31.12.12

Siri 'Attitude' I : Kita Yang Begitu Selesa.

Prenote I : Peringatan untuk yang mahu mengambil Peringatan.

Prenote II : Boleh baca Penulisan Kedua Siri ini di Link ini,dan Penulisan Ketiga Siri ini di Link ini.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

As Cliché As I Can Be

Saya membelek-belek Twitter,Tumblr dan sebagainya.

31 Disember 2012.

Manusia di sana-sini menulis Status Happy New Year.

Dan ada manusia - di sana-sini juga menulis 'Kita adakan Acara lain sebagai Alternatif'.

Dan ada juga manusia lain - di sana-sini - menulis 'Kita tidak boleh meraikannya bla bla bla'.

Dan kelompok Terakhir - Mereka-Mereka ini sibuk berazam.Tapi,kebiasaannya - yang paling sibuk menghebahkan Azam Mereka di Internet inilah yang paling kerap Gagal melaksanakan Azam mereka itu.

Perkara ini - semua yang saya catatkan di atas ini - berulang setiap tahun.

Setiap tahun,menjelang Tahun Baru!

(Atau apa-apa perkara yang menyaksikan Status Bermusim sebegini keluar).

Memang benar,ada di antara Perkara bermusim di atas ini - baik.Contoh : Seperti mengingatkan manusia bahawa kita tidak perlu meraikan New Year etc etc.

Tapi,jika dilihat dari sudut lain - kenapa perkara ini terjadi?Kenapa Umat Islam pada hari ini mudah benar terlupa?

Kenapa begitu sukar meninggalkan Perkara Jahil sebegini?

Terdesak sangatkah kita untuk meraikan Tahun Baru - sehingga perlu digantikan dengan Alternatif lain?

Jika difikirkan secara matang,Tahun Baru hanya sekadar sebuah lagi Tarikh Biasa.

Orang yang gagal pada 2012 - jika masih tidak mahu berubah pada Tahun 2013 - tetap akan stay dalam keadaan begitu.

Mungkin ada yang tidak bersetuju.Tapi biasalah - bak kata orang - 'Di mana-mana sahaja kita berada,pasti ada yang datang komen tidak bersetuju'.

Di dalam hadis yang sahih Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda (yang bermaksud) : Kamu pasti akan mengikut sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka memasuki lubang biawak sekalipun kamu pasti akan mengikutinya. Kami bertanya Ya Rasulullah, apakah engkau maksudkan Yahudi dan Nasrani? Sabda baginda, Siapakah lagi? [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Kelihatannya - Umat pada hari ini begitu sukar mengikis Cara Hidup Jahiliah pada diri.

Memang benar Hadis yang menyatakan kita (Umat Akhir Zaman - termasuk diri saya dan anda semua yang membaca) pada hari ini lemah kerana terlalu Cinta Dunia (baca sini).

Pernah saya baca,kata-kata lebih kurang berbunyi begini - "Selagi mana kita tidak meninggalkan Cara Hidup Jahil ini,selagi mana kita tidak menjadi Muslim sepenuhnya - dengan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW dari segi Pemikiran,Attitude,Ibadah etc - selagi itulah kita tidak boleh bangkit".

Alang-alang sudah menyentuh berkenaan Tahun Baru ini,saya mahu syorkan Dua Link untuk anda baca dan renung :

- Tentang Tahun Baru - Emran Ahmad

- Reasons Why We Should Not Celebrate

Suka saya memetik satu Quote dari Artikel yang anda boleh baca dari Link kedua di atas,

That attitude,dear brothers and sisters,is why he (Salahuddin Ayyubi) liberated Jerusalem and why we're still debating on whether or not it is acceptable to send “Happy New Year” messages.

Ya.

Attitude.Dan Pemikiran.

Sedih.Kadangkala kita ini terlalu sayang untuk mengubah Attitude 'Comfort Zone' ini.Seolahnya,tidak mahu berubah.

Itu belum lagi bercerita tentang Kegagalan kita memain Peranan Penting dalam Society - yang akan disentuh dalam Penulisan seterusnya.


*** *** ***

Bersambung

Muhasabahlah diri kita semua.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


1 comment:

  1. bila terlalu selesa. sebenarnya kita tak sedar kita sudah tidak mampu selesa. sungguh. fuhh.

    ReplyDelete