24.11.12

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi November-Disember 2012).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah - kembali lagi kita di dalam Projek ini.Oleh kerana Projek Bulanan ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Para Pembaca - sesiapa di antara Anda yang mahu menyumbang - hubungi pospenamaya@gmail.com.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. [21 : 1]

Terlalu banyak kebodohan dan kejahilan yang berleluasa dalam Masyarakat kita pada hari ini.Hanya ada satu Solusi bagi segala masalah ini - Islam.Anda hanya mampu terselamat dari segala fitnah ini jika berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah,dengan kefahaman seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Para Sahabat RA.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pena Maya kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Program ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


12 comments:

  1. Assalamualaikum.. Saya amat berminat bila ternampak link blog ni, actually saya nampak terjemahan Al-Quran tu yang menarik.. Saya masih baru, masa dekat asrama, pinjam terjemahan akak upper form sebab nak baca, tapi disebabkan saya tahun ni PMR, tak sempat nak habis baca terjemahan tu.. Ada terfikir nak beli sendiri, tapi agak susah.. Bila nampak ada yang ingin memberi, saja ingin mencuba nasib.. In shaa Allah, ada rezeki saya dapat lah terjemahan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. alhamdulillah dengan izin Allah anda mendapat naskhah al-quran ini..insya-Allah saya akan hubungi anda dalam masa terdekat.jika masih belum dapat email saya - boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ...

      Delete
    2. oh saya takde email anda.tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com . di sana saya akan mintak beberapa maklumat untuk delivery..

      Delete
  2. Assalamualaikum,saya berminat untuk mendapatkan terjemahan Al-quran ini kerana saya ingin memahami setiap kisah dan pengajaran yg diceritakan, saya tidak mahu menjadi seorang yg hanya pandai membaca,tetapi tidak menghayati setaip patah perkataan yag diturunkan.saya juga ingin berterima kasih kepada rakan saya yg berkongsi link ini dgn saya, Alhamdulillah kami mempnyai impian yg sama untuk memiliki terjemahan Al-quran untuk bersama-sama mendalami ilmu yang terdapat Al-quran ini. Saya ada juga terfikir untuk mendapatkan terjemahan Al-quran tetapi memandangkan saya masih bersekolah dan harganya yang agak tinggi, saya ingin mencuba untuk mendapatkannya di sini, ,saya hanya mencuba,Insyaallah jika ada rezeki. Terima kasih juga kepada pemilik blog kerana mengadakan aktiviti seperti ini,Syukran jazilan, Jazakallah khairan khatiran, Assalamualaikum :)
    -https://twitter.com/Farzananena
    -fmohdsanusi@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. alhamdulillah dengan izin Allah anda mendapat naskhah al-quran ini..insya-Allah saya akan hubungi anda dalam masa terdekat.jika masih belum dapat email saya - boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ...

      Delete
  3. Assalamualaikum.Saya berminat untuk mendapatkan naskhah al-Quran percuma kerana hendak menghadiahkannya kepada sahabat saya yg akan fly ke luar negara pada awal tahun hadapan. Menurut apa yg sy tahu,beliau memang tidak mempunyai senaskhah al-quran terjemahan sendiri.selama ini beliau hanya merujuk al-quran yg terdapat di kolej nya sahaja dan tidak mempunyai koleksi sendiri.jadi,sy rasa amat bermakna jika sy dapat menghadiahinya senaskhah al-quran untuk menemaninya ke luar negara nanti.InsyaAllah.Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. alhamdulillah dengan izin Allah anda mendapat naskhah al-quran ini..insya-Allah anda boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima.nyatakan sekali yang anda ini merupakan Anon 709pm.

      Delete
  4. Assalamualaikum, ya akhi. Saya amat berminat untuk mendapatkan senaskhah Al-Quran ini.. Baru-baru ini kakak saya menyimpan hasrat untuk membeli Al-Quran terjemahan.. Memandangkan dia hanya menggunakan Al-Quran yg tiada terjemahan sekarang ni, dia sgt teringin untuk mempunyai Al-Quran terjemahan seperti saya. Oleh itu, saya mempunyai niat untuk menghadiahkan Al-Quran ini kepadanya jika saya berpeluang dan mempunyai rezeki untuk mendapatkannya.. Semoga usaha anda diberkati dan sentiasa mendapat rahmatNya, inshaAllah.. jazakallahu khairan khateera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. alhamdulillah dengan izin Allah anda mendapat naskhah al-quran ini..insya-Allah anda boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima.nyatakan sekali yang anda ini merupakan Anon 713pm.

      Delete
  5. assalamualaikum..
    saya uga berminat untuk mendapatkan senaskhah..
    sekian lama saya menyimpan hasrat utk membeli Al-Quran yg mempunyai terjemahan.. ini agar sy dpt betul2 menghayati maksud ayat2 Al-Quran dan insyaAllah mampu membantu sy memahami erti sebenar menjadi seorng Muslim.. InsyaAllah dgn usaha ini mampu membawa sy kearah itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. alhamdulillah dengan izin Allah anda mendapat naskhah al-quran ini..insya-Allah saya akan hubungi anda dalam masa terdekat.jika masih belum dapat email saya - boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ...

      Delete
  6. OKAY.PENYERTAAN DITUTUP.ANDA-ANDA YANG LAIN,BOLEH CUBA NEXT MONTH.SAYA HANYA AKAN MEMBUKA KEMBALI PENYERTAAN UNTUK BULAN INI (BERI KELONGGARAN) JIKA ADA DALAM KALANGAN ANDA-ANDA YANG :

    - NON MUSLIM SEDANG MENGKAJI ISLAM.
    - NEW REVERTS TO ISLAM.

    SELAIN DARI ITU,BOLEH CUBA NEXT MONTH PULA INSYA-ALLAH.

    ASSALAMUALAIKUM

    ReplyDelete