10.10.12

Santai : Perkongsian Sepuluh Gambar Terbaik Instagram Pena Maya (Berserta Caption).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Artikel kali ini ditulis santai,tapi Mesej yang cuba disampaikan - harap tidak diambil mudah oleh kita semua.

*** *** ***

Instagram?

Siapa dari kalangan anda mempunyai Akaun Instagram?

Jika ada,boleh Follow Akaun Instagram Rasmi Pena Maya (ID : penamaya).

Sebenarnya,tidak kisah apa juga perkhidmatan Internet yang kita gunakan,gunakanlah sebaik mungkin.

Ingat,setiap yang kita lakukan akan dihisab di Akhirat kelak.

Daripada kita membuang masa depan Internet menambah dosa begitu sahaja - apa kata kita gunakan Internet untuk mencari Ilmu,dan menyebarkan kefahaman tentang Islam yang sebenar.

Jika tidak reti menulis,anda boleh kongsikan Quote yang bagus dari Majlis-Majlis Ilmu yang anda hadiri etc misal kata.

Tapi,pastikan Sumbernya Sahih.

Berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dengan kefahaman Para Sahabat.

Itu yang paling penting.Sekarang ini terlalu banyak Fitnah.Jangan kita turut sama menjadi Agen Fitnah.

*** *** ***

Perkongsian Gambar Dari Instagram Pena Maya

Oleh kerana saya tidak dapat menulis panjang hari ini,dan memandangkan banyak juga gambar Instagram saya yang saya rasakan caption-nya agak bermanfaat - jadi saya kongsikannya dengan anda di sini.

Selamat Membaca!


Caption Asal Gambar : "Apa guna kemewahan negara,jika jelata masih terseksa".

Penerangan Tambahan : Kadang-kadang rasa kelakar bila mendapati ada sesetengah Bangsawan keluarkan statement yang tidak berapa bijak di Dada Media.Ini mungkin terjadi kerana mereka tidak pernah merasa kesusahan hidup sebagai Marhaen.Nasihat Jujur untuk Bangsawan-Bangsawan ini : Janganlah terlalu Angkuh dengan kedudukanmu itu.


Caption Asal Gambar : "Timbul persoalan : Ke mana pergi senjata itu bila Muslimin Syria,Palestin etc diserang?Ironi?Tentu sekali".

Penerangan Tambahan : Kekuatan Muslimin itu sebenarnya hanya akan lahir apabila kita kembali kepada Allah SWT.Selagi mana kita tidak kembali kepada-Nya,mengikut segala perintah-Nya,tidak berani berkorban kerana-Nya,selagi itulah kita akan lemah.


Caption Asal Gambar : "Kadang-kadang,kita rasa kita tahu dan faham semua perkara.Hakikatnya kita salah".

Penerangan Tambahan : Kadangkala kita terlalu ghairah memberi pendapat.Kita rasa semua benda kita tahu.Jangan begitu.Belajarlah mendengar.Belajarlah untuk berkata 'saya tidak tahu'.Belajarlah untuk 'belajar'.Sikap 'Bajet Tahu' semua benda hanya akan membuatkan orang membenci kita.


Caption Asal Gambar : "Hari Yang Penuh Kecomelan III.

Gambar diambil di salah sebuah IKEA di Moscow.Kanak-Kanak ini mahukan Anak Patung Anjing ini.

Tapi,Ayahnya tiada Duit Lebih untuk membayar.Anak Patung diletakkan di sebelah Kaunter oleh Ayahnya.Budak ini mengamuk dan mengambil semula Anak Patung itu - tanda berkeras mahukan supaya Ayahnya menurut kemahuannya itu.Orang ketika itu ramai.Sedang beratur.Ada yang membuat muka.Ayahnya memujuk Kanak-Kanak ini.Wajahnya tidak sedikitpun menunjukkan raut segan dengan kerenah Anak Kecilnya itu.Ayahnya berjanji pada Kanak-Kanak ini akan membelikannya Anak Patung itu sejurus ada duit lebih.

Pengajaran untuk diri : Betapa sabarnya Ibu Bapa kita melayan Anak semasa kecil.Amat mengecewakan ada Anak yang suka menengking Ibu Bapanya ketika mereka sudah Tua di khalayak ramai,atas alasan - segan.

Indahnya Islam,Anak Wajib menghormati Ibu Bapanya.Berbeza dengan Sistem Manusia Barat yang banyak melahirkan Anak Kurang Ajar.

Sekian
".

Penerangan Tambahan : Tiada.


Caption Asal Gambar : "Berkenaan Berita 'Senaman Punggung' - Pertama,kalau tiada Ilmu,ada baik kita tutup mulut tidak bersuara,nanti memperbodoh diri - Kedua,lupakah kita akan hari Akhirat? #puakmerapu".

Penerangan Tambahan : Kepada Golongan yang suka bertindak sebegini,kalau pun anda rasa 'samseng/hebat' dengan perbuatan anda itu - cuba fikir - apa fikir orang bukan Islam - ketika mereka membaca berita sebegini?Sebenarnya anda secara tidak langsung menjadi Fitnah kepada Islam dengan kebodohan anda ini.Beristighfarlah.


Caption Asal Gambar : "Lain orang,lain budaya,lain perspektif.Belajarlah mendekati,bukan memaki.Bersangka baiklah,bukan berprejudis".

Penerangan Tambahan : Gambar ini saya 'snap' ketika berada di Kemaman.Mesej-nya saya tujukan khas untuk Golongan Pendakwah.Janganlah kita merasakan semua orang berada dalam Situasi yang sama seperti kita.Belajarlah memahami.Belajarlah 'memudah',bukan 'menyulitkan'.Tapi,bukan bermaksud kena 'ambil mudah'.Ingat.Ada beza yang besar di situ.


Caption Asal Gambar : "Kelihatan Pakcik Igor - Lelaki Random yang ditemui di Sebuah Pasaraya di Moscow sedang membelek Ayam Halal untuk diborongnya.

Hakikatnya,memang semakin ramai orang membeli Produk Halal di Moscow,even yang belum memeluk Islam.

Jadi,melihatkan keadaan ini - di mana ketika Masyarakat Dunia berpusu-pusu mencari Ayam Halal (Baca : Mengkaji Islam) - adalah menjadi suatu kebodohan dan kepelikan apabila kita mendapati ada sesetengah 'Muslim' yang bersungguh-sungguh menuju ke arah Cara Hidup Barat - yang diketahui umum sebagai satu Cara Hidup yang rosak.

Alahai,rugilah kita andai tergolong dalam Golongan Sebegini.Orang lain mencari kebenaran,kita - terlebih 'Putih' dari 'Orang Putih'. Carilah Ilmu."


Penerangan Tambahan : Tiada.


Caption Asal Gambar : "Sejarah itu sentiasa mengulangi dirinya.Kezaliman itu tidak sesekali akan bertahan lama.Bersabarlah".

Penerangan Tambahan : Jangan ingat kita ada kuasa,kita ini Tuhan.Takutlah Allah SWT.Ingatlah Hari Akhirat.Fikirlah Nasib orang yang dizalimi kita.Mereka sedang berdoa.


Caption Asal Gambar : "Leher.Semua kita ada satu.Jadi,jangan asyik fikir mahu 'lepas leher' sendiri.Sekali-sekala tolong fikir perasaan orang".

Penerangan Tambahan : Ayat di atas ini amat sesuai untuk kita consider jika kita hidup berjiran.Ayat di atas juga mungkin boleh direnung oleh mereka yang tinggal di Asrama.Jangan menyakitkan hati Jiran anda.Ingat.


Caption Asal Gambar : "Barangan untuk dihantar.Lokasi : HQ Aman Palestin,Bangi".

Penerangan Tambahan : Jika kita tahu diri kita tidak mampu untuk terlibat dalam membantu Saudara Kita yang ditindas di Luar Sana,at least,bantulah NGO yang sedang berjuang.Ingat,membantu Saudara Mara kita yang ditindas adalah suatu kewajiban.


Caption Asal Gambar : "Rango,salah seekor beruang yang kini terancam spesiesnya tidak keruan berada di dalam sangkar.Kenapa?Dia mahu bebas.Ini kerana sangkar bukanlah tabiinya.Tabiinya di luar sana.Begitulah kita mukmin - dunia itu ibarat 'penjara' bagi kita.Bersabarlah.Syurga itu bukan mudah untuk mendapatkannya".

Penerangan Tambahan : "(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)" [Muhammad :36].

*** *** ***

Itu Sahaja

Itulah sedikit sebanyak Perkongsian Gambar Terbaik dari Instagram saya.

Semoga bermanfaat.

Jika mahu dikongsi,dialu-alukan.Tapi,sertakan Link ke Blog Pena Maya.

Tujuannya?

Agar orang boleh baca Artikel lain di Blog ini.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Umar

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT

    Banyak nasihat yang bermanfaat melalui gambar-gambar ini.

    Ya, semoga kita tidak terpedaya(ghurur)disebabkan kelemahan diri memahami intipati ajaran Islam.

    ReplyDelete