11.11.12

Malam Sebelum Lampu Padam : Antara Cita Dan Fikir - Apakah Engkau Bersedia?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

semua orang punya cita
semua orang punya mahu
semua orang punya rasa
semua orang mahu berdikari
dan semua orang dikurnia fikir

ada yang berkata
ini hidup aku
biarkan aku

mungkin benar
dan mungkin - ada benarnya apa yang dikata beliau itu

melihat gelagat mereka yang masih belum memahami
mungkin ada yang masih lemah langkahnya
teruja ingin menyertai kembali
berpaut pada tali yang rapuh itu

jika ditanya diri
apakah tidak menyesal
menukar arah
dari barat ke timur
dari kiri ke kanan?

tidak adalah jawapannya
tidak menyesal sama sekali

cuma yang dipohon kepada-Nya
berikanlah diri ini kekuatan

sekali lagi diputar suara
semua orang ada cita
semua orang ada fikir
tapi ketahuilah
dan ingatlah suatu hakikat
hakikat di mana
pada akhirnya
kita semua tetap bakal diadili
oleh Maha Pencipta
dan ingatlah
Dia Maha Adil

apakah engkau bersedia wahai manusia?

Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. [Luqman : 33]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


1 comment:

  1. Salam beramal. Moga istiqamah. Thanks for the above.

    ReplyDelete