30.4.13

Kisah Saya : Itulah Kehidupan.

'Gila'.

Saya menulis perkataan random di atas kertas.Cuaca pada pagi itu sangat mendung.Cahayanya gelap.

Berada di dalam kelas itu hanya menambah kemengantukan saya.

Cikgu di hadapan saya itu sudah hampir dua bulan tidak hadir mengajar ke Institut.

Sakit teruk.Hospital boleh dikatakan sudah menjadi rumah keduanya.

1150 - kelas ditamatkan.

25 Minit lebih awal dari yang sepatutnya.

Saya masih ingat ketika pertama kali diajar Beliau.

Saya masih lagi berada dalam Tahun Ketiga pada masa itu.Orangnya ramah,mesra - dan suka melawak.

Kini,orangnya moody.

Lagenda Urban yang berkeliaran di Kampus mengatakan yang Beliau mula jatuh sakit selepas Isterinya meninggal Dunia.

Ataupun meninggalkannya.Tidak dapat dipastikan.

Saya menulis Penulisan ini kerana mahu mengingatinya.

Dalam masa kurang setahun,saya akan meninggalkan Negara ini.

Saya bimbang,saya terlupa perkara-perkara kecil sebegini.

Kerana Orang Putih berkata - 'The little things are what we appreciate the most'.

Jari Kecil tangannya bengkok 45' - itu sedikit sebanyak tentang Fizikal dirinya.

Saya segera keluar selepas kelas bersurai.

Masih lagi mengantuk,saya berjalan di Koridor Fakulti,ingin menunggu kelas seterusnya.

Sebenarnya,saya memang suka mengantuk di dalam kelas.Saya yakin ini ada kaitan dengan ke-tidak-boleh-fokus-an saya.

Berbalik pada cerita kita.

Satu kelas dilalui.

Pintunya terbuka.

Sekilas pandangan - kelihatan seseorang mengajar di dalamnya.

Sesuatu melintasi fikiran.Saya mengundurkan langkah untuk melihat siapa yang sedang mengajar.

Masya-Allah,salah seorang Guru saya yang mengajar ketika saya Tahun Keempat.

Beliau sudah kelihatan Tua.

Pantasnya waktu berlalu.

Saya melihat Meja Kosong berdekatan Koridor.

Lantas mencoret secara kasar Penulisan ini.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan" [Al-Hashr : 18]

Itulah kehidupan.

Saya sudah Tua.

Anda juga semakin Tua.

Hidup yang sentiasa 'on the run',apakah persediaan kita?

Jadilah hamba.

Jangan terlalu 'tergesa'.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


1 comment:

  1. umur semakin meningkat .semakin tua. tapi benarkah amal jua bertambah. istiqamahkan?

    well written.
    may Allah bless

    ReplyDelete