8.1.13

Sedikit 'Petikan' Dari Buku Terbaru Pena Maya - Nantikan Kemunculannya.

"Michael Jackson – siapa yang tidak mengenali Pemilik nama ini.Seringkali digelar di Dada Media Massa sebagai ‘Raja Pop’ – Beliau sering menarik perhatian Masyarakat Dunia melalui beberapa ‘antic ’ dan kelakuan anehnya yang tersendiri.

Persoalannya – apakah Beliau benar-benar Aneh?

Saya berkesempatan menonton beberapa Siri Temuramah bersama Michael Jackson di Youtube baru-baru ini.

Michael Jackson sebelum kematiannya yang mengejut – mengikut rancangan asal – akan mengadakan Siri Jelajah Konsert Terakhir sebagai Penutup Karier Seninya.

Menjelang Tarikh Pertama Konsert diadakan – seluruh Dunia digemparkan dengan kematiannya.

Michael – yang sebelum kematiannya diselubungi pelbagai Tohmahan di dalam Media – dan dituduh dengan pelbagai ‘Gelaran Buruk Palsu’ – secara tiba-tiba – selepas kematiannya – diangkat sebagai ‘Hero’ oleh beberapa ‘Tabloid Dunia’.

Yang menjadi suatu Ironi adalah apabila didapati – ‘Tabloid-Tabloid’ ini jugalah yang bertanggungjawab menulis segala bentuk Fitnah kepada Michael Jackson sebelum kematiannya.

‘Tabloid-Tabloid’ yang sama.

Menarik bukan?

Itulah Media Massa – Penerbitan-Penerbitan Arus Perdana yang mengaku mereka membawakan berita kebenaran yang paling tulus kepada Masyarakat – walhal hakikat sebenar yang berlaku semua orang tahu.

Kebanyakan Media Massa di seluruh Dunia – seolahnya dikawal oleh suatu ‘Organisasi Yang Tidak Kelihatan’ – menyebarkan Dakyah Buruk dan Tuduhan kepada Orang Tertentu – untuk kepentingan Pihak-Pihak Lain Yang Tertentu.


Semua orang tahu perkara ini.

Tapi dalam masa yang sama ramai juga yang masih tidak menyedari perkara ini".

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian semua?

Maaf sudah lama tidak menulis.

Sedang berusaha untuk menulis E-Book Kelima Pena Maya - yang akan diterbitkan paling lewat Dua Bulan lagi.

Buku kali ini agak berbeza dengan buku-buku sebelumnya - sesuai dengan masa dan umur yang telah meningkat.

Ianya akan lebih memuatkan Persoalan Semasa,insya-Allah.

Tentu anda teruja bukan untuk menanti hasil yang bakal ditulis nanti?

Jika anda tidak teruja - tidak mengapa.

Tapi,saya memang teruja.

Dalam perkembangan lain - kalau ada Pihak yang berminat untuk menerbitkan secara rasmi Penulisan-Penulisan saya di Pena Maya - boleh hubungi pospenamaya@gmail.com.

Segala Hasil Keuntungan Penerbitan - 100% akan digunakan untuk membiayai Projek Edaran Al-Quran/Buku Islamik Percuma Pena Maya (dan juga Projek-Projek Kebajikan yang lain).

Sementara itu - atas kekangan dan had yang ada pada diri saya buat masa ini - saya akan terus menulis menggunakan Platform yang sedia ada di sini - dan di Internet ini.

Doakan Proses Penerbitan E-Book yang masih tidak berjudul ini agar dipermudah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. Tak sabar menunggu E-Book terbaru saudara..:)

    ReplyDelete
  2. Assalam ustaz. Mohon pertimbangan untuk memasukkan blog ana ke dalam blog list ustaz. Blog ana http://mybabah.blogspot.com. Wassalam.

    ReplyDelete