29.12.12

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi November-Disember 2012).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah - kembali lagi kita di dalam Projek ini.Oleh kerana Projek Bulanan ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Para Pembaca - sesiapa di antara Anda yang mahu menyumbang - hubungi pospenamaya@gmail.com.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. [21 : 1]

Terlalu banyak kebodohan dan kejahilan yang berleluasa dalam Masyarakat kita pada hari ini.Hanya ada satu Solusi bagi segala masalah ini - Islam.Anda hanya mampu terselamat dari segala fitnah ini jika berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah,dengan kefahaman seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Para Sahabat RA.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


11 comments:

  1. Assalammualaikum..

    Saya berminat untuk dapatkan Al-Quran terjemahan ini, untuk diri saya. Sebenarnya, saya dah lama ingin memiliki Al-Quran terjemahan tapi kekurangan duit untuk memilikinya. Saya berharap sangat dapat memiliki Al-Quran terjemahan ini untuk lebih memahami makna ayat Al-Quran.

    Hubungi saya di : nursyazwinanasarudin@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.Alhamdulillah anda mendapat quran ini.. saya akan hubungi anda sedikit sahaja masa lagi.kalau masih belum dapat email saya,hubungi pospenamaya@gmail.com secepat mgkin..

      Delete
  2. assalamualaikum, saya inginkan dan berminat untuk maendapatkan terjemahan al quran ini. dah lama saya ingin memiliki terjemahan al quran, tapi disebabkan saya masih bersekolah, saya tak dapat kumpulkan duit saku sendiri atas sebab tertentu.. saya seorang islam, dan saya ingin mendalami agama saya sendiri :') harap anda dapat membantu saya . terima kasih kerana membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.Alhamdulillah anda mendapat quran ini.. saya akan hubungi anda sedikit sahaja masa lagi.kalau masih belum dapat respon saya,hubungi pospenamaya@gmail.com secepat mgkin..

      Delete
    2. assalamualaikum saudari/saudara.. bagaimana saya boleh hubungi anda ye?anda tak letakkan komen.. saya tak dapat hubungi anda .. kalau anda baca ni,tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ...

      Delete
  3. Assalamualaikum,,Saya berminat untuk memiliki Al-Quran terjemahan ini untuk diri saya.Saya juga berharap dapat memilikinya agar saya dapat membaca Al-Quran berserta terjemahannya dimana-mana sahaja termasuk ketika saya berada diasrama .

    Hubungi saya di twitter https://twitter.com/mieyzaisnin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.Alhamdulillah anda mendapat quran ini.. saya akan hubungi anda sedikit sahaja masa lagi.kalau masih belum dapat respon saya,hubungi pospenamaya@gmail.com secepat mgkin..

      Delete
  4. Assalamualaikum,saya benar-benar memerlukan Al-Quran terjemahan ini untuk memahaminya dengan lebih mendalam.Selama ni saya mempunyai satu al-Quran terjemahan Bahasa Indonesia yangg dihadiahkan oleh kakak,ke mana sahaja saya pergi saya akan membawanya bersama.Namun begitu pemahamannya kurang mendalam kerana saya tidak dapat memahami Bahasa Indonesia sepenuhnya.Saya juga pernah mendengar bahawa siapa yang membaca bacaan Al-Quran yang disertai kefahaman,akan lebih mudah menangis dan pasti akan didoakan oleh para malaikat sepanjang membacanya,InshaAllah kerana saya pernah membaca dalam kitab Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazalie,situasi orang yang membaca al-Quran ini ada dua,di mana didoakan atau dicela oleh para malaikat,MashaAllah.Minta semoga dijauhkan.Semoga Allah murahkan rezeki saya untuk dapat terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu ini pula kerana saya seorang pelajar dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli terjemahan Al-Quran berbahasa Melayu.Saya boleh dihubungi melalui emel shahriz_erma@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.Alhamdulillah anda mendapat quran ini.. saya akan hubungi anda sedikit sahaja masa lagi.kalau masih belum dapat respon saya,hubungi pospenamaya@gmail.com secepat mgkin..

      Delete
  5. salam..

    Seperti saudari wyna,saya juga mahu dapatkan Al-Quran terjemahan utk diri saya sendiri..sememangnya saya berhajat untuk membeli tafsir alquran,tapi masih belum ada rezeki lagi disebab masalah kewangan..setiap kali kelas agama,saya hanya meminjam kitab tafsir daripada sahabat saya..saya harap dengan memiliki kitab tafsir,dapat memberikn menfaat untuk saya dunia dan akhirat..in sha Allah

    hubungi saya :suhailawati_94@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.Alhamdulillah anda mendapat quran ini.. saya akan hubungi anda sedikit sahaja masa lagi.kalau masih belum dapat respon saya,hubungi pospenamaya@gmail.com secepat mgkin..

      Delete