14.1.13

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Januari 2013).

Prenote : Untuk Edisi Kali Ini,Lima Naskhah Buku Penulisan Dr MAZA akan diedarkan.Jangan lepaskan Peluang ini!Satu Naskhah untuk Seorang Penerima!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Bertemu lagi kita (Alhamdulillah) dalam Sesi Giveaway kali ini.

Mari teruskan Pembacaan untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." [Sahih Muslim]

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,disebabkan ada lebihan Dana yang disumbangkan,insya-Allah 5 Buah Buku Islamik akan diedar secara Percuma kepada 5 Orang Pembaca.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

5 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,Jawab soalan ini - "Apa perkara paling penting yang perlu dititik-beratkan seseorang yang baru memulakan langkah untuk 'merubah diri' ke arah kebaikan (kembali kepada Allah SWT)?".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.JANGAN BERI ID FACEBOOK.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 3 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Lima Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Penawar Duka Pengubat Sengsara Oleh Dr. MAZA


Penerangan : Saya dengan izin Allah SWT telah memiliki buku ini dan dihadiahkan kepada Ibu saya.Sebuah buku yang amat bagus bagi Golongan Majoriti Masyarakat yang sedang 'berjinak-jinak' untuk kembali kepada-Nya.Amat bagus jika mahu hadiahkan kepada diri sendiri (yang benar-benar mahu berubah) - atau mungkin boleh hadiahkan kepada Orang Tersayang (yang halal untuk anda - seperti Ibu,Ayah,Keluarga - bukannya bagi kat Awek konon untuk nampak Islamik).

2) Mengemudi Bahtera Perubahan Minda (Siri Islam dan Masyarakat)


Penerangan : Secara jujurnya,Buku ini amat bagus untuk dibaca oleh Golongan Muda yang sedang ingin berubah.Dan secara jujurnya lagi,antara Para Ilmuan Tempatan yang Penulisan mereka (dengan izin Allah) berjaya menarik minat saya untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam pada satu masa dahulu adalah Dr. Asri ini.Jadi,saya ingin berkongsi buku ini dengan sesiapa yang sedang mencari 'Rentak Perubahan' dalam hidupnya.Semoga bermanfaat!

3)Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi,Menyingkap Realiti


Penerangan : Buku ini merupakan Buku Terbaru Tulisan Dr Asri.Saya belum lagi membaca buku ini buat masa ini kerana ianya diterbitkan ketika saya tidak berada di Malaysia.Tapi mengikut Review yang dibaca di Internet,buku ini penting untuk dibaca masyarakat - kerana ianya menjawab pelbagai Fitnah/Kekeliruan yang dilemparkan kepada Para Sahabat Rasulullah SAW.

4) Islam in Malaysia : Perceptions & Facts


Penerangan : Saya amat memahami yang mana bukan semua orang Islam di Malaysia - mahir/minat membaca dalam Bahasa Melayu.Untuk berlaku adil,saya juga masukkan buku ini dalam Senarai Giveaway kali ini.Buku ini sebenarnya merupakan Edisi Bahasa Inggeris bagi Buku Penulisan Dr. Asri dalam Bahasa Melayu bertajuk Menerajui Bahtera Perubahan Minda.Saya masih sedang cuba menghabiskan Pembacaan buku ini buat masa ini.Tapi jujur bicara,buku ini amat saya cadangkan untuk anda pilih,jika anda seorang Non-Muslim (atau even Muslim) yang sedang cuba memahami Islam - tapi keliru apabila melihat 'Islam Versi Adat' yang terdapat di Negara kita.Buku ini banyak memperbetulkan Persepsi yang salah terhadap Islam,insya-Allah.

5) Bicara Buat Pemimpin Dan Rakyat


Penerangan : Secara jujurnya - saya merasakan,cara orang Malaysia berpolitik (baca : rakyat Melayu Marhaen) amat tidak matang.Kita amat taksub dengan Pemimpin.Kadang-kadang benda yang sudah jelas salah,kita mahu pertahankan juga.Astaghfirullahalazim.Buku ini - banyak menyentuh Perihal "Mentaliti" Umat Islam di Malaysia dalam Isu Politik.Saya amat cadangkan buku ini.Bagus.Saya sudah baca.Isinya sebenarnya tidak terhad kepada Politik semata - ada juga tentang Taubat etc.Dan buku ini,amat rare (susah dijumpai) - terutamanya di Bandar Kecil.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 5 Pilihan akan diedar kepada 5 Orang Penerima.Tapi,setiap Penerima akan mendapat SATU NASKHAH sahaja.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Sedang Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


17 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya berminat dengan buku ketiga, buku terbaru dr maza. Fitnah terhadap sahabat Rasulullah. Buku ini untuk bacaan tambahan saya sekeluarga.

    Pada pandangan saya, kalau seseorang itu hendak berubah individu itu pertama sekali mesti kembali kepada Allah. Dengan kata lain, buat taubat nasuha. Ini bukti sebenar bahawa individu tersebut benar2 menyesal atas kesilapannya selama ini. Tapi, lain orang lain cara. Ada yang prefer untuk berubah dengan bantuan sahabat. Ada orang nak kena tunggu dia 'terjatuh' barulah nak berubah dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..

      Walaikumsalam WBT Saudari/Saudara/Tuan/Puan.

      Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.Terima kasih kerana sertai.Alhamdulillah - Segala Puji hanya Bagi Allah SWT,anda mendapat buku ini.Saya insya-Allah akan hubungi anda di email/blog dalam masa terdekat...

      Jika tidak dapat email saya ,Sila hubungi saya kembali di email sesegera mungkin di pospenamaya@gmail.com . di sana nanti saya akan tanyakan beberapa maklumat berkenaan delivery..

      Assalamualaikum.Semoga dimanfaat.

      Delete
  2. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiahkan kepada umi saya iaitu zawiah bt ramat kerana buku ini bg saya umi saya akan menfaatkan sepenuhnya.Jawapan kepada Persoalan anda adalah mengubah suasana persekitaran..ap yg dmaksudkan prsekitaran cubalah berbaik2 dgn rakan2 yg baik,bykkan hbs masa dtempat yg baik cth dmasjid,media yg baik cth dgr utube ust.azhar dan lain2...Boleh hubungi saya di email arifuddienayob@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam WBT Saudari/Saudara/Tuan/Puan.

      tahniah.niat yang baik ingin kongsi ilmu dengan family..

      Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.Terima kasih kerana sertai.Alhamdulillah - Segala Puji hanya Bagi Allah SWT,anda mendapat buku ini.Saya insya-Allah akan hubungi anda di email/blog dalam masa terdekat...

      Jika tidak dapat email saya ,Sila hubungi saya kembali di email sesegera mungkin di pospenamaya@gmail.com . di sana nanti saya akan tanyakan beberapa maklumat berkenaan delivery..

      Assalamualaikum.Semoga dimanfaat.

      Delete
  3. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 2.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada usrah saya.Jawapan kepada Persoalan anda adalah keperluan ilmu dan suasana yg supportive. Banyak dpt dilihat, ramai orang ingin berubah, termasuk diri sy sendiri, tetapi lama-lama bila 'nikmat hidayah' itu kian pudar, kita akan perlahan-lahan kembali kepada yg lama. Jadi menuntut ilmu secara berterusan sgtlah penting. Begitu juga dengan suasan yang supportive dimana perlu berkawan dengan orang2 yg soleh. Apatah lagi pada awal perubahan, mungkin kita terpaksa 'menukar' kawan terutamanya kawan-kawan yg banyak melalaikan kita. Bila sudah teguh, bolehlah kita kembali kepada mereka utk berdakwah kepada mereka pula. Insyaallah. Boleh hubungi saya di factus_89@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam WBT Saudari/Saudara/Tuan/Puan.

      tahniah.niat yang baik ingin kongsi ilmu dengan usrah..

      Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat.Terima kasih kerana sertai.Alhamdulillah - Segala Puji hanya Bagi Allah SWT,anda mendapat buku ini.Saya insya-Allah akan hubungi anda di email/blog dalam masa terdekat...

      Jika tidak dapat email saya ,Sila hubungi saya kembali di email sesegera mungkin di pospenamaya@gmail.com . di sana nanti saya akan tanyakan beberapa maklumat berkenaan delivery..

      Assalamualaikum.Semoga dimanfaat.

      Delete
  4. [Komen - PART 1]

    Assalaamu'alaikum Zaakir. Saya berminat untuk menyertai edisi bulan ini. Saya mahukan buku nombor......antara 2 & 3....... dok fikir-fikir, rasanya saya mohon 2 dahulu lah untuk bulan ini insya-Allah. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda. Jika berpeluang saya ingin menyertai lagi untuk bulan hadapan. Hekhek.

    Buku ini akan dibaca oleh saya sendiri yang berulangkali -alhamdulillah- berjaya kembali ke pangkal jalan tetapi kemudiannya berulangkali kembali ke dunia berhibur berlebihan sehingga diri mula terasa semakin jauh dari Allah s.w.t.

    Jawapan kepada persoalan di atas, jujurnya kalau saya nak jawab pun saya rasa macam buat malu sahaja kerana saya sendiri masih berada di dunia kelalaian. Jadi kan.... jika anda ada masa lapang, yaa Zaakir, boleh saya mintak nasihat dari anda? Saya rasa masalah utama saya adalah, bila saya kembali ke pangkal jalan, saya terus hilang kawan. Kerana.. saya memang sejak zaman belajar dahulu lagi berkawan dengan orang-orang yang tidak berapa mengambil agama secara serious. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, semakin lama mereka juga semakin berubah ke arah kebaikan. Dahulu mereka tidak bersolat, sekarang mereka sudah mula menjaga solat, alhamdulillah. Cumanya, mereka masih belum sampai ke tahap..... ke tahap..... erm... maksud saya... bila berkomunikasi dengan mereka di FB pun, main topic yang dibicarakan adalah masih berkenaan AJL, Anugerah Skrin, etc. Siapa menang, siapa tidak, Zizan tadi macamana gelagat dia, etc.

    Dan jujur, saya ni berperwatakan tidak berkarisma. Agak lembik. Bukan lembut. Lembik. Hehe. Jika saya berbicara itu dan ini mengajak kawan-kawan lebih mengenali Allah pun, tiada siapa nak dengar sangat cakap saya. Bila saya cuba mengajak mereka untuk memikirkan tentang Allah pun, malah mereka pula yang menasihati saya, "Jangan terlalu banyak sangat fikir tentang Allah. Nanti boleh jadi gila", katanya. "Alaaa. Aku tengok AJL tu pon salah ke? Diorang tu pon orang Islam jugak Apis. Apa ko nak kata diorang tu semua masuk neraka?" gitu.

    - Pengetahuan umum saya pon dalam kategori miskin, sangat miskin, jadi saya sentiasa tampak bodoh di mata orang, -itu- lagi menambahkan ketidakbolehpercayaan orang terhadap saya, rasanya.

    Jadi demi kebaikan diri, saya cuba untuk tidak terlalu hampiri kawan-kawan saya supaya tidak mendapat pengaruh buruk. Jika gagal untuk memberi pengaruh baik sekalipun, sekurang-kurangnya saya tidak mahu untuk mendapat pengaruh buruk dari mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam bro..

      Alhamdulillah anda masih ada rasa kesal di dalam diri..alhamdulillah..saya.xdpt balas panjang skrg.sebab skrg tgh exam.haha .tp akan balas bila balek rumah karang...

      Dan akan hubungi anda ikut email bila balek rumah ptg nnti juga.apa2pon tq mmbri perkongsian.

      Akan bls .

      Delete
    2. bro ,can check your mail.. wrote to you there.. ape2 nanti akan update kemudian..smoga berjaya.

      Delete
  5. [Komen - PART 2]

    Walaupun 1 tahun+ saya bertahan dalam keadaan sedemikian, tapi lama-lama bila terasa sepi sangat tu, saya cuba untuk berkompromi semula, mula pertimbangkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, dan nah. Lama-lama makin lalai dan makin melampau. Dan sekarang saya rasa saya dah jauh tersasar dari jalan yang lurus. Melayan lagu Nicki Minaj pun tidak terasa apa dah dengar kata-kata carutan dalam lagunya tu. Malah boleh pergi singalong lagi. Perkataan "Kembali ke pangkal jalan" pun sudah menjadi modal membuat jenaka di kalangan saya dan rakan-rakan. "Ko bila nak kembali ke pangkal jalan, Joe". "Heh, bukan ke haritu ko dah kembali ke pangkal jalan?" gitu. Dan kini malang sekali, saya buat semakan checklist ciri-ciri orang munaafiq, dan astaghfirullah, saya dapati saya complete memenuhi keempat-empat ciri itu.

    Dan kini dengan siriusnya saya dok cuba untuk kembali semula mencari pangkal jalan. Facebook pun sudah deactivate kejap demi kebaikan diri. - Masih meraba-raba mencari apa lagi yang saya perlu/patut buat.

    Jujurnya habit membaca Qur'an pun sudah semakin menjarang sekarang. Saya rasa itu kot kunci utama untuk kembali ke pangkal jalan. Jadi demi membunuh keliatan diri membuka Qur'an untuk dibaca, saya hapuskan dahulu punca kelalaian utama saya, Facebook. Dengan harapan, lepas ni saya boleh meluangkan masa yang banyak untuk kembali meng-habit-kan diri membaca Al-Qur'an. Baru 4 hari lepas je saya deactivate FB tu. Hekhek.

    Begitu kisah saya. Saya rasa mesti ada benda yang tak kena. Tu yang membuat saya pergi mari pergi mari sekejap baik sekejap tidak gitu. Kalau anda boleh tunjukkan tang mana silap saya tu, amat saya akan hargai, yaa Zaakir.

    Boleh hubungi saya di savalior@gmail.com

    Terima kasih ye :D Semoga Allah berkati usaha anda, berkati hidup anda & keluarga semua. Dan digolongkan dari kalangan solihin. Diberi husnul khatimah. Diberi naungan arasy di hari pembalasan kelak. Dan digolongkan dari kalangan penghuni Syurga yang tertinggi. Amin.

    Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro ,can check your mail.. wrote to you there.. ape2 nanti akan update kemudian..smoga berjaya.

      Delete
  6. KEPADA YANG LAIN - ADA SEBUAH LAGI NASKHAH BUKU UNTUK DIMILIKI!

    ReplyDelete
  7. Salam,

    saya berminat dengan buku - Islam in Malaysia : Perceptions & Facts. Ingin saya meluaskan lagi pengetahuan saya dengan keadaan di malaysia ini.. contohnya melayu bukan semestinya islam.. menarik nampaknya buku ini.

    munmansor@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt.saya sudah hantar email kepada anda.boleh respon .kalau masih belum dapat email ,sila email pospenamaya@gmail.com atau check kotak SPAM.

      KEPADA ANDA YANG LAIN - PENYERTAAN DITUTUP.

      Delete
  8. Salam Pena Maya. Nak minta tolong ni. Kalau tak silap saya haritu ada ternampak link untuk delete facebook kat blog Pena Maya ni. Kalau tak kisah, boleh tak bagi saya link untuk delete facebook tu? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.maaf terlambat. https://www.facebook.com/help/delete_account agak busy.

      Delete