13.11.12

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi November 2012).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Bertemu lagi kita (Alhamdulillah) dalam Sesi Giveaway kali ini.

Mari teruskan Pembacaan untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." [Sahih Muslim]

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,disebabkan ada lebihan Dana yang disumbangkan,insya-Allah 3 Buah Buku Islamik akan diedar secara Percuma kepada 3 Orang Pembaca.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

3 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,Jawab soalan ini - "Ilmu itu sangat penting bagi orang yang ingin 'merubah' diri ke arah kebaikan.Dan membaca - merupakan satu cara untuk mendapatkan Ilmu.Pada pendapat anda,apakah kepentingan membaca bagi seorang Muslim dalam Zaman yang serba mencabar ini?".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog etc.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 3 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Tiga Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Penawar Duka Pengubat Sengsara Oleh Dr. MAZA


Penerangan : Saya dengan izin Allah SWT telah memiliki buku ini dan dihadiahkan kepada Ibu saya.Sebuah buku yang amat bagus bagi Golongan Majoriti Masyarakat yang sedang 'berjinak-jinak' untuk kembali kepada-Nya.Amat bagus jika mahu hadiahkan kepada diri sendiri (yang benar-benar mahu berubah) - atau mungkin boleh hadiahkan kepada Orang Tersayang (yang halal untuk anda - seperti Ibu,Ayah,Keluarga - bukannya bagi kat Awek konon untuk nampak Islamik).

2) The Ideal Muslim


Penerangan : Saya tambahkan buku ini dalam senarai supaya berlaku adil pada orang yang gemar membaca dalam Bahasa Inggeris.Saya secara peribadi,amat syorkan anda pilih buku ini.Satu - sebab buku ini sangat 'rare'.Susah jumpa kat kedai.Saya akan beli (maybe) melalui MphOnline.Keduanya,kerana buku ini lengkap dengan Hadis Sahih amalan yang kita boleh lakukan seharian etc.Tapi kalau anda kurang fasih berbahasa Inggeris,saya tidak galakkan anda pilih buku ini.Bimbang salah kefahaman nanti.Tapi still,anda boleh bagi buku ni kat saudara-mara anda yang fasih bahasa Inggeris kan?


3) Mengemudi Bahtera Perubahan Minda (Siri Islam dan Masyarakat)


Penerangan : Secara jujurnya,Buku ini amat bagus untuk dibaca oleh Golongan Muda yang sedang ingin berubah.Dan secara jujurnya lagi,antara Para Ilmuan Tempatan yang Penulisan mereka (dengan izin Allah) berjaya menarik minat saya untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam pada satu masa dahulu adalah Dr. Asri ini.Jadi,saya ingin berkongsi buku ini dengan sesiapa yang sedang mencari 'Rentak Perubahan' dalam hidupnya.Semoga bermanfaat!

4) Terjemahan Al-Quran Al Karim: Rasm Uthmani Dalam Bahasa Melayu


Penerangan : Mungkin anda membaca Al-Quran selama ini.Tapi,pernahkah anda cuba untuk memahami Al-Quran?Tahukah anda - betapa ruginya kita ini andai Al-Quran sudah berada di hadapan mata - tapi kita tidak pernah berusaha untuk memahaminya.Saya cadangkan anda untuk pilih Al-Quran ini untuk dibaca bersama keluarga anda - andai di Rumah anda masih tiada Naskhah Terjemahan Al-Quran.Semoga keluarga anda dan anda dirahmati-Nya.Amin.

5) Syamail Muhammadiyah: Keanggunanmu Ya Rasulullah (Oleh Imam Al-Tarmizi)


Penerangan : Saya hampir-hampir membeli buku ini ketika Cuti Musim Panas baru-baru ini.Tapi,kesuntukan masa menghalang saya dari membelinya.Pada saya ini merupakan buku yang amat bagus.Buku ini merupakan Koleksi Hadis oleh Imam Al-Tirmizi yang menerangkan Peribadi Rasulullah SAW.Amat bagus untuk dibaca seisi keluarga!

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 5 Pilihan - tapi hanya 3 Buah Buku yang bakal diedar kepada 3 Orang Pembaca.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Sedang Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


11 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya berminat untuk menyertai. Saya mahukan buku Nombor 3. Buku ini insyaAllah akan menjadi bahan bacaan buat saya dan keluarga. Boleh hubungi saya di nurina24@ymail.com

    Pada pendapat saya, membaca memang merupakan suatu keperluan dalam kalangan muslim, bukan sahaja pada zaman ini bahkan semenjak zaman rasulullah lagi. Kita digesa untuk membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan bukannya hidup dalam kelompok masyarakat yang tidak mengetahui apa-apa. Kalau tak membaca, minda kita akan terkurung. Kalau membaca, minda kita akan menjadi lebih open-minded dan mampu untuk memikirkan perkara-perkara yang bersifat terbuka sesuai dengan pengetahuan yang telah diperoleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam ...alhamdulillah anda telah mendapat buku ini dengan izin Allah..

      insya-Allah akan hubungi anda ikut email dalam masa terdekat.kalau masih tak dapat email saya - hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ...

      Delete
  2. kepada anda yang lain - masih ada dua buku untuk dimiliki.dapatkan segera!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 2.Buku ini akan dihadiahkan kepada adik saya sempena hari lahirnya.

    Buat pengetahuan tuan, adik saya begitu gemar membaca buku berbahasa inggeris. Saya inginkan buku ini dapat dihadiahkan kepada dia supaya buku ini dapat membantu dia menambah pengetahuan sedia ada. Oleh disebabkan buku ini jarang didapati, saya sangat berharap, buku ini menjadi milik kami :)

    boleh hubungi saya di nasibahatiqah@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam ...alhamdulillah anda telah mendapat buku ini dengan izin Allah..

      insya-Allah akan hubungi anda ikut email dalam masa terdekat.kalau masih tak dapat email saya - hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ...

      Delete
  4. ada satu lagi buku untuk dimiliki.jangan lepaskan peluang ini.dapatkan segera!

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum,saya berminat untuk mendapatkan buku kelima iaitu Syamail Muhammadiyah: Keanggunanmu Ya Rasulullah (Oleh Imam Al-Tarmizi)untuk dihadiahkan kepada seorang sahabat yng sangat meminati sirah.

    pada pendapat saya,kepentingan membaca bagi seorang Muslim dalam Zaman yang serba mencabar ini ialah mampu menjadi benteng dalam kita melalu kehidupan yang penuh menhnah di dunia ini kerana ilmu ibarat cahaya yang menerangi kehidupan sseorang.

    Boleh hubungi saya di noorazlenharon@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam ...alhamdulillah anda telah mendapat buku ini dengan izin Allah..

      insya-Allah akan hubungi anda ikut email dalam masa terdekat.kalau masih tak dapat email saya - hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ...

      Delete
  6. Alhamdulillah Umar atas usha murni menjana minda ummah menuju redha Allah. Saya doakan Umar sentiasa kukuh jatidiri dan di beri hidayah untuk faham agama bagi mencapai bahagia hati dan jasad, dunia dan akhirat.

    "Ilmu itu sangat penting bagi orang yang ingin 'merubah' diri ke arah kebaikan.Dan membaca - merupakan satu cara untuk mendapatkan Ilmu.Pada pendapat anda,apakah kepentingan membaca bagi seorang Muslim dalam Zaman yang serba mencabar ini?".

    Kejar ilmu hingga dapat, rasanya itulah asas penting dalam seruan Iqra' yg merupakan ayat pertama dalam susunan kalam Allah. Dan mengejar bagi menuntut ilmu perlu berterusan dari seawal dalam buaian hinggalah ke degupan jantung yang terakhir. Beramal dengan ilmu amat berbeza nilainya dengan beramal tanpa ilmu. Dan tidak dinafikan antara cara penting untuk mendapatkan ilmu selain menghadiri majlis2 ilmu di masjid, surau, sesi kuliah, dan meneroka internet adalah dengan rajin membaca buku2 bermanfaat. Justru jika ada rezki saya, maka sangatlah saya berhajat agar buku no.1 iaitu PENAWAR DUKA PENGUBAT SENGSARA karya Dr MAZA dapat saya hadiahkan buat anak saya di UIA sebagai penguat semangat dan pencerahan ilmu bagi memacu jaya dalam juang dan gigih sebagai mahasiswi tahun dua, sempena hari ulangtahunnya yg ke 20. Jazakallah.

    hisham.ar@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam ...alhamdulillah anda telah mendapat buku ini dengan izin Allah..

      insya-Allah akan hubungi anda ikut email dalam masa terdekat.kalau masih tak dapat email saya - hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ...

      Delete