31.12.12

Siri 'Attitude' II : Antara Kita Dan Mereka (Generasi Salaf).

Prenote I : Mungkin ada yang beranggapan Penulisan ini Panjang.Tapi,bak kata Sesetengah Orang - "Kita kalau hendak maklumat yang banyak,perlu ada usaha untuk membaca".

Prenote II : Siri 'Attitude' I boleh dibaca di Link ini.Manakala Siri 'Attitude' III pula boleh dibaca di sini.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Antara Kita Dan Mereka (Generasi Sahabat)

Apabila ingin menceritakan tentang keindahan Masyarakat Islam yang sebenarnya,kita perlulah merujuk kepada Kehidupan Generasi Para Salaf - yang terdiri dari Para Sahabat.

Kenapa?

"Narrated Zahdam bin Mudrab : I heard Imran bin Husain saying, "The Prophet (SAW) said, 'The best people are those living in my generation, then those coming after them, and then those coming after (the second generation)" [Bukhari :: Book 3 :: Volume 48 :: Hadith 819]

Saya sebenarnya sedang dalam Proses Mengumpul Maklumat untuk menulis Buku Terbaru Pena Maya untuk Terbitan Awal Tahun 2013.

Jadi,buat masa ini - saya sedang membaca Kisah beberapa orang Para Sahabat (i.e Kisah Abu Bakar RA melawan Golongan yang Enggan Membayar Zakat selepas Kewafatan Rasulullah SAW).

Saya tidak tahu anda yang lain sedar atau tidak,tapi kadangkala seolah ada suatu misconception di dalam Masyarakat - di mana Abu Bakar RA seringkali digambarkan sebagai seorang yang terlalu lembut - dan seolahnya - kita juga perlu sentiasa 'lembut'.

Tapi jika anda membaca Riwayat Hidup Abu Bakar RA,anda akan menyaksikan bahawa ada masanya di mana Abu Bakar RA sangat tegas mempertahankan kebenaran,tegas menegakkan Islam.Dan tegas dalam tidak mengadakan Pembaharuan (Bidaah) dalam Agama ini.

Teringat saya sepotong Terjemahan Ayat Al-Quran yang berbunyi,

"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)..." [Al-Fath : 29]

Itulah sepatutnya yang perlu dicontohi kita!

Tegas dalam menyatakan kebenaran,tidak berdolak-dalik dalam berprinsip - dan dalam masa yang sama kita perlu bersikap lembut dengan orang-orang yang beriman.



*** *** ***

Dari Kaca Insta Saya

Seiring dengan Pembacaan saya beberapa hari ini,saya sempat mencoret beberapa Penulisan Ringkas di Instagram saya.

Di sini saya mahu kongsikan salah satu daripadanya.


Caption Gambar : "Para Sahabat bukanlah Generasi yang suka bertangguh dalam Urusan Dakwah mereka.

Mereka tiada Facebook,Tumblr,Twitter,Whatsapp untuk digunakan ketika menyeru manusia kepada Allah SWT.Tapi apakah Rentak Mereka perlahan?

Tidak sama sekali.

Kita,bagaimana?Dengan pelbagai Teknologi yang dikurnia,masih lagi kita lemah dalam langkah aksi.

Apakah kekuatan sebenar Para Sahabat?Iman dan keyakinan mereka.

Kekuatan hanya datang jika kita kuat berpegang dengan ‘tali’ Allah.Andai lemah pegangan,lemah jugalah langkah.

Malu.Malu dengan diri sendiri".

*** *** ***

Sekadar Disclaimer

Saya sebenarnya menulis di Pena Maya ini - tidak lain tidak bukan paling utama untuk menjadi Peringatan kepada diri sendiri - dan jika ada yang ingin membaca,harapannya Penulisan-Penulisan saya di sini menjadi Peringatan buat mereka juga.

Tidak sesekali saya menulis dengan niat menyatakan bahawa saya ini 'lagi bagus dari orang lain'.

Tidak.

Saya berdoa agar Allah SWT melindungi saya dari Pemikiran sebegitu.

Harap semua orang clear dengan perkara ini.

Yalah,kadangkala dalam Dunia Internet yang penuh Fitnah ini - ada sahaja buruk sangka yang manusia lemparkan pada kita.Walhal,realitinya berbeza.

Doakan saya dan keluarga.

*** *** ***

Perbandingan Kembali

Berbalik kepada Perbandingan antara kita dan Generasi Para Sahabat tadi.

Saya kadangkala merasa amat kecewa dengan diri saya.

Ya.

Dalam pelbagai kemudahan yang dikurnia Allah SWT kepada diri ini hari demi hari - kadangkala kelihatan seperti diri semakin leka.

Saya banyak kali mendengar,membaca dan malah saya sendiri berpendapat - bukanlah kita ini berada dalam satu Perjuangan - andai kita hanya 'berjuang' ketika kita 'mahu'.

Bukanlah kita ini 'berjuang',andai 'wang ringgit,masa dan tenaga' Peribadi kita - tidak sesekali kita korbankan.

Tidaklah kita ini seorang Pejuang - andai hanya sering 'play safe' dalam menyatakan kebenaran.

Beberapa perenggan di atas ini - saya tujukan kepada diri sendiri,dan juga mereka-mereka yang merasakan diri mereka itu seorang 'Pendakwah'.

Apabila Missionary Agama Lain membuat 'Seruan' mereka - kita marah.

Tapi,tanya diri - apa yang kita lakukan?

Sukacita saya ingin berkongsi sebuah Video - agar kita dapat renungi bersama :


Seperti yang dinyatakan dalam Video di atas - kelemahan Umat Islam di Malaysia pada hari ini,salah satunya berpunca akibat Kepincangan Institusi Masjid.

Itulah Realiti menyedihkan di Negara kita.

Semua benda hendak dipolitikkan.Sehingga Perihal Islam,Pendidikan dan Perkara Asas lain juga turut mahu dipolitikkan.


*** *** ***

Tanggungjawab Yang Dilupakan

Sebenarnya,punca Kejatuhan Umat Islam pada hari ini - tidak lain tidak bukan - berlaku kerana kita lupa Tanggungjawab kita di Muka Bumi ini.

Apakah Tanggungjawab yang dilupakan kita itu?

Tanggungjawab sebagai Khalifah dan hamba-Nya di Muka Bumi.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi..." [Al-Baqarah : 30]

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" [Adz-Dzaariyaat : 56]

Dua Terjemahan Ayat Al-Quran di atas - secara jelas menyatakan kepada kita Tujuan Penciptaan kita di Muka Bumi ini oleh Allah SWT.

Sebagai hamba,dan Khalifah.

Tapi,apakah kita telah menjalankan peranan kita?

*** *** ***

Banker To The Poor


Memang - saya sudah lama tidak menulis di sini.

Kerana pada waktu ini - saya sedang mengambil masa saya untuk lebih banyak membaca.

Salah satu buku yang sedang dibaca adalah Banker To The Poor.

Buku yang ditulis Muhammad Yunus ini menceritakan Sejarah Grameen Bank - yang ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan di Bangladesh.

Buku ini pada saya amat menarik.

Muhammad Yunus secara Peribadi menceritakan kepada Para Pembaca - betapa Teori dan Realiti kadangkala boleh menjadi Dua Perkara yang amat berbeza.

Buku ini men-detail-kan usaha Beliau memahami Realiti Kemiskinan yang melanda Masyarakat di Bangladesh.

Saya sukacita ingin memetik beberapa Quote dari Buku itu di sini.

- Why did the university course I taught not mirror the reality of her life?

- By attempting to equip the students with a bird's eye view,traditional universities had created an enormous distance between students and the reality of life.

- When you can hold the world in your palm and see it from a bird's eye view,you tend to become arrogant - you do not realize that when looking from such a great distance,everything becomes blurred,and that you end up imagining rather than really seeing things.

Banyak lagi Input menarik yang anda boleh dapati dari buku ini.

*** *** ***

Apa Kaitan Antara Buku Kisah Ekonomi Dengan Dakwah?

Pada saya,walaupun buku di atas ini menceritakan tentang Realiti Ekonomi di Bangladesh - tapi jika kita teliti - banyak Pengajaran yang boleh dimanfaatkan Para Pendakwah dalam Dakwah mereka.

Antaranya - Teori dan Realiti kadangkala tidak sama.

Sekadar 'Tahu Teori' semata tidak mencukupi.

Sekadar 'Bising di Facebook' sahaja kadangkala tidak menyelesaikan masalah.

Apa yang sepatutnya kita lakukan sebagai Pendakwah adalah Turun ke 'Padang'.

Turun ke 'Medan'.

Tapi kebanyakan dari kita - lupa perkara ini.

Dan sebaliknya,lebih selesa bermain Teori.

Akibatnya,Umat tidak 'bergerak'.

Tertanya diri,kalaulah Generasi Salaf bertindak seperti kita pada hari ini - yang hanya tahu 'berkata-kata',tapi tidak 'bekerja' - tentulah Islam tidak sampai ke Tanah Nusantara.

Bangkitlah.

Dan bekerjalah!

*** *** ***

Bersambung

Itu sahaja untuk kali ini.Nantikan Penulisan seterusnya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. assalamualaikum.maaf ada ralat : dalam penulisan di atas,ada typo.

    dalam terjemahan ayat al-quran surah al-fath : 29 di atas,terjemahan yang sepatutnya berbunyi,

    "Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)..." [Al-Fath : 29]

    harap maklum.

    ReplyDelete