31.1.13

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi Januari-Februari 2013).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah - kembali lagi kita di dalam Projek ini.Oleh kerana Projek Bulanan ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Para Pembaca - sesiapa di antara Anda yang mahu menyumbang - hubungi pospenamaya@gmail.com.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. [21 : 1]

Terlalu banyak kebodohan dan kejahilan yang berleluasa dalam Masyarakat kita pada hari ini.Hanya ada satu Solusi bagi segala masalah ini - Islam.Anda hanya mampu terselamat dari segala fitnah ini jika berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah,dengan kefahaman seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Para Sahabat RA.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


11 comments:

  1. Assa saylamualaikum, saya ingin memiliki terjemahan ini kerana untuk dihadiahn kepada seseorang yang telah mendorong saya dalam perubahan didalam diri saya ;) beliau banyak memberi saya semangat dalam perubahan ini, pihak pena boleh menghubungi saya di twitter @syuhadafluffy

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. alhamdulillah anda mendapat naskhah ini.. insya-Allah akan hubungi anda dalam masa terdekat. kalau masih belum dihubungi,hubungi saya di pospenamaya@gmail.com sesegera mungkin.. terima kasih.semoga diredhai.

      Delete
  2. assalamualaikum, saya di sini ingin mempunyai terjemahan ini kerana hendak lebih mendalami isi2 al-quran yang indah ini, sangat2 bersyukur kalau saya mempunyai terjemahan in. :) anda boleh menghubungi saya di twitter saya @nurhafizsalim ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. alhamdulillah anda mendapat naskhah ini.. insya-Allah akan hubungi anda dalam masa terdekat. kalau masih belum dihubungi,hubungi saya di pospenamaya@gmail.com sesegera mungkin.. terima kasih.semoga diredhai.

      Delete
  3. assalammualaikum, sy ingin mempunyai terjemahan al-quran ini kerana sy tiada terjemahan al-quran di rumah untuk sy belajar dan memahami setiap terjemahan ayat2 al-quran yg boleh dijadikan doa2 harian sy. pihak pena maya boleh menghubungi sy di email: sitirahmah1985@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. alhamdulillah anda mendapat naskhah ini.. insya-Allah akan hubungi anda dalam masa terdekat. kalau masih belum dihubungi,hubungi saya di pospenamaya@gmail.com sesegera mungkin.. terima kasih.semoga diredhai.

      Delete
  4. assalamualaikum w.b.t, saya di sini teringin sangat hendak terjemahan ini untuk anak2 saya, supaya dia dapat mendalami ilmu al-quran ini, boleh hubungi saya di syamirasalim@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. alhamdulillah anda mendapat naskhah ini.. insya-Allah akan hubungi anda dalam masa terdekat. kalau masih belum dihubungi,hubungi saya di pospenamaya@gmail.com sesegera mungkin.. terima kasih.semoga diredhai.

      Delete
  5. assalamualaikum. saya ingin mempunyai terjemahan alQuran ini kerana saya ingin menghadiahkannya kepada adik saya yang kini dalam usaha menghafal alQuran. saya ingin memberi kekuatan dan sokongan kepadanya dari sini. pihak pena maya boleh menghubungi saya di : cahayasyaf@yahoo.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. alhamdulillah anda mendapat naskhah ini.. insya-Allah akan hubungi anda dalam masa terdekat. kalau masih belum dihubungi,hubungi saya di pospenamaya@gmail.com sesegera mungkin.. terima kasih.semoga diredhai.

      Delete
  6. PENYERTAAN DITUTUP.BOLEH CUBA LAGI NEXT MONTH.MAHU MENYUMBANG DANA? pospenamaya@gmail.com

    ReplyDelete