17.11.12

Dari Tumblr Saya : Berkenaan Gaza.

Prenote : Harapannya,tidaklah ditulis (atau dibaca) dengan Semangat Bermusim semata.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Saya baru selesai menulis di Tumblr saya.

Fikir saya - elok saya kongsikannya (Penulisan itu) sekali di sini.

Selamat Membaca!

*** *** ***

Berkenaan Gaza.

Ada beberapa perkara yang bermain di Fikiran saya :

1) Elok dinyatakan sebelum menulis.Sebenarnya - saya malu dengan diri yang hanya menulis di hadapan Komputer.

2) Ada yang berkata,"Datang dah Aktivis Bermusim.Diorang mai dah".

3) Jawab seorang Brother,"Jangan kata begitu!Kita raikan mereka,walau bermusim,sekurangnya mereka tidak meneruskan hidup macam 'Haiwan' seperti yang lain.Sekurangnya,mereka cuba untuk ambil tahu".

4) Sebenarnya bukan bermusim.Tapi apabila sudah berlaku Serangan hebat sebegini,pasti ramai yang ingin sebar maklumat.Perkara ini - sebenarnya - bagus bagi saya.Dan kalau anda lihat Propaganda Israel di Page Twitter/Facebook Pasukan Pertahanan mereka - tentu anda malu dengan 'Semangat Bermusim' kita - yang hakikatnya masih 'lemah'.

5) Kadang-kadang yang lebih memalukan,walau sekadar di Twitter (i.e Dalam Internet),ternyata - kadangkala kelihatan orang bukan Islam yang lebih ‘Cakna’ akan Isu ini berbanding 'Umat Islam' sendiri.

6) Paling saya risaukan dalam 'Isu Palestin,Syria dan sebagainya' ini ialah - saya bimbang dengan 'sikap kemunafikan' (akibat tidak mahu ambil tahu langsung).Astaghfirullah!

7) Saya tidak mahu panjangkan tentang perkara 'kemunafikan' ini.Tapi saya harap kita 'muhasabah' diri sendiri.

8) Ya Allah,lindungilah kami dari 'kemunafikan'!Lindungilah kami dari menjadi 'Muslim' yang 'lemah imannya'.Lindungilah kami dari 'Fitnah Akhir Zaman' ini.

9) Akhir sekali mahu kongsi sebuah Artikel - 'Ini Bukan Urusan Aku!'.

10) Dan ketahuilah,walau Perjalanan kita mungkin kelihatan seperti sudah 'dekat',tapi hakikatnya - ia masih 'jauh'.Teruslah melangkah.

*** *** ***

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "None of you truly believes until he loves for his brother what he loves for himself" [Sahih al-Bukhari and Sahîh Muslim].

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kekuatan itu tidak akan datang selagi mana kita tidak benar-benar kembali kepada-Nya.

P/P/S : Boleh Klik Link ini untuk Ikuti Berita Tentang Gaza.


2 comments:

  1. boleh juga baca artikel lain saya di sini -> http://baikiminda.blogspot.com/2012/11/gaza-ikuti-twitter-saya.html

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Saya kongsikan kata2 Ustaz Hasrizal Abdul Jamil:

    "Saya tidak memberi sebarang komen tentang bencana yang sedang menimpa Gaza bukan tidak prihatin. Tetapi saya rasa semua yang saya mahu cakap adalah sampah kerana ia tidak sedikit pun menguis pergi Zionis dari Bumi Isra' itu.

    Yang mampu saya buat secara signifikan sekarang ini ialah membersihkan makan minum serta amalan, agar doa saya untuk Gaza tidak terhijab oleh kecelaan diri sendiri. Doa senjata mukmin kerana jika mukmin tahu syarat doa dimaqbulkan Allah setiap kita akan berubah menjadi mukmin yang lebih baik.

    InsyaAllah moga bermanfaat
    -yaqut hulaif

    ReplyDelete