31.12.12

Siri 'Attitude' III : 'Berita Besar' Yang Dilupakan.

Prenote : Boleh baca Penulisan Pertama Siri ini di Link ini,dan Penulisan Kedua Siri ini di Link ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

'Berita Besar' Yang Dilupakan

Kita sudah tiba di Penutup Siri ini.

Siri ini ditulis oleh saya dengan harapan agar kita (terutamanya diri saya) - mengubah Attitude kita.

Jika benar kita mahu Islam itu bangkit - kita perlu bermula dengan mengubah diri kita.

Mungkin kadangkala akibat terlalu terperangkap dalam 'Metod',kita-kita yang mahu 'berdakwah menyeru orang kepada Allah' - terlupa perkara paling utama yang perlu kita sampaikan.

Apakah perkara itu?

"Katakanlah (wahai Muhammad) : "Sesungguhnya aku hanyalah seorang rasul pemberi peringatan.Tidak ada sama sekali tuhan yang sebenar melainkan Allah yang Maha Esa,lagi yang kekuasaan-Nya mengatasi segala-galanya".

"Tuhan (Yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya ; Yang Maha Kuasa,lagi Yang sentiasa Mengampuni (dosa hamba-hamba-Nya)."

Katakanlah lagi : "Apa yang aku terangkan itu (tentang keesaan Allah dan kebenaran kerasulanku) adalah berita penting yang amat besar.

"Yang kamu berpaling daripadanya." [Sad : 65-68]

Dan memang benar.

Sememangnya 'Berita Besar' ini - sering kita lupakan.

*** *** ***

Punca

Salah satu Punca Utama kita gagal bangkit sehingga hari ini adalah kegagalan kita dalam memahami dengan sebenarnya Konsep Akidah/Tauhid dalam Islam.

Kita lebih suka bermain sentimen dalam memahami Islam,bukannya dengan sebenar-benar 'kefahaman'.

Tidak percaya?

Percayalah.

Jika tidak,masakan ada orang yang pergi ke Masjid,menghafal Quran - tapi masih lagi pergi berjumpa Bomoh,memakai 'Tangkal' - dan pelbagai lagi perkara Khurafat dan Syirik yang masih lagi berleluasa dalam Masyarakat.

Astaghfirullahalazim.

Sedarlah wahai Saudara-Saudaraku yang disayangi sekalian.

Carilah Ilmu!

Bacalah Al-Quran dan ikutilah Sunnah Rasulullah SAW berdasarkan kefahaman Para Sahabat.

Janganlah kita leka lagi.

Berubahlah.

Berubahlah sebelum datangnya 'Waktu' yang tidak ada gunanya lagi jika kita ingin berubah pada hari itu.

Itu sahaja Perkongsian Ringkas dari saya yang Naif ini.

Jika ada sebarang kesilapan,terkasar bahasa dalam Penulisan-Penulisan Siri 'Attitude' ini - harap anda betul,dan maafkan.

Saya hanya seorang manusia biasa.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. Assalamualaikum... Salam beramal jua

    ReplyDelete
  2. yupz. sungguh.bila asyik bertangguh. untuk berubah nanti2 kompem semua tak menjadi. semakin hanyut.

    Allah! moga Kau pelihara.

    ReplyDelete