20.10.12

Mencari Penawar Untuk Hati Ini.Kenapa?

Prenote : Penulisan untuk yang sedang kehausan jiwanya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Penawar Yang Tidak Disangka

Kadangkala dalam kehidupan,seringkali kita terserempak dengan kegagalan.

Kita membencinya.

Tapi - hakikatnya detik kegagalan yang sering berlaku inilah yang sebenarnya selalu mendekatkan diri kita kepada Ilahi kembali.

Kita kembali bergantung kepada-Nya semula.

Jika sebelum ini,kejayaan yang tidak putus membuatkan kita leka - dengan izin Allah SWT,kegagalan membuatkan kita kembali menjadikan-Nya tempat kita bergantung harap semula.

Siapa sangka?

Hakikatnya,Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Orang yang hidupnya sentiasa bertawakal dengan penuh keyakinan dan jiwa kepada-Nya - itulah orang yang tidak akan ditimpa 'derita'.

Mungkin kelihatan Zahirnya pada pandangan manusia lain - Beliau sedang dilanda 'derita'.Tapi pada hakikatnya,hatinya - tenang.

Kerana apa?

Beliau adalah orang yang bergantung harap sepenuh-Nya kepada Allah SWT.

Hanya memohon kepada-Nya.

"(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" [Al-Baqarah : 112]

*** *** ***

Apa Yang Sering Kita Jadikan Penawar?

Tanyakan soalan ini kepada diri kita.

Jawab dengan jujur.

Kalau Filem Satira Komedi Barat yang menjadi Pengubat Luka kita,atau mungkin mendengar Lagu-Lagu Band Indie itu kita anggap sebagai cure kepada Penyakit Kerunsingan kita - kita perlu berhenti sejenak untuk berfikir.

Mungkin.Ya.Mungkin.

Mungkin perbuatan itu dapat berfungsi sebagai Pain Killer.

Bersifat sementara.

Tapi - ianya mustahil menjadi Ubat.

Alkohol dan Dadah - memang benar - boleh menghilangkan fikiran kita dari Realiti.

Boleh menyebabkan kita lupa akan masalah hidup yang menjadi-jadi.

Tapi - apakah ianya menyelesaikan masalah yang menggunung di hadapan mata?

Tidak.

Hakikatnya - ubat dan penawar itu sudah kita tahu,tapi (mungkin sengaja) diabaikan kita.

Ketahuilah - hanya dengan kembali kepada-Nya hati akan tenang.Tenang untuk meneruskan langkah dalam hidup yang singkat ini.

"Ketahuilah dengan "zikrullah" (mengingati Allah SWT) itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Ar-R'ad : 28]

Apa maksudnya di sini?

Sekali lagi saya akan ulang.

Hanya dengan kembali kepada-Nya,memohon,bersujud dan merayu kepada-Nya agar diberi kekuatan diri sahajalah - jiwa kita akan kuat.

Kita hanya akan kuat - dengan menjadi 'hamba yang lemah'.

Itulah Penawar sebenar dan Punca Kekuatan bagi mereka-mereka yang ingin meneruskan kehidupan ini.

Bukannya Arak,Alkohol,Wanita dan sebagainya.

Saya ingin kongsikan Dua Buah Video di bawah ini - yang boleh anda semua tonton untuk manfaat diri.



Saya tidak akan mengulas lanjut apa yang berada dalam Video di atas.

Jika mahu tahu isi kandungannya - Selamat Menonton diucapkan.

*** *** ***

Kenapa Kita Perlu Bangkit Semula?

Semua mereka yang mengaku 'Muslim' mahukan 'Kebangkitan Islam' untuk berlaku.

Saya tidak akan mengulas panjang perkara ini dalam Penulisan ini.

Tapi,tanyakan kepada diri kita?

Kenapa kita mahu bangkit semula?

Jawapannya mudah - kita mahu bangkit bukan untuk mendapat habuan Dunia,bukan juga untuk mendapat 'Kekuasaan'.

Tapi,kita semua Muslimin perlu bangkit - agar semua yang terlibat dalam usaha 'menuju kebangkitan' ini - berjaya di 'sana' kelak.

Ya.

Itulah matlamat sebenar segala jenis perjuangan yang ada di muka bumi ini.

Ini perlu diterapkan kembali ke dalam kepala kita - andai kata ada yang terlupa.

Kita mahu bangkit semula - matlamat utamanya agar kita berjaya di 'Akhirat' kelak.

Apa guna berjaya 'bangkit' dari kacamata manusiawi,andai kata hakikatnya kita ini adalah hamba yang amat lalai di sisi-Nya.

Tapi ketahuilah - seseorang yang mulia di sisi-Nya - pasti juga seorang yang mulia di sisi orang beriman yang lain.

Insya-Allah.

Itu sahaja peringatan dari saya untuk malam ini.

Penulisan ini ditulis oleh saya - sebagai peringatan diri - sebelum tidur.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Semua anda yang membaca - pasti mengiyakan apa yang saya tulis.Anda tahu perkara ini.Perasaan tenang itu pernah anda kecapi selepas bermunajat memohon keampunan kepada-Nya.Kenapa masih menafikan perkara ini?


1 comment:

  1. ya ia memg berlaku tatkala ini....ya allah ampunkanlah aku kerna mencari ketenangan slain dri mu...

    ReplyDelete