14.12.12

Unsur 'Liberal' Yang Semakin Meningkat Dalam Filem Tempatan - Apa Tindakan Kita?

Prenote : Masalah Umat Islam hari ini tidak boleh diatasi dengan Emosi,jauh sekali Retorik.Sebaliknya apa yang perlu kita lakukan adalah Usaha.Dan Tawakal kepada-Nya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Tengah Malam

Penulisan ini dilakukan pada Jam 0214 Waktu Moscow.

Fikirnya mahu Update/Mencoret Perkara ini di Twitter sahaja,tapi bila difikirkan,saya ambil keputusan untuk tulis di Blog.

Kenapa?

Coretan di Twitter,walau sebagus mana isinya,akan hanyut ditelan Timeline beberapa Jam selepas itu.

Kiranya,kurang yang ambil perhatian.Kurang yang mengambil serius.

Sebaliknya,Penulisan di Blog,walau mungkin tiada orang membaca hari ini,esok lusa - Penulisan ini masih boleh dibaca oleh mereka yang mencari Perkara/Topik yang disentuh dalam Penulisan ini di Google etc.

Ringkasnya - Penulisan di Twitter berjangka hayat Pendek,Penulisan di Blog berjangka hayat Panjang.

Satu lagi sebab kenapa Blog masih lagi Relevan.

*** *** ***

IAD

Sebentar tadi,saya bersama seorang Sahabat surf Youtube.

Dijadikan cerita,kami terjumpa Trailer Beberapa Filem Tempatan.

Ringkasnya - apa yang saya dapat perhatikan,terdapat Peningkatan Kuantiti Unsur Liberal yang amat tinggi dalam kalangan Penggiat Filem Tempatan.

Dalam kata lain,semakin ramai Pihak yang ber-ideologikan 'Liberal' dalam kalangan Penggiat Seni.

Mungkin ada yang bertanya - Apakah 'Liberal' yang dimaksudkan saya?

Sila tonton Teaser Istanbul Aku Datang di Youtube - dan lihat di bahagian komennya juga.

Lihat dan nilai Pemikiran mereka yang berada di sana.

Orang-Orang Kita yang lebih 'Mat Saleh' dari 'Mat Saleh'.

Lemahnya Pegangan Jiwa,Krisis Identiti,Kecelaruan Jati Diri - antara masalah yang boleh dikupas dari Video itu.

Saya tidak salahkan mereka 100%.

Tapi,apa yang saya lihat - perkembangan ini amatlah tidak sihat.

Kenapa?

Media itu Medium yang Penting dalam Pembentukan Minda Marhaen.

No wonder Pemikiran dan Akhlak Orang Muda kita pada hari ini Rosak Teruk.

Kelihatannya kita secara Perlahan-Perlahan bergerak menuju Arah Negara Jiran Seberang Kita - yang Unsur Liberalnya jelas berleluasa dalam Industri Seni mereka.

Tapi,kita lupa - walaupun Unsur Liberal berleluasa di sana- Gerakan Dakwah mereka dalam menghasilkan Filem-Filem untuk counter-attack kembali Dakyah Liberal juga hebat.

Banyak Filem-Filem bermutu dalam menyedarkan Masyarakat telah dihasilkan antaranya - Sang Pencerah etc.

Kita di Malaysia bagaimana?

*** *** ***

Penerbitan

Itulah sebabnya saya berimpian kuat untuk memasuki Bidang Penerbitan Media di Malaysia satu hari nanti.Insya-Allah.

Cita-cita saya - menerbitkan Buku-Buku yang mampu membuat manusia berfikir dan akhirnya kembali kepada Allah SWT,dan juga menerbitkan Video-Video Dokumentari yang bertemakan Masyarakat Islam.

Perkara ini jika difikirkan - adalah AMAT PERLU untuk dilakukan memandangkan Kerosakan Teruk Pemikiran Masyarakat Muda kita sekarang.

Difikirkan lagi,memang benar,ada hikmah Afdlin Shauki pergi ke Gaza.Semoga Beliau ditetapkan hati dan diberi hidayah oleh Allah SWT untuk berubah menjadi lebih baik lagi.Semoga ini jadi Turning Point untuk dirinya.Amin.

Semoga perubahannya selepas ini akan mendorongnya untuk menghasilkan Filem yang lebih 'baik' - untuk memperbaiki kembali Pemikiran - dan yang paling penting 'Jiwa' - Masyarakat kita.

*** *** ***

Pada Akhirnya

Sebelum mengakhiri,saya tertarik untuk berkongsi satu Quote yang pernah saya dengar satu masa dahulu,

"Si Jahil giat dan ligat menyebarkan Ideologinya,kita yang mengaku mengetahui 'Kebenaran' ini - kenapa masih lemah dan longlai dalam langkah?Jangan marah Si Jahil,sebaliknya marahkan diri kita yang Pasif dalam bekerja".

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.


2 comments:

  1. Unsur liberal yg diterapkan dalam filem adalah daripada manusia yg mangaku bijak dan berilmu tetapi jahil dari segi agama, dan mengajak manusia untuk terus jahil agama bersama mereka. Teruskan pencarian ilmu sebagaimana ulamak terdahulu yg sangat cintakan semua cabang ilmu supaya lebih mendekati, mengenali dan mentaati Allah SWT hingga terhasil generasi gemilang yang hebat menakluki separuh dunia.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Memang karya-karya kita memerlukan pengisian yang dapat difikirkan dan memberi impak kepada para penonton...dah bosan dengan apa yang selalu ditunjukkan sekarang ni...semoga penggiat seni yang sedia ada sekarang ni mengubah cara mereka berfikir untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu..dan impian anda juga akan tercapai suatu hari nanti...insyaAllah...

    ReplyDelete