26.2.13

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Januari-Februari 2013).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah - kembali lagi kita di dalam Projek ini.Oleh kerana Projek Bulanan ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Para Pembaca - sesiapa di antara Anda yang mahu menyumbang - hubungi pospenamaya@gmail.com.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. [21 : 1]

Terlalu banyak kebodohan dan kejahilan yang berleluasa dalam Masyarakat kita pada hari ini.Hanya ada satu Solusi bagi segala masalah ini - Islam.Anda hanya mampu terselamat dari segala fitnah ini jika berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah,dengan kefahaman seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Para Sahabat RA.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


16 comments:

  1. nak, nak bagi kat mad'u. boleh x? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum akhi.. boleh,tapi penghantaran hanya dalam malaysia (kerana kekurangan dana).. jadi boleh hantarkan samada ke rumah enta di malaysia/rumah mad'u enta.. boleh hubungi ana di pospenamaya@gmail.com .. di sana nanti boleh berikan nama penerima nombor telefon penerima dan alamat penerima.. al-quran boleh diberi kepada mad'u semasa cuti summer.insya-Allah.

      Delete
  2. Assalamualaikum.. Jika saya diberi peluang untuk memiliki senaskah Al- Quran ini saya pasti akan mendalami segala ilmu Al-Quran sedalamnya kerana Al-Quran adalah sumber ilmu, panduan, peringatan dan segalanya untuk saya sebagai umat islam selain hadis nabi SAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.tahniah anda dpat naskhah al quran ini.smoga dimanfaat.skarang untuk bolehkan urusan delivery dilakukan - sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima.. nyatakan yang anda ini Anon 755..

      Delete
  3. assalaamualaikum ya akhi umar,ana ingin memiliki al-Quran terjemahan tersebut,moga lepas ini dpat memahami makna2 ayat al-Quran dgn lebih mendalam,dan moga Allah beri petunjuk kpd kita dan pelihara kita dlm rahmatNya insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam akhi..boleh2 ..boleh email nama penerima,nmbor tepon penerima dan alamat penerima.. pnghntrn dlm msia tau.. balik cuti summer boleh amek..

      Delete
  4. Assalamualaikum.. Sy berhajat agar kedua ibubapa saya dpat sama2 menikmati kalimah2 Allah dgn bukan sahaja tahu arabnya malah terjemahan melayunya.. InsyaAllah ini akan lebih membantu untuk lebih menikmati kesyumulan Islam..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.tahniah anda dpat naskhah al quran ini.smoga dimanfaat.skarang untuk bolehkan urusan delivery dilakukan - sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima.. nyatakan yang anda ini Anon 340 AM..

      Delete
  5. KEPADA ANDA YANG LAIN - ADA 2 NASKHAH LAGI! DAPATKAN SEGERA!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Sdr Umar Zakir. saya berminat utk mendapatkan senaskah Al-Quran terjemaahan didalam bahasa Melayu(Malaysia) kerana terjemaahan Al-Quran sy yang sy miliki sekarang merupakan bahasa melayu (indonesia) dan sy sukar memahami sesetengah maksud. harap sdr Umar dapat membantu saya bg trus memahami isi kandungan Al-Quran dengan lebih mudah. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.tahniah anda dpat naskhah al quran ini.smoga dimanfaat.skarang untuk bolehkan urusan delivery dilakukan - sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima.. ketiga2 maklumat ini wajib diberi untuk bolehkan delivery dilakukan.. nyatakan yang anda ini Anon 604 PM..

      Delete
  7. KEPADA ANDA YANG LAIN - ADA 1 NASKHAH LAGI! DAPATKAN SEGERA!

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum. saya berminat untuk mendapatkan alQuran ini untuk seorang lagi adik saya yang sedang dalam berusaha menghafaz 30 juzuk. pihak pospenamaya boleh menghubungi saya di syaf_azahari@yahoo.com. syukran :]

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.tahniah anda dpat naskhah al quran ini.smoga dimanfaat.skarang untuk bolehkan urusan delivery dilakukan - sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima.. ketiga2 maklumat ini wajib diberi untuk bolehkan delivery dilakukan.. nyatakan nama yang diguna anda untuk komen sekali dalam email tu nanti..

      Delete
  9. KEPADA ANDA YANG LAIN - PENYERTAAN DITUTUP! SESIAPA YANG GAGAL,BOLEH CUBA NEXT MONTH PULA! INSYA-ALLAH.

    ReplyDelete