8.12.12

Mari Saya Ingatkan Anda Dengan Satu Perkataan : 'Empathy'.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.


*** *** ***

Empathy

Jam 0338 di Moscow.

Saya akan cuba menulis seringkas mungkin sebelum tidur.

Fikir saya,hampir semua Rakyat Malaysia yang menggunakan Internet tahu tentang Pemergian Afdlin Shauki ke Gaza pada waktu ini.

Jujur cakap,saya mengikuti dengan penuh teliti Pemergiannya itu.

Gembira,terharu dan cemburu.

Anda yang berminat untuk mengikuti Pemergiannya - klik di sini.

Terlalu banyak Ibrah yang dapat diperolehi dari Peristiwa ini.

Kadangkala diri tersenyum,bertasbih sendirian apabila memikirkan betapa Allah SWT itu Maha Bijaksana.

Dia Memberikan Petunjuk dan Hidayah-Nya kepada mana-mana hamba yang disukai-Nya melalui pelbagai cara.

Tidak terjangkau akal kita untuk memikirkan perkara ini.

Harapannya,semoga lebih ramai Muslimin Tempatan sedar akan Isu ini,dan juga yang lebih penting - semoga Afdlin dan Anggota-Anggota Rombongannya ditetapkan hati-hati mereka untuk sentiasa Istiqamah di atas 'Jalan' ini.

Semoga Pemergian itu menjadi Titik Perubahan untuk mereka-mereka yang terlibat - agar dapat berhijrah daripada yang 'kurang baik' kepada 'lebih baik'.

Semoga Beliau dapat menyumbang sesuatu kepada Industri Filem Negara selepas ini - dalam membentuk Pemikiran Umat ke arah lebih baik.

Amin.

*** *** ***

Pemikiran

Salah seorang Ahli Rombongan yang terlibat dalam Misi ini ialah Bront Palarae - juga seorang Bintang Filem Terkenal.

Kelihatan beberapa gambarnya yang meminum Coke etc.

Dan pada Gambarnya itu dikomen,"Bla bla bla,bla bla bla,apa guna bla bla bla,Coke Yahudi".

Kepada Anda-Anda yang suka menulis sebegini,mari saya mengingatkan Anda kembali dengan satu perkataan yang mungkin telah lama anda lupakan - atau mungkin - tidak pernah anda dengarinya.

Perkataan itu adalah - 'Empathy' - yang bermaksud - 'Understanding and entering into another's feelings'.

Sukacita saya meng-quote kata-kata Tariq Ramadan dalam salah sebuah bukunya - 'To understand,is not to justify'.

Sebelum apa-apa,ingin saya menasihati Para Keyboard Warrior di luar sana - kadang-kadang,memang ringan jari kita menaip sesuatu menghentam orang di dalam Internet,tapi ketahuilah - tulisan kita itu kerapkali menyebabkan orang yang sedang berada dalam 'Proses Perubahan' - menjadi seolah 'berputus asa' untuk berubah.

Kita expect apa?Mereka-mereka yang baru 'berjinak-jinak' ini untuk terus menjadi 'Syeikh'?

Jangan cepat menghukum!

Mereka ini kebanyakannya adalah Artis.

Mereka baru berjinak-jinak dengan 'Perubahan'.

Dan kita kena ingat,'Perubahan' itu tidak boleh berlaku dalam sekelip mata.

Sepatutnya kita kena bantu mereka,beri sokongan pada mereka - kerana berani untuk pergi ke sana.

Bukannya menghentam,menghentam dan terus menghentam semata!

Siapa tahu,mungkin Pemergian mereka ini menjadi Titik Perubahan untuk mereka menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik selepas ini?

Fikir sebelum menulis.

Jangan disebabkan kata-kata kita,orang berputus asa dalam mengejar rahmat Allah.

Jangan disebabkan tulisan kita,orang membenci dirinya sendiri sehingga tidak mahu melakukan kebaikan lagi.

Jangan sesekali memperkecil usaha orang lain.

Masih tidak faham?

Sila Tonton Video ini.

Ini antara Video terbaik pernah ditonton saya - yang menunjukkan betapa pentingnya 'hikmah' dalam kita menyampaikan Islam.


Anda nilailah sendiri.

Sekali lagi diulang - bersikap 'empathy' - bukanlah bermaksud kita 'menjustifikasikan' perbuatan mereka itu.

Tetapi sebaliknya,kita cuba untuk 'memahami'.

Ingat,bukan senang untuk berubah.Kita kena faham - mereka ini 'siapa','datang dari latar apa' etc etc.

Bantulah mereka.

Sama juga dalam Kehidupan Seharian kita,bantulah orang yang ingin berubah.

*** *** ***

Kadang-Kadang

Kadangkala,mungkin akibat diri sudah 'baik',kita merasakan diri kita layak untuk menghukum orang lain.

Jangan begitu.

Lupakah kita Firman Allah SWT yang di bawah ini?

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Az-Zumar : 53]

Sedangkan Allah SWT Maha Menerima Taubat hamba-hamba-Nya,kita yang banyak dosa ini - jangan melebih-lebih dalam menghalang orang untuk kembali kepada-Nya!

Itu sahaja.

Harapannya anda faham apa yang saya cuba sampaikan.

Salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Mungkin apabila perkara sebegini pernah melanda diri sendiri,kita lebih mudah untuk 'memahaminya'.


4 comments:

  1. Again, terima kasih atas perkongsian, Zaakir. Semoga Allah sentiasa berkati hidup anda. Amin.

    Terharu benar-benar menonton video kedua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum hafidz.amin.semoga anda dan keluarga dirahmati-Nya dan diberi pengakhiran yang baik kelak.insya-Allah.amin.

      Delete
  2. again zakirr, perkongsian yang menjadikan saya tidak putus-putus untuk berfikir. anda berjaya menyentuh hati saya kali ini zakirr.

    ReplyDelete