18.3.13

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Mac 2013).

Prenote : Untuk Edisi Kali Ini,hanya Dua Naskhah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma.Jangan lepaskan Peluang ini!Satu Naskhah untuk Seorang Penerima!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Saya sekarang sedang dalam hiatus dari kegiatan berblog.

Apa-apapun,bertemu lagi kita (Alhamdulillah) dalam Sesi Giveaway kali ini.

Mari teruskan Pembacaan untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." [Sahih Muslim]

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,disebabkan kekurangan Dana yang disumbangkan,insya-Allah hanya Dua Buah Buku Islamik akan diedar secara Percuma kepada Dua Orang Pembaca.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

2 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,Jawab soalan ini - "Sekarang ini ramai dari kalangan Umat Islam yang hanya sekadar 'Tahu',tapi tidak 'melaksana'.Dalam kata lain,banyak Umat Islam hari ini hanya suka 'sembang lebat' sahaja.Tapi masih lemah dalam amalan/aplikasi seharian.Apakah anda setuju dengan Pernyataan ini?Kenapa?".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.JANGAN BERI ID FACEBOOK.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 3 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Dua Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Penawar Duka Pengubat Sengsara Oleh Dr. MAZA


Penerangan : Saya dengan izin Allah SWT telah memiliki buku ini dan dihadiahkan kepada Ibu saya.Sebuah buku yang amat bagus bagi Golongan Majoriti Masyarakat yang sedang 'berjinak-jinak' untuk kembali kepada-Nya.Amat bagus jika mahu hadiahkan kepada diri sendiri (yang benar-benar mahu berubah) - atau mungkin boleh hadiahkan kepada Orang Tersayang (yang halal untuk anda - seperti Ibu,Ayah,Keluarga - bukannya bagi kat Awek konon untuk nampak Islamik).

2) Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari - Dr Zaharuddin Abd Rahman


Penerangan : Salah satu cara untuk kita mendapat Pengalaman orang yang mengembara - yang sudah semestinya mereka-mereka ini luas Pengalamannya - adalah dengan membaca Penulisan mereka.Diari Musafir ditulis Ustaz Zaharuddin (UZAR) bersempena Pengembaraannya ke Negara-Negara di Seluruh Dunia.Saya masih belum membacanya,tapi masa cuti tempoh hari - sempat belek di Kedai Buku - dan mendapati ianya buku yang bagus untuk dibaca Orang Muda.

3)Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi,Menyingkap Realiti


Penerangan : Buku ini merupakan Buku Terbaru Tulisan Dr Asri.Saya belum lagi membaca buku ini buat masa ini kerana ianya diterbitkan ketika saya tidak berada di Malaysia.Tapi mengikut Review yang dibaca di Internet,buku ini penting untuk dibaca masyarakat - kerana ianya menjawab pelbagai Fitnah/Kekeliruan yang dilemparkan kepada Para Sahabat Rasulullah SAW.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 2 Buku akan diedar kepada 2 Orang Penerima.Tapi,setiap Penerima akan mendapat SATU NASKHAH sahaja.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Sedang Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


7 comments:

  1. salam. saya berminat dengan buku no 2. "Jangan berhenti berlari".- "Sekarang ini ramai dari kalangan Umat Islam yang hanya sekadar 'Tahu',tapi tidak 'melaksana', dan ramai sembang lebat?. Menarik kenyataan tu.Aku nampak situasi orang yg "tahu" mereka yg ingin memberitahu sahaja pada orang ramai, lupa untuk diri sendiri untuk beramal.Budaya yg ada pada kita orang melayu adalah melepak.waktu tu semua bukak cerita,beritahu segala tapi pulang tanpa apa2 amal.Hanya dapat rasa "pandai" sekejap sahaja.(pernah terlibat.huhu) bahaya tu.iman kan bukan sahaja pengakuan dengan lidah sahaja, tpi diBUKTIKAN dgn amalan. Mungkin ini perkongsian tak seberapa dari aku. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam saudara akmal sabri.benar-benar. iman itu bukan sekadar kata-kata dan 'tahu' sahaja.sebaliknya ianya perlu disertai amal .. komen yang baik sekali.. saya rasa tidak perlu saya balas panjang.. jadi Alhamdulillah,tahniah anda berjaya dapat buku ini.sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penrima dan nombor telefon penerima.. semoga dimanfaatkan buku itu dan diredhai Allah.

      Delete
  2. assalamualaikum saudara pena maya, saya berminat untuk menyertai program ini & berhasrat untuk memiliki mana-mana dr buku yg saudara rasa sesuai dgn situasi sy yg akn sy terangkan selanjutnya (maaf kerana tdak memilih sendiri). buku ini akan sy hadiahkan kepada diri saya sendiri yg kini dlm perjalanan utk berubah.

    "..sekarang ini ramai dari kalangan Umat Islam yang hanya sekadar 'Tahu',tapi tidak 'melaksana'.Dalam kata lain,banyak Umat Islam hari ini hanya suka 'sembang lebat' sahaja.Tapi masih lemah dalam amalan/aplikasi seharian...".

    dewasa ini memang kita lihat situasi seperti ini sudah banyak berlaku, bahkan suatu ketika dlu, sy tidak sedar yg saya sebahagian daripada golongan org yg 'tahu' tetapi tidak melaksanakan ini. sehinggalah suatu hari sy disergah sendiri oleh Allah ketika menelaah ayat-ayat-Nya dgn ayat yg bermaksud:

    "..wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! [2] amat besar kebenciannya di sisi Allah (apabila) kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. [3].." QS 61:2-3

    dan dr situ saya mula sedar yg saya melangkah dgn langkah yg salah. saya cuba utk memuhasabah diri dengan mencari puncanya kenapa saya bersikap demikian. rupa-rupanya antara sebab adalah kerana adanya penyakit hati dlm diri ini. perasaan yg merasa diri ini lebih baik dari org lain yg sudah menjd sebhgian dr diri tnpa disedari. namun, sampai sekarang sy masih terus cuba mencari sebab lain bg masalah yg saya hadapi.

    sekadar perkongsian, kerana takut dgn kecaman dr Allah ini, sy mula byk mendiamkan diri dr berkongsi ilmu yg sy ada kerana takut sy tidak mampu utk mengamalkan apa yg sy sampaikan, bahkan shgga apabila disuruh utk melaungkan azan atau iqamat sy slalu menolak kerana sy sedar bhwa sy dari kalangan mereka yg kurang mengamalkan solat jemaah, jd tdk layaknya saya utk menyeru dn mengajak mereka mendirikan solat.

    namun, semakin lama, sy menyedari yg langkah saya ambil ini sebenar nya salah. ilmu yg sy ada semakin hari smkin hilang, bahkan ibadah sy semakin merundum. mgkn kerana dek leka dikelilingi oleh biah yg kurang baik ini tiada pendorong buat sy utk mengambil apa2 langkah utk memperbaiki diri.

    sehinggalah bru-bru ini sy menemui sbuah blog yg artikel nya byk membantu utk mendorong sy utk mengambil langkah utk berubah. menyedarkan sy yg instead of mnjadi mereka yg berhenti menyampaikan ilmu kerana tidak melaksanakannya, sy perlu menjadi mereka yg terus menyampaikan ilmu dgn cuba sedaya upaya utk menjadi hamba Allah yg dpt mempraktikkan ilmu itu. Alhmdulillah, utk pengetahuan saudara, blog itu juga yg telah membawa saya ke blog pena maya ini.

    skrg saya masih dlm lgkah utk merubah diri, sy harap saudara dpt mendoakn spya sy dpt terus istiqamah dlm melaksanakan perubahan ini.

    maaf atas penulisan komen yg agak panjang dn kurang teratur. harap saudara dpt memahaminya. sekian, wasalam.

    talib al-ilm, twitter: @ferit_mohamed or email: ferit.mohamed@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum bro/akhi/saudara..
      maaf sekarang tak dapat balas panjang.malam kang insya-Allah saya balas panjang..sebab sekarang rushing.

      alhamdulillah masa baca awal komen saudara tadi,saya ingat saudara dah berhenti buat baik.rupanya tersalah langkah..

      kita kena sentiasa berbuat baik,sebar kebenaran.. tapi jangan menjadi orang yang hanya ckaap.tapi itu bukan maksud kita kena stop sebar kebenaran..jangan terpedaya dengan talbis iblis.. helah iblis yang sedaya upaya nak suruh kita stop lakukan kebaikan..apa yang saudara lakukan sekarang betul insya-Allah..

      nanti saya akan balas panjang.. alhamdulillah saudara dapat buku ni..

      by the way blog ape ye yang bawak saudara ke sini?

      assalamualaikum dan semoga diredhai.

      Delete
  3. o0, blog tu blog rakan ilusi, sy jpe melalui twitter =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh haha okay.. saya dah email anda.. boleh check.

      Delete