9.11.12

Berkongsi Rasa : Prejudis Makian Yang Tidak Membantu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Sedikit Pengalaman Peribadi

Sepanjang wujudnya Akaun E-Mail Rasmi Pena Maya - pospenamaya@gmail.com - berbagai jenis manusia telah menghubungi saya - dan pelbagai ragam insan juga saya kenali di situ.

Kebanyakannya menyatakan Niat mereka untuk berubah - tapi tidak tahu Arah Tujuan.

Dan ada juga yang menulis E-Mail kepada saya - meluahkan rasa - menyatakan yang mereka memerlukan Teman dalam Perubahan.

Sebenarnya - ada hikmah dan kebaikan yang besar dari Coretan E-Mail-E-Mail ini buat saya.

Coretan-Coretan ini membuatkan saya lebih memahami 'Khalayak'.

Membuatkan saya lebih matang dalam 'mendekati'.

Dan membuatkan saya lebih teliti agar tidak bersifat 'menghukum' sebelum 'berkongsi'.

*** *** ***

Cuba

Walaupun tidak mempunyai Latar Belakang Pengajian Rasmi Dalam Bidang 'Agama' yang tinggi - saya sedaya-upaya cuba membantu mereka-mereka ini.

Ada di antaranya - saya hadiahkan Buku-Buku Islamik - yang saya rasa 'bagus' untuk dibaca oleh mereka-mereka yang sedang berada dalam Proses Perubahan.

Buku-Buku ini dibeli menggunakan 'Dana Sumbangan Para Pembaca'.

Jadi,jika ada di antara anda yang berminat hendak menghulurkan Sumbangan Ikhlas untuk membantu Pena Maya dalam Usaha membantu Anak-Anak Muda yang 'Lost' ini,boleh menghulurkan Sumbangan Dana ke :

Akaun CIMB PENA MAYA

Nama Akaun CIMB : Pena Maya Enterprise
Nombor Akaun CIMB : 06080000393108

Dana yang disumbang - selain diguna untuk membantu mereka yang 'Lost' - juga turut diguna untuk menjayakan Projek Edaran Al-Quran/Buku Islamik Percuma yang diadakan setiap bulan di Blog ini.

Maklumat Lanjut?

Baca sini.

*** *** ***

Tanggungjawab

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa". [Al-A'raaf : 164]

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [A-li 'Imraan : 104]

Semua orang boleh 'membaca'.

Semua orang boleh 'berkata'.

Tapi,berapa ramai di dalam kalangan kita yang sanggup untuk 'membantu','berkongsi rasa' dan 'menyedarkan' Masyarakat yang 'Keliru' - agar yang 'keliru' ini turut sama kembali kepada-Nya dengan kefahaman sebenar.

Berapa ramai?

Hakikatnya tidak ramai.

Jadi,sama-samalah kita saling membantu orang yang sedang berusaha.Jangan suka memperlekehkan usaha orang lain.Jika ada salah-silap,tegur mereka dengan elok menggunakan bahasa yang berhikmah - bukannya 'memperbodohkan' usaha orang lain.


Saya kadang-kadang kecewa melihat ada sesetengah Pihak - yang mungkin merasakan diri mereka 'so-called-intellect-yang-serba-tahu-segalanya' - tapi hidupnya setiap hari dihabiskan di dalam Internet untuk mencaci,memaki dan mengeji Masyarakat yang 'Keliru'.

Sigh.

Apakah erti Ilmu,andai Ilmu itu hanya membuat diri kita semakin 'bongkak' dan 'rasa pandai dari orang lain'?

Beruntunglah bagi orang yang 'Berilmu' - walau Ilmunya sedikit - tapi Ilmu yang 'sedikit' itu sedaya upaya diguna dan 'digembleng' untuk menyedarkan Masyarakat.

Ketahuilah - hidup ini bukan sekadar untuk 'tahu'.

Tapi - ianya lebih dari itu.

Umat Islam yang baik - mereka bukan sekadar 'membaca untuk tahu dan kemudiannya hentam orang' - sebaliknya mereka membaca agar mereka 'tahu' dan kemudiannya dapat menukar 'kegelapan Masyarakat' kepada 'Cahaya Islam'.

*** *** ***

Itu Sahaja

Saya rasa cukup setakat ini untuk kali ini.

Jujurnya,saya menulis kali ini sekadar untuk berkongsi rasa.

Hakikatnya,Tanggungjawab kita besar.

Dakwah itu hakikatnya (atau dalam kata lain menyeru orang ramai kepada kebaikan dan meninggalkan kejahatan) bukan sekadar 'di dalam Usrah' seperti yang difahami sesetengah orang - sebaliknya - ia lebih dari itu.

Kita menyeru manusia lain kepada kebaikan pada setiap masa - walau hanya dengan menunjukkan 'Peribadi yang Baik'.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Hidup bukan sekadar makan,tidur,bersetubuh sahaja.Ianya lebih 'luas' dari itu.Bukalah mata.



No comments:

Post a Comment