16.12.12

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Disember 2012).

Prenote : Untuk Edisi Kali Ini,Lima Naskhah Buku Penulisan Dr MAZA akan diedarkan.Jangan lepaskan Peluang ini!Satu Naskhah untuk Seorang Penerima!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Bertemu lagi kita (Alhamdulillah) dalam Sesi Giveaway kali ini.

Mari teruskan Pembacaan untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." [Sahih Muslim]

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,disebabkan ada lebihan Dana yang disumbangkan,insya-Allah 5 Buah Buku Islamik akan diedar secara Percuma kepada 5 Orang Pembaca.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

5 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,Jawab soalan ini - "Apa perkara paling penting yang perlu dititik-beratkan seseorang yang baru memulakan langkah untuk 'merubah diri' ke arah kebaikan (kembali kepada Allah SWT)?".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 3 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Lima Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Penawar Duka Pengubat Sengsara Oleh Dr. MAZA


Penerangan : Saya dengan izin Allah SWT telah memiliki buku ini dan dihadiahkan kepada Ibu saya.Sebuah buku yang amat bagus bagi Golongan Majoriti Masyarakat yang sedang 'berjinak-jinak' untuk kembali kepada-Nya.Amat bagus jika mahu hadiahkan kepada diri sendiri (yang benar-benar mahu berubah) - atau mungkin boleh hadiahkan kepada Orang Tersayang (yang halal untuk anda - seperti Ibu,Ayah,Keluarga - bukannya bagi kat Awek konon untuk nampak Islamik).

2) Mengemudi Bahtera Perubahan Minda (Siri Islam dan Masyarakat)


Penerangan : Secara jujurnya,Buku ini amat bagus untuk dibaca oleh Golongan Muda yang sedang ingin berubah.Dan secara jujurnya lagi,antara Para Ilmuan Tempatan yang Penulisan mereka (dengan izin Allah) berjaya menarik minat saya untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam pada satu masa dahulu adalah Dr. Asri ini.Jadi,saya ingin berkongsi buku ini dengan sesiapa yang sedang mencari 'Rentak Perubahan' dalam hidupnya.Semoga bermanfaat!

3)Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi,Menyingkap Realiti


Penerangan : Buku ini merupakan Buku Terbaru Tulisan Dr Asri.Saya belum lagi membaca buku ini buat masa ini kerana ianya diterbitkan ketika saya tidak berada di Malaysia.Tapi mengikut Review yang dibaca di Internet,buku ini penting untuk dibaca masyarakat - kerana ianya menjawab pelbagai Fitnah/Kekeliruan yang dilemparkan kepada Para Sahabat Rasulullah SAW.

4) Islam in Malaysia : Perceptions & Facts


Penerangan : Saya amat memahami yang mana bukan semua orang Islam di Malaysia - mahir/minat membaca dalam Bahasa Melayu.Untuk berlaku adil,saya juga masukkan buku ini dalam Senarai Giveaway kali ini.Buku ini sebenarnya merupakan Edisi Bahasa Inggeris bagi Buku Penulisan Dr. Asri dalam Bahasa Melayu bertajuk Menerajui Bahtera Perubahan Minda.Saya masih sedang cuba menghabiskan Pembacaan buku ini buat masa ini.Tapi jujur bicara,buku ini amat saya cadangkan untuk anda pilih,jika anda seorang Non-Muslim (atau even Muslim) yang sedang cuba memahami Islam - tapi keliru apabila melihat 'Islam Versi Adat' yang terdapat di Negara kita.Buku ini banyak memperbetulkan Persepsi yang salah terhadap Islam,insya-Allah.

5) Bicara Buat Pemimpin Dan Rakyat


Penerangan : Secara jujurnya - saya merasakan,cara orang Malaysia berpolitik (baca : rakyat Melayu Marhaen) amat tidak matang.Kita amat taksub dengan Pemimpin.Kadang-kadang benda yang sudah jelas salah,kita mahu pertahankan juga.Astaghfirullahalazim.Buku ini - banyak menyentuh Perihal "Mentaliti" Umat Islam di Malaysia dalam Isu Politik.Saya amat cadangkan buku ini.Bagus.Saya sudah baca.Isinya sebenarnya tidak terhad kepada Politik semata - ada juga tentang Taubat etc.Dan buku ini,amat rare (susah dijumpai) - terutamanya di Bandar Kecil.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 5 Pilihan akan diedar kepada 5 Orang Penerima.Tapi,setiap Penerima akan mendapat SATU NASKHAH sahaja.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Sedang Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


20 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1. Buku ini akan dihadiah/diberi kepada Ibu saya. Jawapan kepada Persoalan anda adalah bagi saya seseorang yang ingin mengembalikan dirinya kepada Allah SWT dengan mendidik diri supaya menjadi seseorang yang istiqomah dalam semua perkara setelah insaf sepenuh hati. Kemudian, seseorang itu hendaklah terus berusaha supaya Allah kembali mengasihinya semula. Boleh hubungi saya di blog ( az-meeda.blogspot.com ) ataupun email ( gadisvskamoo@gmail.com ). TK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam WBT Saudari/Saudara/Tuan/Puan.

      Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.Terima kasih kerana sertai.Alhamdulillah - Segala Puji hanya Bagi Allah SWT,anda mendapat buku ini.Saya insya-Allah akan hubungi anda di email/blog dalam masa terdekat...

      Jika tidak dapat email saya ,Sila hubungi saya kembali di email sesegera mungkin di pospenamaya@gmail.com . di sana nanti saya akan tanyakan beberapa maklumat berkenaan delivery..

      Assalamualaikum.Semoga dimanfaat.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum... Saya berminat nak menyertainya. Saya berhajat untuk mendapat buku 3. Buku ini nanti insyaAllah saya akan hadiah kepada seorang teman yang bertanggungjawab memperkenalkan blog ini kepada saya.

    Pada pendapat saya, paling penting yang perlu dititik-beratkan seseorang yang baru memulakan langkah untuk 'merubah diri' ke arah kebaikan (kembali kepada Allah SWT)ialah dengan cara menuntut ilmu. Ini kerana, tanpa ilmu, kita hanya ibarat meraba. Jika kita insaf sekalipun tapi tanpa ilmu, apa yang mampu kita buat? Di ketika inilah kita memerlukan ilmu untuk menampung balik kekurangan yang lalu... Ibarat pepatah, ilmu penyuluh hidup.

    Saya boleh dihubungi di rozairiy@yahoo.com

    Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam WBT Saudari/Saudara/Tuan/Puan.

      Tuan baru pertama kali tiba di blog ni ke?ke dah lame?

      apa-apapun...

      Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.Terima kasih kerana sertai.Alhamdulillah - Segala Puji hanya Bagi Allah SWT,anda mendapat buku ini.Saya insya-Allah akan hubungi anda di email/blog dalam masa terdekat...

      Jika tidak dapat email saya ,Sila hubungi saya kembali di email sesegera mungkin di pospenamaya@gmail.com . di sana nanti saya akan tanyakan beberapa maklumat berkenaan delivery..

      Assalamualaikum.Semoga dimanfaat.

      Delete
    2. Alhamdulillah...terima kasih..
      Ini yang pertama kali saya melawat blog ini.. Saya belum mendapat emailnya, insyaAllah saya email kepada tuan sekarang..

      Delete
  3. Replies
    1. assalamualaikum.maaf .. penghantaran hanya dalam malaysia..

      Delete
  4. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 2.Buku ini akan dihadiahkan kepada sahabat saya.

    pada pendapat saya,perkara yg pling utma prlu dititkberatkan olh seseorng yg bru memulakan lngkh untk merubah diri ke arah kebaikan adlh tarbiyyah hati dan sokongn dripda orng skliling..bila hati sudh benar2 ikhls utk berubh krnaNya..inshaAllah..ilmu2 utk mndlami kbaikn itu jga mdh dperolehi..dgn sokongn orng dskeliling jga,sdh psti..akn mndorong seseorng utk trus brsmangat dlm mmbina personaliti yg lbih baik dlm erti kata lain kearah keredhaanNya..
    wallahu'alam..

    Boleh hubungi saya di sahabatistiqamah93@gmail.com

    syukran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam WBT Saudari/Saudara/Tuan/Puan.

      Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.Terima kasih kerana sertai.Alhamdulillah - Segala Puji hanya Bagi Allah SWT,anda mendapat buku ini.Saya insya-Allah akan hubungi anda di email/blog dalam masa terdekat...

      Jika tidak dapat email saya ,Sila hubungi saya kembali di email sesegera mungkin di pospenamaya@gmail.com . di sana nanti saya akan tanyakan beberapa maklumat berkenaan delivery..

      Assalamualaikum.Semoga dimanfaat.

      Delete
  5. KEPADA ANDA YANG LAIN - MASIH ADA 2 NASKHAH BUKU PERCUMA UNTUK DIEDAR! BUATLAH PILIHAN DARI MANA-MANA SATU BUKU YANG ANDA MAHUKAN DI ATAS SEKARANG! BOLEH JUGA HADIAH KEPADA FAMILY!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum saya berminat untuk menyertai. Saya mahukan buku nombor 2. Dan saya akan hadiahkan buku ini untuk diri saya sendiri. Maaf mungkin agak janggal kerana saya ingin menghadiahkan untuk diri saya sendiri
    Pada pendapat saya, buku ini amat sesuai untuk saya yang ingin menjadi hamba Allah yang beristiqamah dan saya amat memerlukan bahan ilmiah seperti ini untuk membimbing saya yang ingin memperbaiki kelemahan diri.
    Boleh menghubungi saya di Ezymazulfahmi@yahoo.com
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam WBT Saudari/Saudara/Tuan/Puan.

      sama sekali tidak janggal..

      Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.Terima kasih kerana sertai.Alhamdulillah - Segala Puji hanya Bagi Allah SWT,anda mendapat buku ini.Saya insya-Allah akan hubungi anda di email/blog dalam masa terdekat...

      Jika tidak dapat email saya ,Sila hubungi saya kembali di email sesegera mungkin di pospenamaya@gmail.com . di sana nanti saya akan tanyakan beberapa maklumat berkenaan delivery..

      Assalamualaikum.Semoga dimanfaat.

      Delete
  7. Assalamualaikum. Klu bkesempatan, Pilihan buku no 5. Utk pmbacaan sndiri. Utk persoalan yg dilontarkn, bg pndng Ana yg masih bljr erti prubhn, Ana tekankn FAHAM sbg stu element pnting dlm merubh diri. Tanpa kfahamn yg jelas knp perlu berubah, nescaya prubhn yg dilakukn x akn kekal. Bahkan mungkin akn kmbali ke lmbh kejahilan dgn lbih mudah. Ibarat merawat sesuatu pnyakit, skirany tidak mngetahui simptom2 pnykit dn jenisnya, mka preskripsi ubt yg diberi mungkin mnybbkn pnyakit brubh parah atau blh mmbwa maut. Wallahua'alam. Skdr pndng dhoif yg ingin dkongsi brsama dlm usaha mngislah diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam WBT Saudari/Saudara/Tuan/Puan.

      benar...faham itu sangat perlu..

      Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.Terima kasih kerana sertai.Alhamdulillah - Segala Puji hanya Bagi Allah SWT,anda mendapat buku ini.Saya insya-Allah akan hubungi anda di email/blog dalam masa terdekat...

      Jika tidak dapat email saya ,Sila hubungi saya kembali di email sesegera mungkin di pospenamaya@gmail.com . di sana nanti saya akan tanyakan beberapa maklumat berkenaan delivery..

      Assalamualaikum.Semoga dimanfaat.

      Delete
    2. eh jap..nak contact camne email takde?

      Delete
    3. saudara/saudari - tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com secepat mungkin. dan maklumkan yang anda ini 'anon last'.

      Delete
  8. Alhamdulillah. Ada rezeki dsitu. Syukran bukunya. Maaf Ana lupa sertakn email. Email ana: orangerange294@gmail.com errr...klu owner blog ni perasan ana pernah take part dlm contest free gift sblm ni.. Hopefully ana x ambik peluang org lain, coz mcm dh nk closed tp x de yg nk respon. B4 this pn ana slalu tgk je contest ni bg pluang kt yg lain tpi this time nk try once more bcoz nk sgt buku no 5 tu, dh lma mncri tp ssh sikit nk dpt. Errr klu nk block pnyrtaan ana, I'll be fine... Anyway thnks 4 sharing ur thoughts and ideas via this blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ea?tak ingat la..
      takpe .tak salah sertai lagi.memang salah satu matlamat projek2 yang dijalankan di pena maya untuk melahirkan individu2 muslim yang mengamalkan islam dengan ilmu,mengikut sunnah rasulullah saw... mengamalkan islam dengan kefahaman,bukan ikut-ikutan,jauh sekali emosi..

      apa-apapun,insya-Allah akan hubungi anda sepantas kilat.
      assalamualaikum.

      Delete
  9. Assalamualaikum.Saya berminat nk mnyertai sbb unik sangat , dapat buku ! yey ! ^.^ .saya kalau boleh nak buku no 4.mungkin sbb kulit buku tu menarik and plus sy mmg minat membaca,mengkaji dan mancari kebaikan dlm islam. sy taktau nk bg siapa tp kalau boleh sy nak share2 dengan ramai orang . sharing is caring :D . let us spread positivity :).jawapan sy bg soalan di atas : perkara yg plg penting utk mulakan langkah merubah diri ke arah kebaikan ialah ,menyesali dahulu keburukan yg ada dlm diri kita . contoh paling ringan ialah cara pemakaian kita . kalau kita orang yg tidak menutup aurat dengan sempurna ,apa salahnya kita mula menutupinya . sbb yang penting ialah kita berusaha utk menutup fitnah . yang kedua , ubah personaliti spt suka mngumpat .Lidah kita umpama pedang yang sangat tajam,serta boleh benghumban kita ke neraka.Allahurabbi :(.kadang2 kita tak sedar yang kita juga banyak salahnya . kita cuma tahu menghakimi orang , takde pun rasa nk menegur dengan cara penuh hikmah seperti yang dianjur oleh nabi muhammad s.a.w . lastly, bila kita mula nak berubah , JANGAN SEKALI KALI ANGGAP KITA NI BAIK,ORANG LAIN TAK BAIK.takut2 riyak pula.anggap saja lah orang lain masih jahil , sedangkan kita melakukan kejahatn dalam keadaan kita sedar.itulah sebaik baik cara . thats all . boleh hubungi saya di facebook search:sarahanako@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. alamak dah habis eh entry ni . tak perasan tarikh . beriya tulis td :P

    ReplyDelete