30.11.12

Usah Takut Dengan Bayang Sendiri,Marhaen Bukannya Bodoh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Selamat Pagi.

Penulisan kali ini Pendek sahaja.

Sangat pendek.


Ada lagi 45 Minit sebelum saya perlu pergi ke Kampus.Dan di luar sana Salji sedang menebal.

Bukan itu yang ingin saya tulis sebenarnya Pagi ini.

Sebaliknya,saya ingin menulis disebabkan Pagi ini saya menonton sebuah Video di mana satu Pihak dalam kalangan Rakyat Tanah Air kita menggelarkan Muslimin yang menentang Bashar Al-Assad sebagai 'Pemberontak'.

Hati saya sangat kecewa.

Kecewa yang amat sangat.

Pertamanya kerana - jelas orang yang bercakap di dalam Video itu sangat kurang 'General Knowledgenya'.

Ketika berapa ramai Orang tidak bersalah sudah dibedil Bashar etc,masih lagi Beliau ini menunjukkan sokongan kepada Bashar - dan malah seolah 'melabelkan' Rakyat Syria yang Bangkit ini sebagai Pemberontak.

Logikkah?

Keduanya - kerana Kenyatannya itu memang unacceptable!

Itulah Cerminan kebanyakan Mentaliti Rakyat di Negara kita - masih lagi kurang Maklumat.

Anak Muda perlu Bangkit untuk menjadi Agen Penyebar Maklumat yang Sahih di Negara kita.


Ingat,ini bukan lagi Zaman 1950-an.Percaturan dalam Perlawanan sudah berbeza.

Itu sahaja untuk Pagi ini.

Yang terakhirnya - sebelum saya pergi ke kelas,ingin saya kongsikan beberapa Quote dari Twitter saya - @PenaMaya :

1) Isu Datang dan Pergi.Orang yang berjuang hanya berlandas 'Semangat/Isu' semata - pasti longlai langkahnya selepas 'Isu' hilang.Sebaliknya - orang yang berjuang hanya kerana mencari redha Ilahi semata - insya-Allah akan terus melangkah - walau kerap kali terjatuh.

2) Dasar mahu 'mendoktrin' dan 'mempropagandakan' manusia lain dengan Fahaman '1950-an' sudah berlalu,Pakcik.Sudah berlalu.Manusia sudah bijak.

Semoga Bermanfaat.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Seriously agak menjengkelkan apabila 'Orang yang Kurang Tahu' ingin menghalang 'Orang Lain' dari menjadi 'Tahu'.Seriously.


2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Umar

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT

    Memang ramai yang seperti ini, sudahlah tak mahu mendapatkan maklumat yang benar, bila kita cuba memahamkanpun banyak benar dalihnya.. Semoga dibukakan pintu hati mereka dalam memahami perkara yang benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt.

      betul Makcik.sama-sama kita usahakan untuk menyedarkan masyarakat mengikut kemampuan kita.

      Delete