2.12.12

Kisah Saya : Yusouf,Pelajar Algeria.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebelum membaca Penulisan ini,saya jemput anda untuk menonton Video di bawah ini.

Semoga bermanfaat.


*** *** ***

Arab

Saya sedang mengedarkan Jadual Solat Disember 2012 kepada Pelajar Muslimin di Asrama tempat saya menginap - ketika Pelajar Algeria - Yusouf mengajak saya singgah di Biliknya.

"Amru!Enta Enta Enta Enta!Enta Enta?"

Dialog di atas ini sebenarnya diungkapkan di dalam Bahasa Arab.Tapi oleh kerana saya tidak pandai Bahasa Arab,saya hanya tuliskan 'Enta-Enta' sahaja-lah!

Untuk Pengetahuan anda,Yusouf ini merupakan Pelajar Baru di Asrama saya ini.

Beliau ini datang dari Algeria - bersama seorang lagi Pelajar Algeria lain - untuk menyambung Master di Tempat saya belajar ini.

Dalam Tempoh Dua Bulan Beliau berada di sini,saya boleh dikatakan agak rapat dengan mereka berdua ini.

Mereka memanggil saya dengan nama 'Amru'.Mungkin kerana 'Umar' dan 'Amru' mempunyai ejaan yang sama dalam Bahasa Arab,mungkin?

Saya tidak pasti.Tapi ada juga kala masa di mana mereka memanggil saya dengan nama Umar.

Bahasa Arab merupakan Bahasa Rasmi mereka.

Saya sering berbual dengan mereka berdua ini - terutamanya ketika sedang memasak di Dapur.

Ya,Para Pelajar Asing di sini - berkongsi Dapur yang sama.

Di setiap Tingkat,ada sebuah Bilik Memasak disediakan.

Di situlah saya sering berkomunikasi dengan Pelajar Negara Lain.Ketika memasak.

Yusouf dan Sahabatnya yang seorang lagi ini - boleh dikatakan sudah agak berusia.27-30 Tahun rasanya.

Tentu anda tertanya-tanya - apakah nama Sahabatnya yang seorang lagi ini?

Jujur cakap - saya tidak ingat.

Beliau ada memberitahu namanya sekali dahulu.Tapi oleh kerana Beliau ini mengingati nama saya sejak Pertama Kali diberitahu saya dahulu,saya menjadi malu untuk bertanyakan namanya semula.

Itulah antara kelemahan diri ini.Sukar memberi tumpuan pada perkara-perkara sebegitu.

Yalah,kadang-kadang,ada orang agak sensitif jika kita tidak mengingati namanya.

Jadi,seringkali di dalam Perbualan,saya hanya memanggilnya dengan istilah 'Brat' - yang bermaksud 'Brother,Akhi'.

*** *** ***

Bahasa

Oleh kerana Yusouf dan Sahabatnya ini Pelajar Baru - boleh dikatakan - mereka ini langsung tidak mengetahui Bahasa Russia.

Bahasa Inggeris pula bagaimana?Juga sama.Tidak diketahui mereka kecuali sedikit.

Mereka hanya mengetahui Bahasa Arab dan juga Bahasa Perancis.

Kenapa?

Kerana Algeria merupakan Negara yang pernah dijajah oleh Perancis.

Banyak perkara menarik tentang Algeria ini baru diketahui saya.

Antaranya - Algeria merupakan Negara yang kesepuluh terbesar di Dunia.

Angkatan Tentera Algeria pula - merupakan Angkatan Tentera yang Kedua Terbesar di Benua Afrika.

Menarik.

Selain itu - 99.99 Peratus dari Populasi Algeria merupakan Muslim.

*** *** ***

Ilmu

Walaupun sudah bekerja sebagai Jurutera di Algeria sebelum ini,kedua-dua Yusouf dan Sahabatnya ini - merupakan seorang yang agak berilmu di dalam 'Agama' juga.

Kiranya,kesedaran mereka tentang Islam agak tinggi.

Teringat perbualan saya dengan Yusouf ketika memasak sekitar minggu lepas.

Topik yang dibualkan kami?

Palestin dan juga 'Kisah Generasi Salaf (Para Sahabat)'.

Menarik.

Walaupun berbual dengan menggunakan Bahasa yang bercampur-campur - malah sesekali menggunakan Bahasa Isyarat,mesej dalam Perbualan kami Alhamdulillah tetap sampai.

Jika dibandingkan dengan kita yang berada di Malaysia,ternyata - Sistem kita agak tidak seimbang.

Sistem Pendidikan kita hanya melahirkan orang yang hanya 'menghafal' Ilmunya - bukannya memahami.

Teringat saya Perbualan saya dengan Azam,seorang Pelajar Muslim dari Tajikistan yang bertanyakan kepada saya "Kenapa ada yang tidak 'membaca' (bersolat)?".

Soalan ini ditanyakan kepada saya selepas mendapati ada dalam Kalangan kami Pelajar Malaysia yang tidak Bersolat Jemaah di Surau.

Apa yang hendak ditekankan di sini adalah - kefahaman dan kesedaran kita terhadap Islam dan dalam menjadi seorang Muslim - hakikatnya masih lagi rendah dibandingkan dengan mereka-mereka ini.

Selain itu,Pertanyaan Azam ini membuktikan keseriusan mereka-mereka Muslimin Eropah ini - dalam mengamalkan Islam.

Jika direnung,banyak lagi perlu diperbaiki oleh kita di Malaysia.

Tanggungjawab kita - khususnya mereka yang bergelar Pendakwah - adalah tinggi.

Sangat tinggi.

*** *** ***

Bilik

Berbalik kepada kisah saya melawat Yusouf tadi.

Ketika mengedarkan Jadual Solat kepadanya,Beliau menjemput saya masuk ke Biliknya.

Saya pada mulanya keberatan - oleh kerana saya ada perkara lain untuk dilakukan.

Tapi oleh kerana Beliau mengajak dengan bersungguh-sungguh,saya bersetuju untuk mengelakkan Beliau berkecil hati.

Walaupun sebentar keberadaan saya di sana,banyak Pengajaran yang didapati saya.

Benar kata orang - pentingnya Sahabat yang baik dalam beramal.

In a Hadith,Rasulullah (SAW) said: “The example of a good companion and a bad companion is like that of the seller of musk, and the one who blows the blacksmith’s bellows. So as for the seller of musk then either he will grant you some, or you buy some from him, or at least you enjoy a pleasant smell from him. As for the one who blows the blacksmith’s bellows then either he will burn your clothes or you will get an offensive smell from him.” [Bukhari And Muslim]

Walaupun Perbualan kami kerap kali terbatas kerana Faktor Bahasa - tapi hati saya merasa gembira berbual dengan mereka berdua ini.

Kebanyakan waktu - Yusouf menggunakan Bahasa Arab jika gagal menerangkan sesuatu kepada saya - dan saya - hanya menggeleng tanda tidak faham.

Kelakar jika difikirkan.

Alhamdulillah kerana Sahabatnya yang seorang lagi itu - agak cepat menangkap Bahasa Russia.Jadi,sedikit sebanyak Perbualan kami berjalan lancar.

*** *** ***

Adab Dengan Jiran/Tetamu

Perkara terpenting yang 'diajarkan' Yusouf dan Sahabatnya (secara tidak langsung) ketika lawatan saya ke bilik mereka semalam adalah : Adab dengan Jiran/Tetamu.

Mereka tidak menerangkan perkara ini secara 'lisan'.

Tapi mereka mengajarkan perkara ini dengan 'perbuatan'.

Benar kata orang - Dakwah yang pantas menyentuh hati seseorang adalah bila kita sendiri menunjukkan peribadi/contoh yang baik kepada orang lain.

Banyak Hadis yang pernah dibaca saya (berkaitan menjaga hati Jiran/Tetamu) - diamalkan mereka ketika melayan saya sebagai Tetamu semalam.

Hurm.Termenung saya seketika memikirkan kelemahan diri.

*** *** ***

Kadangkala

Sedih diri ini kadangkala - bila memandang kepada Negara Tercinta kita,Malaysia - di mana - kadangkala - ada sesetengah orang - kata-kata mereka itu - seolah-olahnya mahu menggambarkan yang Islam itu hanya milik 'Melayu'.

Jika anda perhatikan Fakta Taburan Penduduk Islam di Seluruh Dunia,tentu anda tidak terdetik untuk berkata sedemikian.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" [Al-Hujuraat : 13]

Islam ini hakikatnya adalah Agama untuk semua manusia - bukannya 'Melayu' sahaja.

Bahkan,mengikut pemerhatian saya sepanjang mengembara/berkenalan dengan Pelbagai Jenis Muslimin di Seluruh Dunia - Muslimin Bangsa-Bangsa lain ini - kadangkala kefahaman mereka terhadap Islam - 1000 kali lebih baik dari kita yang berada di Malaysia.

Membuat diri terfikir - "Kebangkitan Islam itu pasti berlaku.Dan ianya akan melibatkan Muslimin dari Pelbagai Kaum.Yang pasti,hanya yang benar-benar beriman dengan sebenar-benar kefahaman akan menyumbang kepada kebangkitan.Persoalannya - apakah kita ada di dalam 'Potret Kebangkitan' itu nanti?".

Menarik untuk direnungkan kita semua.

*** *** ***

Itu Sahaja

Itu sahaja rasanya untuk kali ini.

Saya menulis ini untuk sedikit sebanyak berkongsi dengan Anda-Anda di Malaysia - pengalaman saya berada di Perantauan.Agar sedikit sebanyak juga - membuka minda kita dalam menilai manusia lain.

Jangan kita terlalu 'Taksub' dengan 'Puak' kita semata.Luaskan pandangan,bukakan minda.

Maaf andai Penulisan kali ini sukar difahami.

Ditulis sepintas lalu.Semakan juga tidak dilakukan.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


8 comments:

  1. Mohon penamaya tampilkan gambar yusouf dan rakannya agar pembaca di Malaysia juga dapat mengenali yusouf dengan lebih mendalam.

    ReplyDelete
  2. Amru itu nama manja/santai bagi Umar dalam bahasa Arab.

    Islam itu untuk semua. Cuma yang perihal Melayu di negara kita tu timbul kerana pada zaman dahulu, saat para pedagang Arab Muslim menyebarkan dagangannya di serata dunia, mereka mendapati tiada bangsa lain di dunia yang mengambil/mengamalkan Islam sepertimana bangsa Melayu; yang mana adat mereka begitu banyak sekali persamaan dengan ajaran Islam. Seolah-olah, Islam itu sudah jadi sebahagian dari Melayu meskipun sebelum kedatangan Islam. Bahkan lebih-lebih lagi saat Melayu memeluk Islam.

    Dan sayang, susah kita nak tengok Melayu yang mengamalkan Islam kini, sepertimana yang dikenali oleh pedagang-pedagang Arab terdahulu.
    Selamat beramal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.terima kasih saudara atas perkongsian.rasanya ini kali pertama tiba di blog ini kan?selamat datang.salam perkenalan.

      Delete
    2. tak. saya dah bertahun follow blog saudara. cuma saya pakai nama lain(sas) dan gambar lain sebelum ni. dan saya dah lama tak tinggalkan jejak di blog ni.

      Delete
  3. Salam. Terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  4. "Kebangkitan Islam itu pasti berlaku.Dan ianya akan melibatkan Muslimin dari Pelbagai Kaum.Yang pasti,hanya yang benar-benar beriman dengan sebenar-benar kefahaman akan menyumbang kepada kebangkitan.Persoalannya - apakah kita ada di dalam 'Potret Kebangkitan' itu nanti?".

    Menarik untuk direnungkan kita semua.

    Setuju.

    By the way. 2, 3 bulan ni saya sedar saya mengalami kemerosotan akhlak dengan begitu ketara. Tapi insya-Allah, mulai hari ini saya berazam nak perbaiki semula akhlak yang telah punah ini. Ke arah kebaikan, insya-Allah. Maka dengan itu, salam perkenalan buat kedua kalinya, yaa Zaakir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam hafidz..
      terima kasih atas pendapat.
      by the way,tak mengapa.jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT.banyakkan bersyukur kerana masih lagi dibuka pintu hati untuk merasa kesal atas kesilapan.bersyukur kerana masih ada rasa 'kesal' dalam diri.

      ada orang,sampai tak rasa kesal pon bila buat dosa.bersyukurlah kerana Allah masih membuka pintu hati untuk kembali pada-Nya.jangan berputus asa.banyakkan istighfar.

      assalamualaikum .salam perkenalan juga.haha

      Delete