13.2.13

Another Snippet.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Apa khabar?

Harapnya sihat.

Dalam masa beberapa Minggu ini - insya-Allah suasana di Negara kita akan berubah.

Bagaimana untuk memastikan Pilihan kita dalam memilih itu bakal membawa kebaikan kepada semua?

Bergaullah dengan Masyarakat - untuk mendengar Realiti Kehidupan Mereka.

Kadangkala terlalu banyak berteori - menyebabkan kita lupa pada Realiti.

Sehingga akhirnya - tersilap kita dalam memberi sokongan.

Dalam Penulisan Ringkas ini - saya ingin Quote beberapa Ayat dari Buku Terbaru saya yang bakal diterbitkan dalam beberapa Tempoh lagi insya-Allah.

Semoga Bermanfaat!

*** *** ***

Snippet Bermula

Asap Shisha menyelebungi Suasana Tempat kami Minum.

Beberapa ketika di sana – Teman Serumah Ammar – yang sebelum ini saya kenali di Alam Maya semata – datang menemui saya di Kedai itu.

Engkaulah Umar?” – sapanya kepada saya.

Kami berborak dan berkenalan sekali lagi.

Ya,berkenalan di Alam Maya itu kadangkalanya tidak sama dengan berkenalan secara Realiti.

Kerana di Alam Maya ini – salah sangka sering berleluasa.Akibatnya,prejudis pantas mengambil tempat pada kebanyakan masa.

Jadi,nasihat saya kepada kita semua – jika ada krisis Alam Maya yang berlaku antara kita dan kenalan kita – usahlah berdebat secara online.

Berdepanlah dengan mereka.Berbincang.Duduk semeja.

Itu lebih baik.Kadangkala dengan hanya melihat muka secara Realiti boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Setuju?

*** *** ***

Itu Sahaja Snippet Kita

Macam best kan?

Insya-Allah.

Semoga Allah Redha.

Apa-apapun,semoga sentiasa teguh dalam Pencarian Kebenaran saya ucapkan kepada Anda Semua.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Snippet - A small piece of anything (especially a piece that has been snipped off).


No comments:

Post a Comment