5.2.13

Nota Jalanan Ke Yaroslavl,Russia - Bahagian I.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sudah lama tidak menulis - dan sudah yang ke berapa kalinya saya mengulangi ayat itu.

Dalam beberapa Tempoh ini,Para Pelajar di Russia sedang melalui Cuti Musim Sejuk.

Saya tidak ke Luar untuk Cuti Tahun ini.

Sekadar menghabiskan masa di Russia.

Tapi,tidak berjalan ke Luar Russia - bukanlah bermaksud saya tidak ke mana-mana.

Saya dengan izin Allah berkesempatan bermusafir ke beberapa bandar Kecil di Rantau Russia Tengah - dengan Misi Mencari 'Ilmu Jalanan' yang tiada di Malaysia kita.

Oleh kerana Catatan Perjalanan-Perjalanan ini ada saya coretkan secara langsung di Instagram saya,dalam Penulisan kali ini saya akan compile-kan Coretan saya ketika ke Yaroslavl,Russia.

Semoga bermanfaat!

*** *** ***

16 Januari 2013

Kebiasaannya - dalam Trip-Trip saya menuju Bandar-Bandar Kecil dalam Russia ini - saya lebih selesa untuk pergi dalam Kumpulan yang Kecil.

Bukannya apa,kalau pergi ramai-ramai - bukan semuanya mahu pergi dengan Tujuan yang sama seperti kita.

Jadi,Pemergian ke Yaroslavl hanya disertai saya dan seorang lagi Sahabat yang bernama Meor.

Di bawah ini saya sertakan beberapa Coretan saya di sana - berserta Gambarnya sekali.



Caption Asal Gambar : Menuju Bandar Kecil Yaroslavl.

Penerangan Tambahan : Kami menuju Yaroslavl dari Moscow menaiki Bas.Ini kerana kami tertinggal Train pada Pagi itu.Awal Perjalanan yang mencabar - tapi memberi Pengalaman berharga untuk diri kami.


Caption Asal Gambar : Memasak di atas Dapur Gas di Bandar Yaroslavl. #Alhamdulillah

Penerangan Tambahan : Kami menginap di Hostel Good Luck - di Tengah Pusat Bandar.


Caption Asal Gambar : Senja di Yaroslavl.Mencari Masjid.

Penerangan Tambahan : Sejujurnya,memang Tujuan Asal Kelana ke Yaroslavl ini adalah untuk mencari Masjid.Ini kerana,saya merasa kagum bagaimana boleh ada Masjid di Tengah Bandar Kecil yang dihuni Masyarakat Tradisi Russia.SubhanAllah.


Caption Asal Gambar : Sembilan Minit berjalan kaki dari Hostel,SubhanAllah! Kelihatan Masjid yang dicari. #Yaroslavl


Caption Asal Gambar : Pintu Masjid Yaroslavl,Russia.Singgah Solat dahulu. #jemput


Caption Asal Gambar : Tempat mengambil Air Sembahyang,Masjid Yaroslavl - atau 'Taharah' kata mereka.


Caption Asal Gambar : Papan Tanda Kedai Produk Halal,Masjid Yaroslavl.

Masjid-masjid di Rantau Russia ini kebanyakannya berjaya memainkan Peranan sebagai 'Pusat Hal Ehwal' Muslimin dengan begitu baik sekali.

Penerangan Tambahan : Bagaimana dengan Masjid-Masjid kita di Malaysia?Sudah berfungsi dengan sepenuhnya,atau belum? #Refleksi.


Caption Asal Gambar : Ruang Solat Utama,Masjid Yaroslavl.


Caption Asal Gambar : Tatkala Rakan-Rakannya di luar sana bergurau senda,Pemuda ini mengambil kesempatan lapangnya selepas Solat untuk membaca sedikit Kitab - sebagai peringatan buat dirinya.

Pemuda sebeginilah yang diperlukan Umat - Para Pemuda yang cintakan Masjid dan menghabiskan masanya untuk beribadah dan mencari Ilmu.

Golongan yang Tujuh itu.


Caption Asal Gambar : Tangga menuju Ruang Solat Wanita Masjid Yaroslavl.

*** *** ***

Itu Sahaja

Itu sahaja untuk kali ini.Akan bersambung dalam Siri seterusnya.Satu Siri - Sepuluh Gambar.

Bukannya apa - untuk memudahkan Pembacaan Mereka-Mereka yang Internetnya berkelajuan rendah.

Semoga bermanfaat.

Doakan saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan Urusan Penulisan Buku saya dipermudah.Insya-Allah Nota Jalanan Ke Yaroslavl ini akan dimuatkan juga dalam Buku itu nanti.Cuma perlu diolah semula Penulisannya.


3 comments:

  1. salam admin..
    muslim di Yaroslavl ini berfahaman apa? ada syiah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang pasti,masjid ini masjid sunnah.ya.di russia ini jelas beza antara muslim sebenar dengan syiah.

      Delete
    2. kalau masjid syiah,dalamannya juga berbeza.

      Delete