16.2.13

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Februari 2013).

Prenote : Untuk Edisi Kali Ini,hanya Dua Naskhah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma.Jangan lepaskan Peluang ini!Satu Naskhah untuk Seorang Penerima!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Bertemu lagi kita (Alhamdulillah) dalam Sesi Giveaway kali ini.

Mari teruskan Pembacaan untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." [Sahih Muslim]

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,disebabkan kekurangan Dana yang disumbangkan,insya-Allah hanya Dua Buah Buku Islamik akan diedar secara Percuma kepada Dua Orang Pembaca.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

2 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,Jawab soalan ini - "Sebagai seorang Marhaen/Rakyat Biasa,apakah yang anda fikirkan boleh dilakukan Anda dalam menarik Non-Muslim di Malaysia kepada Islam?Berakhlak baik?Atau?Selain itu?Berikan pandangan".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.JANGAN BERI ID FACEBOOK.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 3 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Dua Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Penawar Duka Pengubat Sengsara Oleh Dr. MAZA


Penerangan : Saya dengan izin Allah SWT telah memiliki buku ini dan dihadiahkan kepada Ibu saya.Sebuah buku yang amat bagus bagi Golongan Majoriti Masyarakat yang sedang 'berjinak-jinak' untuk kembali kepada-Nya.Amat bagus jika mahu hadiahkan kepada diri sendiri (yang benar-benar mahu berubah) - atau mungkin boleh hadiahkan kepada Orang Tersayang (yang halal untuk anda - seperti Ibu,Ayah,Keluarga - bukannya bagi kat Awek konon untuk nampak Islamik).

2) Mengemudi Bahtera Perubahan Minda (Siri Islam dan Masyarakat)


Penerangan : Secara jujurnya,Buku ini amat bagus untuk dibaca oleh Golongan Muda yang sedang ingin berubah.Dan secara jujurnya lagi,antara Para Ilmuan Tempatan yang Penulisan mereka (dengan izin Allah) berjaya menarik minat saya untuk mengkaji Islam dengan lebih mendalam pada satu masa dahulu adalah Dr. Asri ini.Jadi,saya ingin berkongsi buku ini dengan sesiapa yang sedang mencari 'Rentak Perubahan' dalam hidupnya.Semoga bermanfaat!

3)Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi,Menyingkap Realiti


Penerangan : Buku ini merupakan Buku Terbaru Tulisan Dr Asri.Saya belum lagi membaca buku ini buat masa ini kerana ianya diterbitkan ketika saya tidak berada di Malaysia.Tapi mengikut Review yang dibaca di Internet,buku ini penting untuk dibaca masyarakat - kerana ianya menjawab pelbagai Fitnah/Kekeliruan yang dilemparkan kepada Para Sahabat Rasulullah SAW.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 2 Buku akan diedar kepada 2 Orang Penerima.Tapi,setiap Penerima akan mendapat SATU NASKHAH sahaja.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Sedang Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


5 comments:

  1. Assalamualaikum wtwt.
    Sejujurnya...saya sudah lama mencari untuk membeli mana mana buku yang ditulis oleh Dr Maza.
    Tawaran ini saya sifatkan seperti 'orang mengantuk di sorongkan bantal"...pun begitu, seandainya saya tidak berjaya untuk mendapatkan buku tersebut secara percuma...saya sedia membelinya...tapi dengan harga istimewa kerana saya akan buat re-view dan buat ulasan buku dalam akhbar MEDIA PERMATA-Brunei Press Sdn Bhd. InssyaAllah. saya boleh dihubungi menerusi e-mail norizan.rr@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.wah orang brunei ya.okay-okay.alhamdulillah anda mendapat bku ini .saya akan hubungi anda dalam msa terdekat melalui email.. kalau masih belum dapat email hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  2. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada adik saya.Jawapan kepada Persoalan anda adalah dengan mengamalkan nilai2 murni di dalam kehidupan seharian,mengambil berat,menjaga hati dan membantu jiran tetangga walaupun mereka non-Muslim.Dari segi masyarakat umum pula cukuplah dengan tidak memusuhi,bersangka baik dan memberi senyuman ketika berselisih dengan mereka.Boleh hubungi saya di casshern_243@yahoo.com.wassalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam ANON
      bagus.pendapat yang sangat baik..Alhamdulillah anda mendapat buku ini.insya-Allah anda akan dihubungi saya sedikit masa lagi.kalau masih belum dapat email boleh email saya di pospenamaya@gmail.com .

      Delete
  3. Kepada anda yang lain - Penyertaan telah ditutup.

    ReplyDelete