28.11.12

Kisah Seorang Teman (Muat-Turun PDF PERCUMA Penerangan Isu Gaza).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Recap Semula

Alhamdulillah - segala Puji hanya bagi Allah SWT - kerana dengan izin-Nya - Projek Al-Quran Bulan November 2012 berjaya dilaksanakan - dan Naskhah-Naskhah Al-Quran yang diminta telah pun dihantar kepada Para Penerima yang sepatutnya - dan kini dalam Perjalanan menuju Alamat-Alamat yang diberikan.

Dan Alhamdulillah juga - kerana beberapa orang Pembaca sudi menghulurkan Sumbangan Dana untuk Projek Bulan Disember pula.

Terima Kasih - dan 'Jazak Allah Khayr' diucapkan kepada semua yang menyumbang.

Semoga sentiasa dirahmati-Nya.

Jika ada dalam kalangan Anda-Anda yang lain berminat menyumbang dana,Anda masih berpeluang untuk menyumbang Dana untuk menjayakan Projek ini dengan menghubungi pospenamaya@gmail.com.

*** *** ***

Roda-Gelora

Saya sedang meninjau beberapa Profile Laman Sosial Peribadi Sahabat-Sahabat Lama saya - ketika Tinjauan saya terhenti di satu Page.

Page yang dimiliki seorang Teman.

Teman yang dahulunya agak rapat dengan saya.

Long story short - Teman ini dahulunya agak 'Sosial' orangnya.Dan mungkin juga tidak berlebihan untuk dikatakan yang Beliau ini sememangnya seorang yang 'Sangat Liar' dahulunya.

Tapi,apa yang mengejutkan saya - kebanyakan 'Post-Post' yang ditulis di Profilenya kini - semuanya 'Islamik'.

Gambar 'Profilenya' juga menunjukkan ada suatu Perubahan yang telah melanda dirinya.

Apakah saya terkejut?

Ya.Saya terkejut kerana saya pernah mengenali dirinya yang dahulu.

Tapi,apabila difikirkan - tiada apa yang perlu di-'terkejut'-kan saya.

Kerana hakikatnya,itulah kehidupan.

Manusia itu setiap hari berubah.

Dan ramai yang kini - sedang dalam Proses Perubahan ke arah kebaikan.

Bukan tugas kita untuk menilai seseorang berdasarkan masa lampaunya.

Sebelum kita menghukum seseorang dengan tidak adil berdasarkan kesilapan masa silamnya,ingatlah suatu hakikat - Allah SWT itu Maha Penerima Taubat.

Jangan kita 'memandai-mandai' menutup Jalan Orang Lain untuk kembali kepada-Nya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Az-Zumar : 53]

Secara jujur - saya gembira dengan Perubahan yang berlaku pada diri Teman saya ini.

Alhamdulillah.Semoga Beliau kekal Tekun,Tekad dan Tabah di Jalan ini.

Dan untuk kita-kita yang lain - jangan pernah merasa selesa dengan 'Tahap Diri' kita.

Jangan pernah rasa 'Selesa'.

Kejarlah 'Pengakhiran Yang Baik' itu.Mohonlah daripada-Nya.

Sentiasalah kita berusaha untuk mempertingkatkan amalan kita.

Jangan pernah Takbur dan memandang hina kepada Rakan-Rakan kita yang kelihatan 'lost'.

Sebaliknya,pandanglah mereka dengan penuh 'keinsafan dan kasih sayang'.

Ajaklah mereka ke arah kebaikan.

*** *** ***

Gaza

Dalam Perkembangan lain,baru-baru ini - Pihak Surau Komuniti Pelajar Muslim di Asrama tempat saya menginap - sempat mengadakan Sesi Tazkirah Ringkas/Penerangan Umum Tentang Isu Gaza.

Dalam Tazkirah yang sama - diedarkan Flyer untuk setiap Jemaah yang hadir.

Jadi,saya sukacita untuk berkongsikan 'Flyer' itu dengan Anda semua Para Pembaca di sini.

Semoga bermanfaat!


Untuk Muat-Turun File PDF ini : Klik Link ini.

Anda semua boleh menggunakan PDF ini sebagai Panduan dalam Menerangkan Isu Gaza di Kawasan Kejiranan/Kampus Anda.

PDF di atas disediakan oleh Badan Pelajar Islam Moscow Aviation Institute.

*** *** ***

Akhirnya

Itu Sahaja.

Sebelum mengakhiri Penulisan,saya ingin berkongsikan satu Potong Terjemahan Ayat Al-Quran dengan kita semua.

"Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat)" [Al-An'aam : 94]

Sama-sama kita renungkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Insya-Allah - sekitar Bulan Januari 2013 - akan diterbitkan E-Book Kelima Pena Maya.Cadangannya : saya ingin menjualnya dalam bentuk Jualan Amal - di mana segala keuntungan akan digunakan 100 Peratus untuk membiayai Projek Al-Quran/Buku Islamik Pena Maya.Tengoklah macam mana.Sedang difikir.Doakan semoga dipermudah.


No comments:

Post a Comment