20.11.12

Isu Gaza : Apa Perlu Dilakukan Kita/Keperluan Media Yang Benar-Benar 'Bebas'.

Prenote : Baca,fahamkan,lakukan sesuatu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendek Dan Padat



Saya sedang membaca beberapa Berita berkenaan Gaza di dalam Internet ketika membaca beberapa Perbalahan antara beberapa orang Pengkomen di situ.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang Perbalahan yang berlaku - juga tidak mahu mengkeji komen yang ada di situ.

Kenapa?

Persoalan ini saya tinggalkan kepada anda dahulu.

*** *** ***

McD

Pembacaan saya diteruskan sehingga terjumpa sebuah Laman Web yang memaparkan Orang Ramai sedang beratur Panjang untuk mendapatkan Burger McD Percuma - yang difahamkan diedar secara PERCUMA hari ini.

Menarik?Mungkin.

Insya-Allah,perkara ini juga saya tidak mahu sentuh lagi dengan detail - saya serahkan kepada anda untuk difikirkan dahulu.

*** *** ***

Secara Jujurnya,Saya Tidak Merasakan 'Mereka-Mereka Yang Disebutkan Di Atas Ini' Boleh Dipersalahkan Sepenuhnya.Kenapa?

Sebenarnya,perkara-perkara yang saya sebutkan di atas - jelas menunjukkan bahawa Masyarakat Kita masih lagi ketandusan Maklumat mengenai Situasi sebenar yang sedang berlaku di Seluruh Dunia pada ketika ini (saya sebutkan 'Masyarakat Kita' di sini kerana saya mahu khususkan perkara ini untuk Masyarakat kita yang berada di Malaysia).

Masyarakat kita - secara umumnya - masih lagi berada dalam kejahilan - dan mereka - masih lagi samar-samar tentang persoalan 'Di Dalam dunia apakah mereka sedang berada hari ini?'.

Mereka mungkin pernah mendengar tentang 'Gaza','Syria','Kashmir','Rohingya' dan sebagainya - tapi - hakikatnya masih sedikit yang mengetahui 'tahap keseriusan situasi' yang sedang melanda Dunia sekarang.

Baki Masyarakat Kita yang selebihnya - mereka masih menyangka 'Isu yang sedang berlaku di Luar Sana sekarang ini sebagai Perkara Kecil - akan hanyut selepas beberapa Tempoh'.

*** *** ***

Apa Yang Perlu Dilakukan Kita Yang 'Marhaen' Ini Sebenarnya?

Hakikatnya,perkara ini berlaku kerana kekurangan Maklumat yang sampai kepada 'Masses (Majoriti Masyarakat)'.

Bagaimana mungkin Maklumat boleh sampai kepada mereka - andai yang berada di 'Pihak Media' sendiri masih gagal menyediakan Laporan Yang Boleh Dipercayai.

Di sinilah terletaknya Tanggungjawab kita.

*** *** ***

Zaman Internet - Jadilah 'Internet Savvy' - Mainkan Peranan Anda



Revolusi Mesir,Tunisia yang berlaku pada Tahun Lepas - hakikatnya bermula dengan Penyebaran Maklumat dalam kalangan Anak Muda Negara Mereka di dalam Internet.

Pihak yang menyebarkan Maklumat-Maklumat ini - dikenali sebagai 'Internet Savvy'.

Mungkin ada yang berkata - 'Ah buang masa dol Share semua benda ini'.

Maaf anda silap.

Hakikatnya masih ramai yang kurang faham akan Hakikat sebenar yang sedang melanda 'Dunia Luar' sana.

Jadi,kepada Anak Muda sekalian - daripada anda menggunakan Internet secara sia-sia semata - adalah elok anda menyebarkan Maklumat tentang Isu Gaza ini kepada Kenalan/Sahabat anda yang terdekat di Profail Laman Sosial Maya Peribadi Anda masing-masing.

*** *** ***

Perlunya Media Yang Benar-Benar 'Bebas'


Saya sangat yakin - 'Situasi' yang diceritakan di atas - di mana orang ramai masih beratur untuk mendapatkan 'Burger McD' Percuma - hanya membuktikan betapa perlunya 'Media' yang benar-benar 'Bebas' di Negara kita.

'Bebas' yang dimaksudkan di sini bukanlah 'Bebas Semua Boleh Tayang Even Gambar Bogel'.Bukan.Bukan begitu.Bukan 'Bebas' itu yang kita mahukan.

Sebaliknya 'Media Bebas' yang perlu diwujudkan oleh kita semua Umat Islam - dalam mengendalikan/menjawab Islamophobia/Fitnah yang melanda Islam pada hari ini adalah - 'Media' yang menyalurkan Maklumat dengan Penuh Tepat,Adil dan Berilmu lagi Berfakta - dan Media ini MESTILAH dimiliki oleh Pemilik yang benar-benar 'Bebas/Merdeka' - atau dalam kata lain - 'Pemilik Media' itu mestilah seorang yang benar-benar Ikhlas,lagi takutkan Allah SWT.


Dalam keadaan Zaman yang Penuh Fitnah ini - sudah tiba masanya kita Wujudkan Media sebegini.

Sama-sama kita usahakan.

Dan dalam masa yang sama,sebelum perkara ini terlaksana - sama-sama kita guna dan eksploitasikan sebaik mungkin Medium Internet ini.

Perlu diingat,walaupun Internet sudah ada - ianya masih tidak mencukupi.Bukan semua manusia ada Direct Access dengan Internet.Jadi di sini - mewujudkan Media Massa yang adil lagi 'bebas' itu masih lagi 'relevan dan besar keperluannya'.

*** *** ***

Apa Lagi Yang Boleh Dilakukan Kita Dalam Isu Gaza Etc?

Anda boleh baca perkara ini dengan lebih lanjut dalam PDF E-Book 44 Ways To Support Jihad ini [Link Download Percuma].

Sila ambil Perhatian : E-Book itu perlulah dibaca dengan Penuh 'Bijaksana'.Jangan ambil 'mesejnya' secara 'Literal' semata.

Semoga anda diberikan kefahaman ketika membaca buku itu.Insya-Allah.

*** *** ***

Selain Itu,Apa Lagi?

Anda boleh sumbangkan Wang dan Harta anda untuk membantu Saudara kita di Palestin kepada Akaun-Akaun Berikut :

Dana Sumbangan & Derma Aman Palestin

Bank Islam : 12029010047880
Maybank : 562263010787
Bank Muamalat : 12070005133717
RHB Islamic Bank : 21245760004907
Bank Rakyat : 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad : 1202-9010-0598-95

*** *** ***

Cadangan Link Tambahan Untuk Dibaca/Diambil Tindakan Lanjut

- Laman Rasmi Aman Palestin Mesir
- Klik Link Ini Untuk Membaca Berita Terkini Tentang Palestin
- Senarai Barangan Produk Israel Untuk Diboikot
- Kenapa Perlu Boikot? (Fatwa Al-Qaradawi)

*** *** ***

Sekian

Itu sahaja.

Semoga kita semua ambil Pengajaran dari Penulisan ini - dan sama-sama 'melakukan tindakan yang sepatutnya' untuk 'mengubah yang sepatutnya diubah'.

Ini kerana - kata-kata tanpa tindakan - akan sekadar tinggal menjadi 'kata-kata' selamanya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jangan sesekali kecilkan usaha orang lain.


2 comments:

  1. well said bro..
    but i think we both know that total media freedom is next to impossible in this country.the way it is right now,with our current media,we are no different than any 3rd world dictatorial country.

    -one of your old friend :)-

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bro.haha.takyah nak your old friend sangat ler.. by the way,thanks for the thought.. couldn't agree more..

      Delete