14.4.13

Adrenalin Abstrak : Dinihari.

Bismillahirrahmanirrahim.

Jam 1410 Pagi.

Adrenalin di dalam Kepala saya mengalir deras.

Deria Seni sedang bergelora untuk menulis.

Sementara menunggu Fajar.

Saya yakin,sememangnya Allah telah Menjadikan saya sebagai orang yang berseni.

Dalam kata lain,saya telah Dikurniakan oleh-Nya dengan bakat seni.

Seni itu abstrak.

Tapi,ada juga mereka yang mahukan kekonkritan seni.

Ah,hilang fokus.

Sepatutnya di tengah Pagi ini saya mahu menulis tentang perkara lain.

Tapi,tertulis perkara lain.

Dan terbaca perkara lain sebelum menulis perkara lain itu.

Ah.

Dunia.

Memang manusia mudah lupa.

Apa yang kita kejarkan sebenarnya?

Jawapannya mungkin berbeza bagi setiap orang.

Tapi,hakikat yang sedang kita tuju sebenarnya sama.

Ah,apa juga yang difikir,jangan bazirkan hidup ini.

Jangan rugikan Akhirat kita.

Ya Allah,tetapkan hati kami.

"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya)" [84 : 6]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Apa juga yang dilakukan,jangan bazirkan penat lelah untuk kerugian.


No comments:

Post a Comment