9.4.13

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi April 2013).

Prenote : Untuk Edisi Kali Ini,hanya Dua Naskhah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma.Jangan lepaskan Peluang ini!Satu Naskhah untuk Seorang Penerima!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Sebelum meneruskan Penulisan elok - ada satu Pengumuman.

DANA yang berada dalam Pegangan saya untuk menjalankan Giveaway PERCUMA sekarang ini amat sedikit.SUMBANGAN AMAT DIPERLUKAN.Hubungi pospenamaya@gmail.com untuk maklumat lanjut atau baca sini.

Mari teruskan Pembacaan kita.

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." [Sahih Muslim]

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,disebabkan kekurangan Dana yang disumbangkan,insya-Allah hanya Dua Buah Buku Islamik akan diedar secara Percuma kepada Dua Orang Pembaca.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

2 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,Jawab soalan ini - "Semakin hampir PRU,semakin ramai di antara kita (terutamanya di Alam Maya) menjadi 'Lidah Syaitan' dengan tidak lagi takut untuk memfitnah/memaki hamun orang lain.Sebagai seorang Muslim yang beriman dengan Hari Akhirat,apa yang mendorong seseorang memfitnah sesuka hati di Internet di kala PRU ini?Bagaimana untuk atasinya?".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.JANGAN BERI ID FACEBOOK.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 3 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Dua Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Petunjuk Jalan Lurus : Sebatang Jalan,Denai Dan Lorong Tauhid Menuju Keredhaan-Nya (Raudhah)


Penerangan : Saya secara jujur tidak pernah membaca buku ini.Tapi saya baru sahaja membelinya untuk diri saya secara online pada Bulan Lepas.Ianya ditulis oleh Ustaz Emran Ahmad.Siapakah Ustaz ini?Jika Anda punyai Twitter,Beliau sering Update di sana.Beliau juga ada Blog.Saya tertarik untuk memasukkan Buku ini dalam Senarai Bulan ini kerana kebanyakan Penulisan Ustaz Emran menyentuh tentang Akidah.Dan saya yakin,memahami Akidah merupakan perkara paling Utama yang perlu dilakukan kita Umat Islam dalam memahami 'Cara Hidup' ini.Tapi sayang,masih ramai Umat Islam tidak memahami Konsep Akidah dengan sebenar.Diharap dengan Edaran buku ini,ada yang terbuka hatinya,insya-Allah.

2) Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari - Dr Zaharuddin Abd Rahman


Penerangan : Salah satu cara untuk kita mendapat Pengalaman orang yang mengembara - yang sudah semestinya mereka-mereka ini luas Pengalamannya - adalah dengan membaca Penulisan mereka.Diari Musafir ditulis Ustaz Zaharuddin (UZAR) bersempena Pengembaraannya ke Negara-Negara di Seluruh Dunia.Saya masih belum membacanya,tapi masa cuti tempoh hari - sempat belek di Kedai Buku - dan mendapati ianya buku yang bagus untuk dibaca Orang Muda.

3)Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi,Menyingkap Realiti


Penerangan : Buku ini merupakan Buku Terbaru Tulisan Dr Asri.Saya belum lagi membaca buku ini buat masa ini kerana ianya diterbitkan ketika saya tidak berada di Malaysia.Tapi mengikut Review yang dibaca di Internet,buku ini penting untuk dibaca masyarakat - kerana ianya menjawab pelbagai Fitnah/Kekeliruan yang dilemparkan kepada Para Sahabat Rasulullah SAW.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 2 Buku akan diedar kepada 2 Orang Penerima.Tapi,setiap Penerima akan mendapat SATU NASKHAH sahaja.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Sedang Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


7 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya berminat untuk mendapat buku no.1. Buku ni saya nak hadiahkan kpd sahabat saya yg sama2 ingin berubah menjadi lebih baik. Berkenaan soalan no.2 bagi saya fitnah menfitnah ini berlaku lebih kpd pegangan kita. Andai kita benar-benar faham apa yang Islam suruh dan larang perkara ni x akan berlaku. Islam itu orng lihat pada perlakuan. Tambah kefahaman pada Islam dan beramal dengan Islam insya Allah dpt dielakkn perkara ini. Boleh hubungi saya di emel hidayahmdnasir@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.tahniah atas niat baik.segala puji bagi Allah Alhamdulillah anda dapat buku ini.saya dah hubungi anda di email,kalau masih tak dapat sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com .

      Delete
  2. KEPADA ANDA YANG LAIN - MASIH ADA 1 NASKHAH!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Umar, semoga kekal di jalan yg lurus menuju redha Allah.

    Kalau ada rezki saya, buku ini ingin saya hadiahkan kepada anak sulong saya Amir Asyraf, mahasiswa tahun dua UIA yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya yg ke 22 pada 18/4/13. PRU13 juga adalah kali pertama untuk beliau menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin yg amanah sebagai antara 3 juta pengundi baru. Saya mahukan dia tidak menjadi mahasiswa yg lembik dan buku ini harapnya dapat memberi input yg benar kepadanya untuk faham agama dan cerdik dalam hidup.

    Alam cyber sudah menjadi media alternatif utama untuk PRU13 ini. Maka dalam semangat untuk menghebahkan berita dan pandangan atau komen, sebagai seorang muslim mestilah dipandu dengan ciri2 taqwa kepada Allah, iaitu peka pada dosa dan pahala, halal dan haram pada setiap perlakuan dan tingkahlaku zahir dan batin. Semoga kita tidak tergolong dalam kelompok majoriti umat manusia iaitu yg berada dalam kerugian.

    Ikuti blog PRU13 saya: http://ready4politik.blogspot.com

    eMail: hisham.ar@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam tuan.tahniah atas niat baik.semoga anak tuan membuat pilihan yang betul.tuan nak buku ape ye by the way?

      segala puji bagi Allah Alhamdulillah tuan dapat buku ini.saya dah hubungi tuan di email,kalau masih tak dapat sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com .

      Delete
  4. Buku Jangan Berhenti Berlari (Ust Zaharuddin), insyaAllah.

    ReplyDelete