2.12.12

Persoalannya : Apakah Yang Kita Sebenarnya Perlukan?

Prenote : Baca Dalam Nada Melayu Indonesia.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum

benar
semua bisa berkata 'aku mahu buat itu'
dan semua juga bisa berkata 'aku mahu buat ini'

tapi 'ngapa 'ien
hanya segelintir yang mampu menjalankan
apa yang pernah diungkapkannya?

di manakah beza antara pengata
dengan pekerja?
atau soalan yang sepatut diaju
apakah ada beza di antara kedua itu?

tentu ada!
ada bezanya!
malah bezanya
besar sekali

apakah kalian fikir
mereka-mereka itu sama?

lain
sama sekali lain

diriku juga seperti mereka
cuma kadangkala
kemalasan membuat diri terjatuh ke sebelah sana
kadangkala kerajinan menaikkan 'ku ke sebelah sana

kesimpulannya apa?
perkara baik itu jangan sesekali kita tangguh
kerna tangguh itu membunuh

ya
membunuh!

kita tidak perlu mereka yang hanya pandai berkata
kerna dunia ini sudah dipenuhi
dipenuhi oleh mereka-mereka yang hanya tahu berkata
dunia ini sudah ribut
ribut dan kebisingan!

tapi sebaliknya kita dalam keperluan
mereka-mereka
pesantren-pesantren muda
yang membuat kerja
yang bisa mengubah dunia
kerana dunia ini sedang lengang
tidak disibuki oleh pekerja

ayuh teman
pegang pundakku
lantas kita mulakan langkah
kita bekerja!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment