2.2.13

Lagi Sedutan Dari Buku Terbaru Terbitan Pena Maya (Berserta Gambar).

Prenote : Akan Datang.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Maaf jarang menulis.Sedang menulis buku.Insya-Allah jika tiada aral melintang paling lewat dalam Bulan ini boleh disiapkan.Itu pun saya tidak boleh janji.

Serius masa saya sekarang begitu singkat untuk menulis seperti dahulu.E-Mail pun banyak yang tidak berbalas.Maaf.

Apa-apapun,mahu berkongsi sedutan dari Buku terbaru ini nanti.

Selamat Membaca!

*** *** ***

Sedutan


Saya masih lagi muda ketika membuat keputusan untuk pergi ke Mesir pada Hujung Tahun 2009.Boleh dikatakan saya pada ketika itu sangat mentah – walaupun saya merasakan saya sudah mengenali dunia.

Dan boleh juga dikatakan yang saya pada ketika itu baru ‘berubah’ – walau pada hakikatnya – saya belum lagi ‘berubah’.

Adat Anak Muda – baru tahu sedikit – sudah merasakan diri tahu segalanya.

Begitu jugalah yang pernah melanda saya.

Kadangkala terlalu pantas bersifat ‘menghukum’ – walau diri masih terumbang-ambing.

Separuh Jiwa masih tergila ‘hedonisme’ – sedangkan separuh lagi memberontak mendambakan sesuatu yang mereka gelarkan sebagai ‘ketenangan’.

Tidak perlu saya ceritakan Kisah Perubahan itu dengan mendalam di sini – ianya tidak penting.

Apa yang pasti – saya mengambil keputusan untuk berkelana ke sana dengan satu tujuan – Tujuan yang amat penting – yang jika direnung kembali – memberi impak yang besar dalam kehidupan diri ini.

Dan Tujuan itu adalah – ‘mencari ketenangan’.

*** *** ***

Tamat Sedutan

Untuk pengetahuan anda semua,buku ini nanti bakal memuatkan kebanyakan Catatan saya sepanjang Perjalanan saya di beberapa tempat di seluruh Dunia.

Pada mulanya,saya mahu copy-paste sahaja Penulisan lama dan jadikannya buku.

Tapi untuk memberikan Buku ini nanti Nafas Segar - serta Penulisan yang lebih Matang - saya berkeputusan menulisnya semula.

Tidak mengapa - biar lambat - janji boleh dimanfaat lebih ramai manusia lain.

Orang kata - buku yang baik mesejnya - mempunyai Umur yang Panjang.

Sementara itu - jika masih belum baca Buku-Buku lama saya - boleh muat-turun dalam bentuk Digital di Link ini secara Percuma.

Bagi yang ada Twitter,boleh juga Follow @PenaMaya untuk ikuti Penulisan Ringkas saya di sana.

Itu sahaja.

Doakan urusan saya dipermudah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Mahu menyumbang Dana untuk Projek-Projek Edaran Al-Quran Percuma Pena Maya?Hubungi pospenamaya@gmail.com.


No comments:

Post a Comment