24.2.13

Musafir Di Dunia - Peneman Dan Simbolifikasinya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Semalam saya berkesempatan berbual bersama dengan beberapa orang Pelajar Junior di sini.

Bertanya khabar,bergurau senda - perkara-perkara ini jika dilakukan ikhlas untuk merapatkan Persaudaraan antara kita sesama Muslim - dan dilakukan hanya kerana Allah SWT untuk mendapatkan keredhaan-Nya semata - ianya juga satu Ibadah.

Antara yang diperbualkan kami adalah tentang 'Apa yang dilakukan mereka ketika Musim Sejuk'.

Sebagai seorang Senior di Tempat saya belajar,adalah perlu untuk saya cuba membangkitkan kesedaran 'nilai Islam' dalam diri 'mereka-mereka' yang masih muda ini dalam setiap perbualan kami - walaupun perbualan itu hanya berkisar tentang 'bertanya khabar'.

Semua ini perlu - kerana berada di Luar Negara - di mana kurang Saudara Muslim yang boleh menasihati - seorang 'Senior' perlu menunjukkan contoh yang baik kepada Adik-Adik 'Junior' mereka.

Tapi sayang,kadangkala ada sesetengah 'Senior' gagal menunjukkan Contoh yang baik kepada mereka - malah - menggalakkan lagi mereka melakukan kemungkaran.

Nasihat untuk kita semua yang bergelar 'Senior' - tidak kira di mana sahaja anda berada di Seluruh Dunia - sebagai seorang yang lebih dewasa - tunjukkanlah Contoh yang baik.

Jika tidak mampu mencerah,jangan kita sesekali menghanyutkan orang yang sedang 'tercari-cari' ke dalam Lembah Kemaksiatan.

Berantai 'kesannya' nanti kepada Pelaburan Akhirat kita.

*** *** ***

Berlin

Ujar salah seorang Junior saya ketika menceritakan Pengalamannya ke Berlin - kehadiran mereka di sana diuruskan oleh seorang kenalan kepada salah seorang daripada mereka.

Alhamdulillah - segala puji bagi Allah SWT - hendak dijadikan cerita - 'Kenalan/Bro' yang membawa mereka di Berlin ini adalah seorang yang agak baik 'Peribadinya'.

Di Berlin - mereka dibawa menuju ke Pelbagai tempat meninjau Gaya Hidup Masyarakat Muslimin di sana.

Antara tempat yang dikunjungi mereka - Surau Komuniti Muslimin Indonesia,Kedai Makanan Halal etc etc.

Saya katakan kepada mereka,"Kan,dapat lihat tak betapa pentingnya kesan Sahabat Baik dalam Permusafiran kita?Cuba kalau orang yang tak elok bawak korang kat sana,mesti lepas ke 'Sex Shop' la ape la kan?Tu contoh la".

Ringkas kata-kata saya,disambuti anggukan kepala oleh mereka - tanda bersetuju.

*** *** ***

Kita Juga Hakikatnya Sedang Bermusafir

Dalam sebuah Hadis,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata : Rasullah SAW memegang bahuku lalu bersabda : "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan" [Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari]

Hadis ini ringkas sahaja - tapi jika difahami dengan 'mata hati' - masya-Allah,betapa mendalam maksudnya.

Benar.

Dunia ini sememangnya satu Persinggahan sahaja untuk kita.Persinggahan dalam Perjalanan menuju Akhirat.Dan oleh sebab itulah kenapa kita perlu menjalani kehidupan Dunia ini ibarat seorang Musafir/Pengembara semata.

Ambil mana yang menguntungkan.Tinggalkan mana yang merugikan Akhirat kita.

Dan,jika dikaitkan dengan Kisah Junior saya di atas,Perkelanaan kita di Dunia yang sementara ini juga memerlukan Sahabat yang baik.

Sahabat yang baik - adalah mereka yang bakal membawa keuntungan kepada kita di Akhirat kelak.

Sahabat yang buruk - berada bersama dengannya sahaja - pasti merugikan kita - dan tidak mustahil - mendorong kita melakukan sesuatu yang bakal mengheret kita ke Neraka.

Persoalannya,dengan siapakah kita bersahabat?

"...Katakanlah lagi: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata." [Az-Zumar : 15]

"...Say: "Truly, those in loss are those who lose their own souls and their People on the Day of Judgment: Ah! that is indeed the (real and) evident Loss!" [Az-Zumar : 15]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Perlu didekati,tapi jangan sampai mengorbani.


1 comment:

  1. assalamualaikum pena maya..saya suka baca entry2 blog awak. teruskan perjuangan :)

    ReplyDelete