31.3.13

Muat-Turun (Download) E-Book Terbaru Terbitan Pena Maya - Musafir : Sebelum Bangkit.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum saya ucapkan.

Alhamdulillah dengan izin Allah Pena Maya berjaya menerbitkan buku ini.

Sebenarnya Konsep Asal E-Book Musafir ketika dirancang untuk diterbitkan adalah dengan menggabungkan Semua Kisah Kembara saya ke beberapa Negara di Seluruh Dunia sepanjang Lima Tahun.

Tapi,masa yang terhad - saya terpaksa menerbitkan buku ini dalam beberapa bahagian.

Sambungan buku ini akan diterbitkan insya-Allah paling lewat Julai 2013.

Untuk Siri Pertama : Sebelum Kebangkitan,ianya menceritakan Pengalaman Kembara saya ke Mesir.

Saya pernah mencoret Pengalaman semasa berada di sana di Blog ini sebelum ini dalam Satu Siri Penulisan bernama Siri Kembara.

Tapi,Siri Penulisan itu secara jujurnya Penuh Emosi Muda semata.

Dan ada juga beberapa kesalahan Fakta (seperti meletakkan Quote Palsu tanpa disengajakan saya akibat kejahilan pada masa itu).

Mengenai Buku 'Sebelum Kebangkitan' ini - ianya bukanlah Penulisan Lama,sebaliknya ia terdiri daripada 100 Peratus Penulisan Baru.

Dan semua Gambar serta Penulisan yang terdapat dalam Buku ini adalah Karya saya.

Anda bebas mengongsikan Karya ini dengan Saudara/Keluarga/Rakan Anda secara Percuma - tapi dengan Dua Syarat.

Pertama : Untuk mengajak mereka kepada kebaikan (Islam).

Kedua : Jangan gunakan Buku ini untuk kaut keuntungan Dunia/Peribadi.

Kalau tidak keberatan,saya amat memohon Jasa Baik Anda untuk menyertakan sekali kredit kepada Blog Pena Maya - kerana di Blog ini setiap bulan ada diadakan Projek Edaran Al-Quran/Buku Islamik Percuma.Jadi,mungkin Kenalan Anda itu boleh menyertainya pula kelak.

Itu sahaja.

Doakan saya,Ibu Bapa saya dan Keluarga saya.

Kepada anda yang berminat untuk memberi Sumbangan Dana kepada Pena Maya Enterprise,ini Maklumat Akaun Bank CIMB Pena Maya Enterprise : 06080000393108.

Semua Dana Tersumbang akan diguna untuk Projek-Projek Amal yang disebutkan di atas.

Semoga diredhai.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


Penulisan-Penulisan Siri Kembara yang asal boleh dibaca di Link-Link ini :



No comments:

Post a Comment