16.4.13

Kisah Hajar Dan Harapan.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

"From the black and hopeless feeling" - jeritan G. Way berkumandang di dalam gegendang telinga Hajar.

Lebih kurang 3 Minit selepas itu,butang loop ditekan - diikuti butang Next.

G. Way meneruskan lipur lara moden mengenai 'hidup yang tiada harapan'.

Mengenai 'cubaan untuk lari dari masalah'.

Tangan Hajar memegang Telefon Pintarnya.

Scroll,scroll,scroll.

Terpapar berita di Halaman Muzik Alternatif - Kugiran G. Way berpecah!

Hajar kecewa.

Ibarat satu mimpi ngeri.

Falsafah Palsu yang 'dianutinya' selama ini seolah berkecai.

'Falsafah Lari Dari Masalah' yang dibawa oleh G. Way dan Kugirannya.

Yang menjadi satu keganjilan adalah apabila G. Way sendiri dalam satu Temubual baru-baru ini mengatakan Beliau seolah sudah 'Give up'.

Seperti ada nada 'tercari-cari' di situ.

Jika G. sendiri sedang 'tercari-cari',apakah pula situasi Para Pendengarnya?

Hajar mengambil semula Mp3 Biru itu.

Mengulangi semula 'Trek' Pertama yang didengarnya tadi.

Setengah jalan lagu dipasang...

"Ah,semakin kosong jiwa ini 'ku rasa,mendengarnya berulang kali" - ujar suara hati Hajar kepadanya.

Mp3 diletak ke bawah.Langkah dibuka.

Misi?

Hajar mahu mengisi Jiwa.

Mengubat Depresi yang melanda.

Selama ini - memang Hajar mendengar Lipur lara Moden untuk mengubat Jiwa.

Tapi,semakin berusia - semakin dirasa tidak berkesan langkah itu.

Malah,menambah derita.

Alihan seterusnya ke kaca Komputer Riba.

Menonton Korea.

"Wah.Hensemnya Pelakon Korea".

"Ah,masih kosong".

Beralih ke Tablet.

Bermain Game.

Terubat sebentar.

Tapi,kembali kosong.

"Allahuakbar Allahuakbar!" - kedengaran Azan Maghrib.

Hajar mengambil Wudu',kemudian bersolat.

Entah mengapa sujudnya lama kali ini.

Bermunajadlah Anak Gadis itu kepada Maha Pencipta yang Menciptakannya.

Salam pertama diberi.Salam kedua diberi.

Tenang.

Hajar merasa ketenangan.

Sangat tenang.

Hajar tersenyum.

Bersyukur.

Hajar kini tahu,hanya ada satu sahaja perkara di dalam Dunia ini yang mampu memberi ketenangan hati.

Dan perkara itu selalu diabaikannya.

Beribadah kepada-Nya.Menjadi hamba-Nya sebaik mungkin.Mendekatkan diri kepada-Nya dengan mengikuti segala perintah-Nya,dan meninggalkan larangan-Nya.

Hanya itu yang mampu memberi ketenangan.

Bukannya Dongengan G. Way dan Angkatan.

Hajar bersyukur.

"Alhamdulillah" - getus hatinya.

Kini sudah Lima Tahun melangkah,Hajar berjanji tidak ingin menoleh ke belakang lagi.

"Ya Allah,permudahkanlah" - doa Hajar.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingati Allah)". Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Ar-Rad : 28]

*** *** ***

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jika mahu copy,berikan credit.Tujuannya - supaya orang dapat baca Penulisan-Penulisan lain di sini.


5 comments:

  1. cerpen ke kisah benar? looking forward for next post

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi fiction.boleh jadi true story.depends.

      Delete
  2. wah umar, macam tahu tahu je yang angkatan G.Way baru berpecah. hikhik.
    Teruskan menulis umar, another great one here :)

    - K

    ReplyDelete