19.4.13

Hajar Dan 'Cult'.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Hajar melihat sekelilingnya.

Daun-daun kering berterbangan.

Petang itu Hajar berkeputusan untuk berjalan kaki di sekitar Kawasan Tempat Tinggalnya.

Tiba di satu Kawasan Perumahan,kelihatan seorang Makcik Tua di Berenda Tingkat I sebuah Pangsapuri.

Makcik Tua itu kelihatan 'lonely'.

Tingkat I itu rendah sahaja.

Sangat dekat dengan Tanah.

Dari Kaki Lima berhadapan Pangsapuri,Hajar dapat melihat beberapa ekor Kucing mengelilingi Makcik Tua.

"Sedihnya hidup Makcik Tua,umur sudah Tua,tapi hanya tinggal dengan Kucing" - Hajar berbisik.

Seperti mana Hidup yang perlu diteruskan,Hajar meneruskan langkahnya Petang itu.

Daun-daun kering masih lagi berterbangan ketika kelihatan sekumpulan Anak Gadis selesa berpelukan dengan Sekumpulan Lelaki Muda - masing-masing dengan pasangan masing-masing.

Mereka-mereka itu Hajar fikir lebih muda umurnya dari Hajar.

Hajar tertanya,Anak-Anak Gadis itu - bagaimanakah mereka boleh tertipu dengan Jantan-Jantan sebegitu?

Hajar sedih melihat nasib Adik-Adiknya.

Hajar sedih kerana Hajar tahu yang mereka bakal ditipu oleh Jantan-Jantan itu.

Jantan-Jantan itu tidak sesekali mahukan mereka,tapi mereka hakikatnya hanya bakal dijadikan Alat Pemuas Nafsu!

Bagaimana Hajar tahu?

Dia juga pernah menjadi mangsa penipuan dahulunya!

"Astaghfirullah" - desis hati Hajar,beristighfar - mengingati kesalahan lampau.

Hatinya sedih.Seperti mahu ditangisi.

Tapi kerumunan manusia di jalanan yang mengelilinginya menghalang niatnya itu.

Hajar mengingat-ingat Terjemahan Al-Quran Surah Az-Zumar,Ayat 53 di dalam kepalanya.

"Astaghfirullah,Alhamdulillah - sungguh Allah itu Maha Penerima Taubat" - syukur Hajar.

Hajar terus melangkah.

Kelihatan seorang Anak Muda sedang mengedarkan kepada Anak-Anak Muda yang lain sehelai Flyer.

"Konsert Kugiran Barat" - kelihatan tertera di atas Flyer itu satu Promosi.

Hajar mengenali Kugiran itu.

Kerana Hajar merupakan Peminat Tegar mereka satu masa dahulu.

Tapi,Hajar yakin - bukan semua orang tahu - yang Lirik Lagu Kugiran itu sebenarnya penuh dengan Mesej Kesetanan.

"Kita ini mudah sahaja menerima apa sahaja dari Barat.Kadang-kadang jelas bermesejkan Lucah,tapi dengan santai keluar Radio,tiada Penapisan" - bentak Hajar keseorangan.

English Pasar dan English Buku ternyata tidak sama.

"Kita masih lagi belum Merdeka" - fikir Hajar.

Hajar hampir tiba ke Destinasi.

Lagi Lima Langkah diambil,dia akan sampai.

Tapi Hajar memilih untuk berehat dahulu di sebuah kerusi berdekatan Destinasinya.

Merenung sekeliling.

"Ah,betapa penuhnya 'Cult Asing' di keliling kita,apakah kita benar-benar sudah menjadi hamba-Nya?" - sugul Hajar menundukkan pandangannya.

Memang benar.

Kita masih belum benar-benar memahami erti makna 'Abdullah'.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata" [Al-Baqarah : 208]

'Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api"' [Hadis Riwayat Tirmidzi]

*** *** ***

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jika mahu copy,berikan credit.Tujuannya - supaya orang dapat baca Penulisan-Penulisan lain di sini.Selain kerana apa yang mereka gelar sebagai 'Etika'.


No comments:

Post a Comment