak.Dunia ini akan berakhir.Dan Hari Pengadilan itu pasti berlaku.Banyak bukti sudah berlaku di sekeliling kita.Hari ini sebagai contoh - Hurricane Sandy dijangka melanda US/Canada.Jika berlaku,kemungkinan boleh menjangkau 1500 KM (Link).Astaghfirullahalazim.Dunia ini memang sementara.

Persoalannya,bersediakah kita?

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang ingin mencari kebenaran dan memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pena Maya kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog.Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Lima Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Program ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.


18 comments:

  1. Salam. Saya amat berminat untuk mendapatkan Al-Quran ini. Al-Quran ini akan saya berikan kepada abang saya, semoga dia lembut hati. InsyaAllah. Tidak perlulah saya menulis dengan panjang lebar kerana mungkin akan mengaibkan beliau. Saya harap dengan jasa tuan, abang saya dan kehidupannya akan berubah. Semuanya dengan izin Allah...

    Tuan boleh menghubungi saya melalui email
    bigboss8906@gmail.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.insyaAllah saya akan hubungi anda sedikit ms lg... Apapon alhamdulillah quran jd milik anda..

      Delete
    2. assalamualaikum...

      berkenaan al-quran percuma pena maya saya sudah hubungi anda melalui email.jika masih belum menerima email itu boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  2. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    InshaAllah saudara berada dalam keadaan yang baik dari segi iman & kesihatan. Saya terpanggil untuk menyertai projek Al-Quran ini. Untuk pengetahuan saudara, saya memiliki kedua-dua terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Melayu & Inggeris (versi Sahih International). Ini kerana saya suka membuat perbandingan akan terjemahan ayat-ayat dalam dua bahasa tersebut. Berdasarkan foreword/prakata Sahih International; tidak ada bahasa yang boleh menterjemahkan 100% maksud Al-Quran, terjemahan yang ada hanyalah usaha untuk menghampiri makna Al-Quran tersebut. Kedua-dua versi terjemahan tersebut adalah versi mini (pocket size) dan sejak kebelakangan ini saya ingin untuk mendapatkan terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu versi saiz besar namun kurang berkemampuan untuk mendapatkannya.

    Sekian, jazakallahu khair.

    blog tumblr : mansionsofthestars.tumblr.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.insyaAllah saya akan hubungi anda sedikit ms lg... Apapon alhamdulillah quran jd milik anda..

      Delete
    2. assalamualaikum.
      saya sudah hubungi anda melalui tumblr.
      kalau masih tak dapat,boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  3. Ada lagi 3 Naskhah Percuma - Dapatkan Segera! - Boleh hadiah Family maybe? - baikiminda.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, saya berminat untuk mendapatkan alquran ini kerana saya ingin memiliki alquran terjermahan yang lebih besar. Saya sudah mempunyai alquran tejermahan bersaiz kecil namun sedikit sukar untuk membacanya dek mata saya yang rabun. Ini menyukarkan pembacaan saya. Insyaallah alquran bersaiz kecil kepunyaan saya akan dipindahmilik kepada adik saya :)

    nasibahatiqah@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.insyaAllah saya akan hubungi anda sedikit ms lg... Apapon alhamdulillah quran jd milik anda..

      Delete
    2. assalamualaikum saya sudah hubungi anda melalui email.kalau masih belum menerima email itu sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  5. salam alayk.
    jika saya mahu senaskah al-quran untuk diri saya boleh?
    memandangkan roommate saya sering tertinggal quran beliau di surau kolej. maka saya bercadang ingin meletakkan naskah ini di bilik.
    insyaALLAH. pasti akan diguna oleh semua ahli dalam bilik tersebut dan boleh diguna sebagai rujukan sewaktu perbincangan santai. kerana saiz yang bukan quran mini. jzkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.boleh insyaAllah. Boleh hubungi pospenamaya@gmail.com untuk mklumat lnjut

      Delete
    2. salam alayk.saya sudah hubungi anda di email. jzkk sekali lagi.

      Delete
  6. Kepada anda yang lain - masih ada satu naskhah boleh dimiliki! jangan lepaskan peluang ini!!

    ReplyDelete
  7. Saya nak satu utk emak saya yang baru khatam alquran,emak sy bangsa iban sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com untuk membolehkan delivery dilakukan secepat mungkin.

      Delete
  8. Terimakasih tuan blog

    ReplyDelete
  9. Saya mahu senaskhah al quran ini....

    Sy tidak hadiahkan kepade sesiape tetapi utk diri sy sendiri memandangkan sukar utk sy memahami isi al quran dlm bahasa jawi...kadang kala terpakse.menggunakan internet sebagai medium perantaraan yg belum pasti kesahihannya...diharapkan saudara/saudari dapat memberi senaskhah kepade sy...sangat sangat bersyukur jika dpt....
    Email sy ialah sambalais@yahoo.com

    ReplyDelete