19.10.12

Menulis Sambil Menunggu Pelanggan : Kita Dan Fitnah.

Prenote : Saya tahu Penulisan ini isinya berulang dengan satu lagi Penulisan saya yang ditulis tidak lama dahulu.Tapi saya rasakan perlu untuk ianya ditulis semula.Kerana masih ada yang belum membacanya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Menulis Sambil Menunggu Pelanggan (Atau Sebaliknya?)

Walaupun mungkin ada di antara anda yang tidak berminat untuk tahu - tapi sukacita dimaklumkan - saya sebenarnya menjalankan Perniagaan Printing Service di Asrama tempat saya menginap ini.

Ada sebab kenapa saya ceritakan perkara ini.

Sepanjang beberapa Tempoh saya menjalankan Perniagaan ini - banyak ragam orang yang saya temui.

Dan kadangkala - ada juga Pelanggan (kebanyakan mereka terdiri dari Para Pelajar Non-Muslim dari Russia/Negara Asing Lain) yang datang ingin Print ketika saya dan Rakan Serumah sedang Solat.

Sementara kami bersolat,tidak pernah sesekali mereka yang Non-Muslim ini mengganggu masuk.Sebaliknya - mereka setia menunggu di luar pintu.

Ini menunjukkan bahawa mereka tahu - yang kami sedang bersolat - atau dalam kata lain,mereka tahu yang kami sedang beribadat - atau dalam kata lain lagi,mereka ini tahu bahawa kami adalah Muslim yang sedang bersujud kepada Tuhan yang Maha Esa.

Dalam kata lain (sekali lagi) - kebanyakan orang yang melihat kita Muslimin - mereka tahu yang kita ini Orang Islam.

Jadi,setiap perbuatan yang kita lakukan - sebenarnya secara tidak langsung - akan disimpulkan sebagai 'datang dari Islam'.

Non-Muslim - akan pantas mengaitkan sebarang sikap buruk Muslim dengan Islam.

Apa yang saya mahu sampaikan di sini?

Senang sahaja.

Jika kita tahu setiap perbuatan kita akan dikaitkan oleh Non-Muslim dengan Islam - tunjukkanlah Peribadi yang baik kepada mereka!

Saya masih ingat - saya punya seorang Rakan yang beragama Kristian.

Beliau ini - agak baik Peribadinya.

Sikapnya yang baik ini - menarik minat seorang lagi Rakan saya yang dahulunya tiada 'agama' untuk menjadi 'Kristian'.

Alangkah malang.

Keindahan Islam - seringkali ditutupi dengan 'kejahilan/keburukan Peribadi' kebanyakan Muslim itu sendiri.

Teringat juga saya kisah seorang Rakan berbangsa Russia.

Beliau ini di Laman Sosialnya banyak menyelar 'Agama'.

Atau dalam kata lain - Beliau ini Atheist.

Beliau mengatakan 'itu dan ini' tentang Agama.

Saya terfikir - apa yang Beliau fikirkan - saat melihat sikap sesetengah Pelajar Muslim kita di sini yang seringkali Ponteng Kelas?

Apa agaknya yang Beliau fikirkan ya?

Astaghfirullah!

Sebenarnya kita secara tidak sedar - sudah menjadi Fitnah kepada Islam itu sendiri!

*** *** ***

Kesimpulan

Kita seringkali mengamuk bila orang lemparkan Tuduhan Palsu terhadap Islam.

Tapi,kita jarang sekali mengamuk marahkan diri sendiri apabila setiap hari - kita sendiri menjadi Punca Orang Lain 'Fobia' dengan Islam.

Beristighfarlah,wahai manusia!

Jika tidak mampu mencerah,jangan sesekali menjadi Punca Fitnah!

Sebelum melakukan sesuatu - ingat - kita ini cerminan kepada Islam.

Amalkanlah Peribadi yang baik.Ikutilah Sunnah Rasulullah SAW.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.


No comments:

Post a Comment