15.12.12

Penulisan Seorang Insomniac : Siapakah Aku?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Penulisan ini ringkas sahaja.

Jam sudah 0400.Jadi tidak dapat tulis banyak sangat.

Saya baru sahaja kembali dari menziarah bilik seorang Teman.

Borak punya borak,terkeluarlah dari mulutnya menceritakan masalah peribadinya kepada saya.

Saya - hanya terdiam dan mendengar.

Balik ke bilik,membaca berita tentang Palestin dan Syria.

Masih bergolak.

Teringat Video ini.


Sedih saya.

Sangat sedih.

Sedih dengan diri sendiri.

Diri yang pada petang hari kerap melakukan dosa.

Diri yang pada siang hari sibuk mengejar dunia,mudah 'terbuta' mata.

Diri yang mudah terlupa.

Allah....ampunkanlah hamba-Mu ini.....

Selamat Malam.

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment